Utusan Online - Politik |
Posted: PKR akui bimbang ancaman SnapKUCHING 10 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui mereka bimbang dengan ancaman yang ditimbulkan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) yang turut bertanding di kerusi yang ditandingi mereka. Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan Snap menarik perhatian pengundi hanya akan memecahbelahkan undi pembangkang. Menurutnya, walaupun kehadiran Snap belum begitu dirasai, ia hanya akan menguntungkan Barisan Nasional (BN). ''Bagaimanapun saya melihat Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 hanya membabitkan BN dan pakatan pembangkang," katanya di sini hari ini. Dalam pada itu, Anwar mempertikaikan keputusan Pengerusi PKR negeri, Baru Bian yang meminta calon Snap berkempen untuk PKR. Katanya, beliau bagaimanapun percaya keputusan itu dibuat kerana Baru keliru mengenai potensi Snap memecahbelahkan undi pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP,PKR dan Pas ''Seharusnya Baru menarik undi dari penyokong BN," katanya. Sementara itu, Anwar menyifatkan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sarawak menunjukkan BN pusat tidak yakin dengan keupayaan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. |
Wan Azizah patut buktikan simpan jam Posted: Wan Azizah patut buktikan simpan jamKUALA LUMPUR 10 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya tampil dengan bukti yang beliau menyimpan jam tangan jenama Omega milik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia bagi menjernihkan keadaan ekoran isu video seks yang mengaitkan pemimpin pembangkang itu baru-baru ini. Sebaliknya, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, sikap Wan Azizah yang berdolak-dalik mengenai kewujudan jam tangan itu menyebabkan ahli parti dan pengikutnya meragui beliau. "Saya sendiri hairan dengan sikapnya itu. Beliau sepatutnya membuat tindakan supaya penyokongnya tidak meraguinya. "Banyak pihak meminta secara baik agar menunjukkan jam tangan itu. Jadi beliau tidak perlu menolak jika jam itu benar-benar ada padanya," katanya. ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Wan Azizah baru-baru ini pada sidang akhbar yang menyatakan beliau menyimpan jam tangan milik Anwar itu namun mengelak daripada menunjukkannya apabila diminta berbuat demikian oleh wartawan yang hadir. Trio Datuk T sebelum ini mendakwa jam tangan milik Anwar itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung isu video seks itu. Keengganan Wan Azizah menunjukkan jam tangan yang didakwa ada dalam simpanannya itu menimbulkan tanda tanya banyak pihak yang sangsi dengan kenyataan beliau. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan