Berita Harian: Mutakhir |
Koh terus membisu mengenai spekulasi tidak bertanding di Pulau Pinang Posted: 22 Aug 2011 03:08 AM PDT Mutakhir GEORGETOWN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon terus membisu mengenai spekulasi yang beliau tidak akan bertanding di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang."Apabila tiba masanya, anda akan tahu sama ada dan di mana saya akan bertanding," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja BN negeri di sini hari ini. Ketika diminta mengulas lanjut, Koh yang juga Presiden Gerakan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau perlu berbincang dengan anggota parti sebelum membuat pengumuman. Sebelum ini dilaporkan bahawa Koh membayangkan yang beliau tidak akan bertanding di Pulau Pinang bagi memberi laluan kepada calon lebih muda.Kebelakangan ini, kepimpinan beliau sama ada di peringkat negeri dan nasional dikritik hebat oleh pemimpin sedia ada dan bekas pemimpin parti yang mempersoalkan keupayaannya menerajui parti. Sementara itu, Koh berkata, persediaan jawatankuasa BN negeri bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang kini masuk ke tahap fasa kedua bagi memperkukuhkan parti di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Katanya, jawatankuasa kerja BN juga memulakan tinjauan mesra mingguannya di beberapa kawasan Parlimen untuk bertemu rakyat dan memahami keperluan mereka.
|
Tiga pekerja kebun sayur warga Indonesia maut dipanah petir Posted: 22 Aug 2011 02:54 AM PDT [unable to retrieve full-text content]RAWANG: Tiga pekerja kebun sayur warga Indonesia maut manakala dua lagi cedera akibat dipanah petir dalam kejadian di Sungai Choh pada kira-kira jam 2.45 petang tadi. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan