MukaDepan
Tripoli ditawan, tiga anak pemimpin Libya ditahanTRIPOLI: Era pemerintahan 42 tahun Muammar Gaddafi di Libya, berakhir semalam selepas rakyat yang memberontak menguasai ibu kota Tripoli, dibantu pesawat tempur Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan menahan tiga anaknya, Saif al-Islam, Mohammed Gaddafi dan Saadi Gaddafi Gaddafi menyusuli bekas pemimpin Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali dan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak kehilangan kuasa selepas rakyat bangkit menumbangkan pemerintahan mereka enam bulan lalu.
Pertempuran turut dilaporkan berlaku dekat kediaman rasmi Gaddafi, dikenali sebagai Bab-al-Aziziyah apabila pemberontak cuba memasuki kawasan berkenaan.
Namun, nasib Gaddafi masih samar-samar dan lokasinya belum diketahui. Anaknya yang lain, iaitu Hannibal, Mutasim, Khamis dan Asiha juga belum ditemui. Hannibal tidak banyak terbabit dalam politik tetapi Khamis mengetuai satu unit tentera yang kerap menindas penunjuk perasaan, manakala Mutasim adalah pegawai tentera dan penasihat keselamatan bapanya. Saif dan Gaddafi pula akan menghadapi dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan.
Gerakan menawan Tripoli dimulakan 30 kilometer dari sebelah barat kelmarin, apabila pemberontak menawan satu demi satu bandar termasuk sebuah pangkalan tentera dengan penduduk tempatan keluar memberi sokongan.
Pada masa sama, penduduk Tripoli yang dibekalkan senjata api secara rahsia oleh pemberontak bangkit melawan rejim Gaddafi. Apabila pemberontak tiba di pintu masuk Tripoli, batalion khas yang ditugaskan oleh Gaddafi untuk melindungi ibu negara, segera menyerah diri.
Pegawai pemberontak, Fathi al-Baja, berkata tindakan itu diketuai oleh pemimpin unit tentera itu sendiri yang menyokong pemberontakan secara senyap-senyap sebagai membalas dendam tindakan Gaddafi membunuh adiknya dulu.
Beliau yang mengetuai Jawatankuasa Politik pemberontak, berkata Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) merangka serangan itu sejak tiga bulan lalu dengan kerjasama NATO dan penyokong mereka di Tripoli.
Penyokong pemberontak di Tripoli mula melancarkan operasi apabila azan subuh kedengaran serentak dengan serangan udara NATO dan memasuki ibu kota itu dari sebelah barat. Meskipun kereta kebal askar pro Gaddafi cuba mempertahankan kawasan mereka daripada kemaraan pemberontak, tentangan mereka tidak lama sebelum berundur.
Selepas kejayaan itu, ramai penduduk Tripoli menerima mesej pemberontak menerusi telefon bimbit yang menyatakan: "Allahuakbar. Kami ucapkan tahniah kepada penduduk Libya atas kejatuhan Gaddafi."
Siaran televisyen menunjukkan ramai pemberontak dan penduduk Tripoli membanjiri Dataran Hijau, melepaskan tembakan ke udara, bertepuk tangan dan mengibarkan bendera pembangkang bagi meraikan kemenangan. Sebahagian mereka membakar bendera rejim Gaddafi dan menembak posternya.
Namun, Jurucakap pemberontak, Mohammed Abdel-Rahman, mengakui penyokong Gaddafi masih memberi tentangan dan mengeluarkan amaran Gaddafi akan terus mengancam selagi tidak ditahan. – Agensi
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen
dahlan
kejatuhan kerajaan sebahagian asia barat.keluar mulut harimau masuk mulut naga.rakyat jadi papa kedana.penceroboh kaya raya.
Abdul Aziz bin Omar
penjenayah patut dihukum, tetapi tidak satu pun penjanayah Israel dihukum atau disebut untuk dihukum oleh ICC walau pun telah berpuluh tahun melakukan jenayah yang dasyat - ICC tidak adil dalam menegakkan keadilan
Hussin Kamdol
Saya tidak setuju cara pemberontak menjatuhkan kerajaan yang sah menggunakan peperangan senjata. Dan tidak setuju NATO menyokong pemberontak.
nizani
kembali pmerintah khalifah...
el hafeez
"manakala Mutasim adalah pegawai tentera dan penasihat keselamatan bapanya. Saif dan Gaddafi pula akan menghadapi dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan. "
Hello beb,
Puak zionist tak pernah kene hukum pun tentang jenayah kemanusiaan... Asyik Islam je yang kena..
Nanti, ntah-ntah naik pula pemerintah pro zion di tripoli tu. Baru a kau tahu, siapa lagi baik, gaddafi ke zion...
Nak berjuang boleh, tapi jangan dengan bantuan luar yang sedang dahagakan minyak dan kekayaan di tripoli.
Jangan jadi macam BERSIH.. matlamat dah ok, tapi kepala BERSIH ada problem.
azan
naiknya seseorang pmimpin adalah kerana rakyat. begitu juga jatuhnya adalah kerna rakyat... justeru, jadilah pemimpin yang boleh membantu rakyat... bukan memakan harta rakyat.... hiasilah peribadi Rasulullah...
muad
yess..akhirnya jatuh lg seorang diktaktor,itulah akibat nya cuba mengamalkan politik secara warisan atas keturunan sendiri dan bukan election.
shah
Sepatutnya pemimpin berundur secara terhormat dan rakyat sepatutnya mengenang jasa pemimpin tersebut...Doakan jgn jadi pada negera kita...MALAYSIA
Khalifah Mukminin
jika dahulu SULTAN MUHAMMAD AL FATEH boleh menawan bandar kostantinopel yang diaggap cukup mencabar untuk menawan bandar tersebut,tidak mustahil pada hari ini akan ada pejuang yang sanggup berkorban sehingga ketitisan darah terakhir untuk menawan Tripoli,,,,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan