Berita Harian: Wilayah |
| Sempat keluar duit akaun Tabung Haji Posted: 17 Aug 2011 04:45 PM PDT Wilayah KEADAAN ambulans terbabit nahas mengakibatkan pesakit warga tua meninggal di persimpangan Seri Negeri-MITC. MELAKA TENGAH: "Saya terkilan dengan apa yang terjadi kerana ibu pergi meninggalkan kami kira-kira dua minggu lagi sebelum Aidilfitri," kata Zaidi Senan, 43, anak kepada Mariam Baba, 73, yang meninggal dunia di Hospital Melaka di sini, pagi semalam selepas ambulans yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Ayer Keroh dekat sini, malam Isnin lalu. Zaidi yang ditemui di pekarangan Jabatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka berkata, arwah ibunya sempat mengeluarkan wang daripada akaun Tabung Haji untuk berbelanja untuk Ramadan dan menyambut hari raya. "Ibu keluarkan wangnya kira-kira RM600 sebagai perbelanjaan sepanjang bulan puasa ini dan membuat kuih raya."Bagaimanapun, dia tidak sempat berbuat apa-apa selepas ambulans yang dinaiki itu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah teksi di lampu isyarat Persimpangan Seri Negeri, Ayer Keroh, sekali gus meragut nyawanya. "Saya benar-benar terasa kehilangannya," kata anak bongsu daripada tujuh beradik ini yang hanya sempat berbual dengan ibunya minggu lalu. Ketika kejadian pada kira-kira jam 7 malam itu, Mariam sedang dalam perjalanan untuk dipindahkan dari Hospital Melaka ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami pendarahan di kepala selepas terbabit dalam kes samun pagi Isnin lalu.
Turut parah dalam kejadian itu, seorang doktor berusia 25 tahun, jururawat wanita, 30, pembantu hospital, 56, tahun yang tidak didedahkan identiti mereka, manakala pemandu ambulans, Rudy Hartono, 41, serta pemandu teksi, Ali Muhammad, 30, pula hanya cedera ringan. Menceritakan bagaimana ibunya disamun, Zaidi yang menetap di Taman Tanjung Minyak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, ibunya yang tinggal bersendirian di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai diserang perompak dipercayai masuk ke rumahnya melalui tingkap dapur. "Ketika kejadian, dipercayai penjenayah yang membawa parang itu meminta wang RM10 daripada ibu. Apabila ibu hendak memberikan wang itu, mungkin penjenayah berkenaan ternampak banyak lagi wang di dalam dompet lalu menyerangnya hingga cedera parah di kepala. "Suspek kemudian menyamun wang tunai RM600 milik ibu yang dikeluarkan daripada Tabung Haji sebelum melarikan diri," katanya dalam nada sebak. Jenazah Mariam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Rambai, petang semalam. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| Posted: 17 Aug 2011 04:43 PM PDT Wilayah KAUNTER 'myMalaysia On Tour - History on Demand' kini dibuka di Bangsar Shopping Centre. KUALA LUMPUR: Setiap orang mempunyai sejarah atau kenangan tersendiri dengan barangan milik mereka, barang yang lama disimpan dan sedikit demi sedikit disaluti debu. Melalui gerai 'myMalaysia On Tour - History on Demand' hasil nukilan Pusat Sumber dan Jabatan Pemasaran The News Straits Times Press (NSTP), rakyat Malaysia kini boleh mencari semula barangan itu dan menyumbang sejarah mereka dalam bentuk gambar. Kepada yang ingin menyumbang gambar lama untuk dimasukkan ke dalam arkib Pusat Sumber NSTP, mereka boleh ke gerai berkenaan yang terletak berdekatan restoran La Bodega di Bangsar Shopping Centre (BSC) yang sudah bermula 5 Ogos lalu hingga 28 Ogos ini.Ketua Pusat Sumber NSTP, Hurriyah Ismail, berkata kempen seumpama ini kali pertama diadakan. "Kita harap masyarakat dapat menambah koleksi arkib ini dengan menyumbang gambar yang mempunyai nilai sejarah dan komersial. Daripada menyimpannya di rumah, lebih baik kita berkongsi gambar itu melalui arkib berasaskan internet di pusat kita," katanya. Chan Swee Seng, 77, mengimbau kembali hari yang tidak dapat dilupakannya apabila bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman melawat pelajar di Malayan Teachers' Training College di Kirkby, Liverpool, England.
Sebagai seorang guru di Sekolah Beaconhouse Sri Inai di Petaling Jaya, Chan meletakkan nilai yang besar ke atas sejarah itu, seterusnya mendorong beliau untuk menghantar gambar berkenaan yang diambil ketika Tunku sedang menikmati sarapan pagi sambil berbual dengan pelajar. Sabariah Jamaludin, 67, dari Ipoh, menyumbangkan gambar Allahyarham suaminya, Ahmad Din yang juga seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang sedang berdiri di depan balai polis Temerloh dengan rakannya pada tahun 1953, waktu ketika negara diisytiharkan Darurat. Prakash Rajan Chandrasegaran, 33, pula menyumbangkan gambar neneknya yang sudah meninggal dunia sedang menyediakan makanan untuk keluarga. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan