Utusan Online - Dalam Negeri |
Posted: BN guna pendekatan berhemahMUAR 31 Mac - Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan berhemah dan strategi kerja yang berkesan bagi meraih sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak 16 April ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara asas yang perlu dilakukan adalah untuk mempertahankan kuasa di negeri itu dan memperluaskan lagi agenda pembangunan bagi manfaat masyarakat secara menyeluruh. Menurutnya, bagi menghadapi pilihan raya tersebut, beberapa calon muka baru turut akan ditonjolkan dan semestinya mereka memenuhi ciri-ciri 'boleh menang' seperti diterima pengundi, berkelulusan dan bersopan. "Saya tidak mahu buat andaian awal yang mendahului keputusan pilihan raya, kita perlu bekerja keras kerana ini bukan perkara yang boleh dipandang remeh. Strategi mesti baik, kita mesti merendah diri dan kerja mesti berkesan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Wang Ihsan Mangsa Banjir Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari. |
Interlok: keputusan kerajaan muktamad Posted: Interlok: keputusan kerajaan muktamadMUAR 31 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan telah membuat keputusan muktamad mengenai isu novel Interlok. Oleh itu tegas Timbalan Perdana Menteri kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terus mendesak novel itu dipinda atau ditarik balik sebagai teks Komponen Sastera (Komsas) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu bagi Tingkatan Lima. Muhyiddin berkata, novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein itu akan tetap digunakan bagi pelajar tingkatan lima seperti yang dipersetujui di peringkat Kabinet dan Parlimen. Menurutnya, isu novel tersebut sengaja dibangkitkan sekali lagi oleh parti pembangkang melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu untuk dipolitikkan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak. "Saya fikir kita tidak akan berkompromi dalam soal ini kerana ia membabitkan soal keselamatan. Ia adalah bertujuan meraih sokongan politik dan mereka gunakan Interlok sebagai alat. Bagi saya, ini sikap yang tidak bertanggungjawab, berniat jahat dan bukannya membantu meredakan keadaan. "Dia (parti pembangkang) kalau boleh memang tidak mahu isu ini selesai, kalau tidak selesai, lagi semarak benci kerajaan. Kalau tidak selesai akan bangkit lagi, saya tahu muslihat mereka, kita tidak akan tunduk," katanya selepas menyampaikan wang ihsan kepada mangsa banjir di Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita mengenai beberapa NGO Cina yang mahu novel Interlok digugurkan sebagai bahan pembelajaran di sekolah kerana kononnya ia berbaur perkauman dan membawa perpecahan dalam masyarakat. Muhyiddin berkata, isu penggunaan novel Interlok sudah selesai dan mana-mana pihak yang membangkitkan lagi perkara itu akan hanya mengeruhkan lagi keadaan. "Proses pembelajaran akan berjalan seperti biasa dengan penambahbaikan yang telah dibincangkan dengan dapatan ahli panel telah kita terima dan akan dilaksanakan," katanya. Dalam sidang Dewan Rakyat pada 24 Mac lalu, Muhyiddin mengumumkan isu novel Interlok selesai dengan pindaan diputuskan pada novel berkenaan pada mana-mana bahagian yang boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India. Kerajaan bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok (Panel Bebas) yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti kaum berkenaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Akta baru pantau peniagaKUALA LUMPUR 31 Mac - Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010 akan dikuatkuasakan bermula esok untuk melindungi kepentingan pengguna. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan pelaksanaan undang-undang itu, ia akan dapat menghalang peniaga daripada menaikkan harga sesuatu barangan tanpa sebab. Katanya, dengan adanya akta baru itu ia akan membatalkan akta lama, Akta Kawalan Harga 1946, membolehkan kementerian bertindak dengan segera terhadap peniaga yang mengaut keuntungan secara berlebihan. Ismail Sabri menyebut tentang tindakan peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga penutup mulut dan hidung berikutan penularan wabak Influenza A (H1N1). Dengan penguatkuasaan akta itu, 10 anggota Majlis Penasihat Harga Barang yang akan diketuai Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom akan ditubuhkan. Majlis itu akan dianggotai enam wakil terdiri daripada orang awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan industri serta empat pegawai kerajaan, yang akan menentukan sama ada peniaga melakukan pencatutan atau mengaut keuntungan secara berlebihan.Ia akan turut menimbangkan kos operasi yang ditanggung oleh peniaga seperti cukai, kos pembekal, syarat permintaan dan penawaran serta lokasi geografi atau keadaan pasaran keluaran. Syarikat korporat yang melakukan kesalahan di bawah akta itu boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda sehingga RM1 juta. Bagi individu pula, akan berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya, boleh dikenakan denda sehingga RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya. Sebarang pertanyaan berhubung akta baru itu boleh hubungi talian bebas tol kementerian 1800-88-6800. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan