Isnin, 1 Ogos 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Isteri Allahyarham Baharudin Ahmad fail notis siasat kematian suami

Posted: 01 Aug 2011 02:25 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Isteri kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai lalu, hari ini memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi di sini bagi memohon diadakan satu siasatan untuk mengetahui punca kematian suaminya.

Rosni Malan, 55, yang bekerja sebagai kerani memfailkan notis itu melalui peguamnya Patrick Dass dan Chan Chew Weng menerusi Tetuan Patrick Dass & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Rosni selaku pemohon menamakan Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara, Majistret Kuala Lumpur dan Pendakwa Raya sebagai responden. Dalam notis usul itu, Rosni memohon perintah supaya satu siasatan mengikut tatacara di dalam Kanun Prosuder Jenayah berkenaan kematian suaminya diadakan secepat mungkin bagi mengetahui punca kematian Allahyarham.

Dia juga memohon semua laporan serta dokumen-dokumen berkenaan bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat Allahyarham Baharudin di Hospital Kuala Lumpur diserahkan kepada peguam dengan serta-merta.

Pemohon juga antara lain memohon semua laporan polis, penyata percakapan saksi-saksi serta lain-lain dokumen yang berkaitan dengan kematian Baharudin turut diserahkan kepada peguam.

Dalam afidavit yang difailkan untuk menyokong permohonan itu, Rosni berkata dia dimaklumkan oleh anaknya, Hadriyudin bahawa Allahyarham Baharudin meninggal dunia dekat bangunan Avenue K, Jalan Ampang di sini ketika menyertai perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.
Rosni berkata dia dimaklumkan oleh saksi bahawa banyak anggota polis dan kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berada di kawasan itu menyuraikan mereka yang terlibat dalam perhimpunan.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata mengikut makluman daripada saksi sama, beberapa das gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai dan mereka yang hadir terpaksa berlari untuk mencari perlindungan.

Di dalam keadaan kelam-kabut, Rosni dimaklumkan bahawa suaminya telah terjatuh dan mengalami kesukaran untuk bernafas akibat terhidu gas pemedih mata dan Allahyarham juga tidak sedarkan diri.

Rosni berkata dia tidak berpuas hati dengan semua pihak yang telah membuat kenyataan media mengenai kematian suaminya, yang kononnnya telah mati akibat sakit jantung manakala sijil kematian menyatakan bahawa punca kematian "masih menunggu analisis makmal".

Ketika ditemui pemberita, Rosni berkata tujuan dia memfailkan notis usul ini untuk memohon satu siasatan berkaitan kematian suami diadakan bagi menentukan sebab sebenar kematiannya.

"Tujuan saya ikhlas dan ini adalah penting untuk saya dan keluarga kerana mereka perlu mengetahui bagaimana cara kematiannya kerana suami saya sentiasa sihat sebelum ini dan tiada tanda-tanda dia mengalami apa-apa sakit yang serius," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tukar agama: Shamala tarik balik rayuan

Posted: 01 Aug 2011 02:22 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini membatalkan rayuan bekas kerani bank, S Shamala yang terbabit dalam pertikaian hak penjagaan dua anak lelakinya dengan suaminya yang telah memeluk agama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan