Khamis, 18 Ogos 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Pos Malaysia jamin kad raya sampai sebelum hari raya

Posted: 18 Aug 2011 02:24 AM PDT

Mutakhir

SHAH ALAM: Pos Malaysia memberi jaminan bahawa semua kad ucapan raya yang diposkan selewat-lewatnya pada 24 Ogos akan sampai kepada penerimanya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 30 Ogos ini.

Ketua Pusat Mel Nasional, Othman Abdullah, berkata Pos Malaysia mengambil kira-kira 50 pekerja sementara di seluruh negara bagi melicinkan pemprosesan penghantaran kad raya ke semua destinasi selain membekukan cuti pekerja bagi memastikan penghantaran kad ucapan dilakukan mengikut jadual.

Bagi mereka yang menghantar kad ucapan raya selepas tarikh berkenaan bagaimanapun tidak perlu bimbang kerana Pos Malaysia tetap akan memastikan ia sampai kepada penerima, katanya ketika memberikan taklimat media mengenai pemprosesan kad raya di Pusat Mel Nasional di sini, hari ini. Berdasarkan rekod tahun lalu, daripada 5.11 juta keping kad ucapan raya yang dihantar, Lembah Klang mencatatkan jumlah penghantaran tertinggi iaitu pada kadar 57 peratus, katanya.

Beliau berkata, Pos Malaysia mensasarkan peningkatan dua peratus bilangan penghantaran kad raya pada tahun ini terutamanya dengan pengenalan kempen satu kadar rata bagi kad ucapan perayaan sejak 1 Ogos lalu.

Kadar rata serendah 50 sen dikenakan bagi setiap penghantaran kad ucapan perayaan yang tidak melebihi berat 50 gram bagi tempoh sehingga 31 Januari tahun depan, katanya.

Kadar istimewa itu dijangka akan turut menggalakkan penghantaran kad perayaan Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina yang bakal disambut nanti, katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

3 rakyat India disyaki militan diserah kepada polis negara itu

Posted: 18 Aug 2011 02:24 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Tiga lelaki rakyat India yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 4 Ogos lalu kerana disyaki terbabit dengan kegiatan kumpulan militan Babbar Khalsa International (BKI) yang berpengkalan di India diserahkan kepada pihak berkuasa India pada Selasa lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan