Ahad, 10 April 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


8 maut angkara lori?

Posted:

8 maut angkara lori?

8 maut angkara lori?


Keadaan kereta yang remuk teruk dihempap lori mengakibatkan tiga beranak terkorban di Kilometer 40 Jalan Persekutuan Kuala Lumpur - Ipoh berhampiran Serendah, Hulu Selangor, semalam. – Gambar ihsan www.ondscene.my



  • SERENDAH

  • Tiga beranak terbunuh apabila kereta dinaiki dihempap lori di Kilometer 40, Jalan Persekutuan Kuala Lumpur-Ipoh di simpang ke Ladang Sungai Gapi berhampiran Serendah, semalam.
  • BALING
  • Pegawai Khas kepada Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kupang, Yahaya Md. Daud, 40, dan anak bongsunya, Muhamad Fahin Afdal, 2, maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Simpang Empat Telok Pendiat - Charuk Nau, Baling.

  • KUANTAN
  • Tiga lelaki maut apabila kereta Proton Saga dinaiki bertembung dengan sebuah lori di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, Kuantan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiga beranak terbunuh di Serendah

    Posted:

    Tiga beranak terbunuh di Serendah

    Tiga beranak terbunuh di Serendah

    Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
    pengarang@utusan.com.my


    Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan tiga mangsa kemalangan ngeri di Serendah, semalam.


    SERENDAH 9 April – Tiga beranak yang berpisah selama empat hari hanya sempat melepaskan rindu beberapa jam sebelum kesemua mereka maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 40, Jalan Persekutuan Kuala Lumpur-Ipoh di simpang ke Ladang Sungai Gapi berhampiran Serendah dekat sini, pagi ini.

    Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, Mohd. Farid Idris, 29; isterinya, Eirlenna Asrani, 28, dan anak tunggal mereka, Muhammad Faiz Hakimi, 4, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta mereka remuk teruk dirempuh sebelum dihempap lori tanah 10 tayar.

    Mohd. Farid dan Eirlenna masing-masing bertugas sebagai pembantu perubatan dan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.

    Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, ketika kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kampar, Perak ke ibu kota dengan menaiki kereta Proton Satria.

    "Semasa melalui tempat kejadian, kereta yang dipandu Mohd. Farid dipercayai bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

    "Kenderaan mangsa diseret sejauh 70 meter sebelum terjatuh ke cerun sedalam dua meter. Lori yang gagal berhenti itu terbalik lalu menghempap kereta tersebut sehingga menyebabkan kesemua mangsa tersepit di bawah kenderaan berat itu," katanya di sini, hari ini.

    Tambahnya, mayat tiga beranak itu hanya berjaya dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk selepas tiga jam.

    "Usaha mengeluarkan mayat yang dilakukan oleh anggota bomba memakan masa kerana kereta tersebut berada di bawah lori," ujarnya.

    Menurutnya, pemandu lori tersebut, K. Duraisingam, 40, bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan.

    Sementara itu, ibu Mohd. Farid, Azmah Zarif, 50-an memberitahu, anak dan menantunya bertolak pulang dari rumahnya di Kampar pada pukul 5.30 pagi ini.

    "Ahmad Farid meninggalkan anaknya dengan saya selama empat hari untuk dijaga kerana Eirlenna berkursus di Negeri Sembilan. Pada pukul 9.30 malam semalam, kedua-dua mereka tiba di Kampar untuk mengambil semula Muhammad Faiz Hakimi selepas terlalu rindu empat hari tidak bertemu," katanya.

    Jenazah ketiga-tiga beranak itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampar petang ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    3 warga asing maut bertembung lori

    Posted:

    3 warga asing maut bertembung lori

    3 warga asing maut bertembung lori


    Mayat tiga warga asing yang maut apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan lori di Jalan Kuantan-Kemaman, semalam.


    KUANTAN 9 April – Tiga lelaki maut manakala seorang lagi parah apabila kereta jenis Proton Saga yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Ular di sini hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, kejadian pada pukul 5 petang itu berlaku apabila kereta yang dipandu dari arah Kuantan-Kemaman dipercayai memasuki laluan bertentangan.

    "Kereta terbabit memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori dari arah Kemaman ke Kuantan.

    "Ekoran itu, pemandu kereta dan dua penumpang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

    Menurutnya, kesemua mangsa dipercayai warganegara Indonesia dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.

    "Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa," jelasnya.

    Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan