Harian Metro: Mutakhir |
Pelajar bakal duduki UPSR putus jari akibat mercun Posted: 22 Aug 2011 02:59 AM PDT KOTA BAHARU: Seorang pelajar yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bulan depan menerima padah akibat mercun apabila jari telunjuk sebelah kanannya putus dalam kejadian tengah hari ini. Pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sri Ketereh, Noor Saiful Muhammad, mengalami kemalangan itu di rumahnya di Kampung Laka, Ketereh di sini pada jam 1 tengah hari selepas pulang dari sekolah.
"Mercun bola yang saya gunakan itu meletup sebelum sempat saya lemparkan ke luar," katanya kepada pemberita di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini. Noor Saiful berkata dia ketika itu bermain mercun dengan menggunakan api yang dipasang melalui dapur memasak dan mahu melempar bahan itu di luar dapur.
Akibat letupan itu juga ibu jari tangan dan jari tengah mangsa turut cedera. Abang mangsa, Akif Shariffuddin, 17, berkata ketika kejadian hanya adik dan ibunya sahaja yang berada di rumah manakala bapa mereka Muhammad Ya, 53, bekerja. Katanya Noor Saiful dihantar ibu dan jiran ke Klinik Ketereh sebelum dihantar ke hospital itu untuk rawatan lanjut. "Sebelum ini tak pernah pula saya lihat adik bermain mercun tapi hari ini terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu," katanya. Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata ini adalah kejadian ketujuh yang direkodkan oleh hospital itu akibat mercun. "Keadaan adik Noor Saiful kini stabil," katanya. - Bernama |
Cemburu motif lelaki disimbah asid: Khalid Abu Bakar Posted: 22 Aug 2011 01:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti unsur cemburu sebagai motif seorang lelaki disimbah asid di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut, 8 Ogos lalu. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata perkara itu dirumuskan hasil soal siasat terhadap rakan mangsa yang ditahan Sabtu lalu dan kini direman lima hari sejak semalam.
"Tangkapan membabitkan rakan mangsa yang turut berada di dalam kereta tersebut. Motif dipercayai ada kaitan dengan cemburu dengan kekasih," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Ops Sikap ke-24 dan Kempen Rumah Selamat, di sini hari ini. Semalam, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata penahanan lelaki berusia 28 tahun yang mengenali mangsa itu dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes simbah asid yang berlaku di Jalan Raja Laut tersebut.
Mengulas kejadian simbah asid yang banyak dilapor kebelakangan ini, Khalid
"Dalam lebih 20 kes penyimbahan cecair yang sedikit masa dahulu gemparkan
Sementara itu Khalid berkata polis sentiasa mengalu-alukan langkah pihak berkuasa tempatan untuk memasang kamera di di kawasan tertentu bagi mencegah jenayah, contohnya seperti kes simbah asid itu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan