Sabtu, 9 April 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Luar bandar diutama - Najib

Posted:

Luar bandar diutama - Najib

Luar bandar diutama - Najib

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF dan M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
utusanpahang@utusan.com.my

PEKAN 9 April - Proses transformasi pembangunan di negara ini tidak hanya tertumpu di kawasan Lembah Klang atau bandar tetapi turut meliputi masyarakat luar bandar serta pedalaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, proses transformasi dilaksanakan secara menyeluruh dan menepati kehendak rakyat.

"Dalam erti kata lain, tidak ada rakyat yang tidak mendapat manfaat daripada hasil transformasi itu kerana pembangunan dilakukan secara menyeluruh dan membawa kesejahteraan kepada negara," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kunci rumah kepada 130 keluarga di Agropolitan Pekan, Batu 8, Mukim Lepar dekat sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Pegawai Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John.

Pada majlis itu, Najib turut menyerahkan bayaran insentif khas kepada 30 peserta Orang Asli berikutan kejayaan jualan biri-biri Dorper secara bidaan yang diadakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada tahun lalu.

Jualan tersebut berhasil meraih RM265,550 daripada 465 ekor biri-biri yang dijual kepada para pembida yang berjaya.

Menurut Perdana Menteri, pembangunan luar bandar telah dilaksanakan sejak pelancaran Buku Merah yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Kata Najib, tumpuan terhadap program itu tidak terhenti begitu sahaja malah diteruskan sehingga kini dengan memberi tumpuan terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar.

Tambahnya, segala usaha yang dilaksanakan berjaya mengubah kehidupan masyarakat luar bandar ke arah lebih baik dan memberi kesejahteraan kepada kehidupan mereka.

Dalam pada itu, ketika berucap pada majlis ramah mesra dan pelancaran Kawan Motorsports di kediamannya di Peramu di sini hari ini, Perdana Menteri mahu setiap program yang dirancang untuk golongan muda dan belia perlu dilaksanakan berdasarkan citarasa serta kegemaran mereka.

Kata beliau, pihaknya tidak mahu sesuatu program belia ditentukan oleh golongan dewasa sebaliknya ia perlu dilaksanakan berdasarkan keinginan kaum muda.

"Bukan semua yang orang dewasa suka, mereka (golongan muda) suka juga. Oleh itu kita perlu minta mereka menyatakan kesukaan dan minat mereka.

"Dengan cara sedemikian, pastinya program berkenaan akan mendapat sambutan yang meriah seperti yang akan kita laksanakan pada sambutan Hari Belia nanti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangkang hanya mampu jual janji

Posted:

Pembangkang hanya mampu jual janji

Pembangkang hanya mampu jual janji


Najib Tun Razak bersama Adnan Yaakob dan Jebasingam Issace John (kanan) meluangkan masa beramah mesra bersama sebahagian daripada 100 peserta Agropolitan Pekan selepas menyerahkan kunci rumah kepada peserta tersebut di Batu 8, Mukim Lepar, Pekan, semalam. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH


PEKAN 9 April - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, parti pembangkang hanya mampu menjual janji menerusi manifestonya ''Jom Ubah Sarawak" pada pilihan raya negeri 16 April ini sedangkan mereka tidak mampu melaksanakannya.

Sebaliknya, tegas Perdana Menteri, Barisan Nasional (BN) terus melaksanakan pelbagai projek pembangunan terutama melibatkan prasarana walaupun di luar waktu pilihan raya.

"Pembangkang hanya buat janji, bukan jaminan tetapi manifesto BN merupakan usaha yang sedang berjalan.

''Buktinya kita melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan kita beri keutamaan dari segi pembangunan prasarana," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Pemasaran Setempat (CMC) Taman Industri Automatif Pekan di sini hari ini.

Beliau mengulas manifesto parti pembangkang pada pilihan raya negeri itu iaitu "Jom Ubah Sarawak" yang diuar-uarkan pihak pembangkang untuk membawa perubahan di Sarawak.

Perdana Menteri menegaskan, usaha-usaha pembangunan prasarana yang sedang dilaksanakan kerajaan BN di Sarawak ketika ini bukan disebabkan berlangsungnya pilihan raya itu sebaliknya telah dilaksanakan sejak tahun lalu lagi.

''Dalam tempoh dua tahun ini hingga 2012, sasaran atau pencapaian kita mungkin terbesar dalam sejarah Malaysia dari segi pembangunan prasarana di Sarawak.

''Kita memberi keutamaan kepada usaha menaik taraf bekalan air, elektrik dan jalan raya selain membantu membaik pulih rumah-rumah usang," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat terutama pengundi di Sarawak tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji menerusi manifesto pembangkang itu.

Sementara itu, Perdana Menteri mahu setiap program yang dirancang untuk golongan muda dan belia dilaksanakan mengikut citarasa serta kegemaran mereka.

Perdana Menteri tidak mahu sesuatu program belia ditentukan oleh golongan dewasa kerana bukan semua yang mereka suka bertepatan dengan keinginan orang muda.

"Oleh itu kita perlu minta mereka menyatakan kesukaan dan minat mereka," katanya.

"Dengan cara sedemikian, pastinya program berkenaan akan mendapat sambutan yang meriah seperti yang akan kita laksanakan pada sambutan Hari Belia nanti," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan pelancaran Kawan Motorsports di kediamannya di Peramu di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Presiden Kelab Kawan, Mohd. Rosdi Alizah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan