Selasa, 5 April 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Penamaan calon bagi merebut Sarawak

Posted: 05 Apr 2011 05:56 PM PDT

9 pagi hingga 10 pagi: Tempoh penamaan calon
10 pagi hingga 11 pagi: Tempoh bantahan
11 pagi hingga 12 tengahari: Pengumuman calon yang layak bertanding oleh SPRPilihan raya negeri Sarawak ke-10 bermula hari ini dengan proses penamaan calon yang dijalankan serentak bagi semua kawasan DUN.

Tempoh kempen ditetapkan selama 10 hari dan tarikh mengundi ditetapkan pada 16 April.

NONEPilihan raya kali ini menjanjikan perkembangan menarik di sudut BN yang berusaha memperbaiki prestasi mereka berbanding pilihan raya negeri terakhir pada 20 Mei, 2006.

Dalam pilihan raya itu BN kehilangan lapan kerusi – sebahagian besarnya di kawasan majoriti Cina di Kuching dan juga di kerusi majoriti Dayak di Engkilili dan Ngemeh.

Sementara itu, Pakatan Rakyat yang berbekalkan pengalaman mentadbir beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pula menawarkan kerajaan alternatif kepada pengundi.

Pertembungan di antara pelbagai parti dijangka akan berlaku khususnya di kawasan majoriti bumiputera, termasuk di antara Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS).

batu kawah nominations 060411 dap gangFokus kali ini tertumpu kepada beberapa 'heavyweight' tempatan yang bertanding sebagai calon bebas, termasuk bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Salleh Jaffarudin yang akan menentang ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di DUN Balingian.

Penyandang kerusi Padungan, Dominique Ng juga meraih perhatian di Batu Lintang. Beliau mungkin akan bertanding sebagai calon bebas atau terus menentang PKR yang baru ditinggalkannya.

Beberapa kerusi panas juga dikesan di kawasan yang terlibat dengan pentadbiran kerajaan negeri ke atas tanah adat Orang Asal Sarawak, pembukaan kawasan hutan dan pembinaan empangan hidroelektrik.

Di kawasan luar bandar ini, BN dijangka akan memainkan isu 'undi BN untuk pembangunan' bagi menyekat kemaraan pembangkang yang akan membawa isu-isu nasional dan seruan untuk memilih pemimpin baru.

LAPORAN LANGSUNG

8.45am:
Balingian - Kira-kira 300 penyokong PBB berkumpul di sebuah masjid, 11 kilometer dari pusat penamaan calon. Kerusi di Mukah ini dijangka menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah mencabar KM, Taib Mahmud. Turut menjadi tumpuan adalah calon bebas, Salleh Jafaruddin, yang mahu menumbangkan sepupunya Taib.

NONESalleh tiba di pusat penamaan calon bersama isterinya dan lima penyokong pada jam 7.20 pagi.

8.47am: Satok - Kira-kira 250 penyokong BN berkumpul lebih kurang 2.5km dari pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang.

Mereka datang bagi meluahkan sokongan kepada timbalan presiden PBB yang dilihat juga sebagai bakal ketua menteri, Datuk Abang Johari Openg, yang akan mempertahankan kerusinya untuk kali kelapan.

PKR pula menurunkan seorang peguam syarie Ahmad Nazib Johari sebagai calon Pakatan.

8.50am: Batu Kawah - Suasana seakan pesta di Kota Padawan di mana penamaan calon akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kota Padawan.

Kira-kira 200 penyokong BN mengiringi calon mereka Tan Joo Phoi dari pusat operasi mereka di pekan kecil yang dihuni majoritinya masyarakat Cina. Ia terletak kira-kira 20km dari selatan Kuching.

NONEPenyokong DAP pula hanya berjumlah 50 orang seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang menemani calon mereka, Christina Chiew ke pusat penamaan calon.

"Saya rasa yakin, Begitu juga ibu bapa saya, Mereka datang dari Sibu untuk menyokong saya," kata Chiew.

Chew adalah jurutera kimia dan sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu ADUN Pending, Violet Yong.

8.55am: Beting Maro - PAS, yang bertanding di lima kerusi dikatakan mempunyai peluang terbaikn di sini. Mewakili parti Islam itu ialah peguam Abang Ahmad Kerdi Abang Magasus. Keputusan tidak menampilkan calon ulama bertujuan memantapkan imej PAS sebagai parti yang moden.

NONESementara itu, BN menurunkan seorang pendatang baru, Razaili Gapor. Keputusan itu dikatakan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan akar umbi yang kecewa bahawa penyandangnya Bolhassan Ahmad Di digugurkan.

Pada pilihan raya negeri yang lalu, PAS tewas tipis dengan 895 undi di kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu/Melanau. Kerusi ini mempunyai 4,742 pengundi.

9.05am: Padungan - Kira-kira 200 penyokong DAP dan PKR berada di luar bangunan Majlis Perbandaran Kuching Selatan - tempat penamaan calon bagi tiga kersi Padungan, Pending and Batu Lintang. Ketiga-tiga kerusi di Kuching ini mempunyai penduduk majoriti Cina.

NONETidak seperti di Semenajung Malaysia, suasana penyokong agak terkawal - tiada jerit menjerit mengenai slogan parti.

Jumlah penyokong BN yang tiba di pusat penamaan calon jauh lebih besar daripada penyokong Pakatan. Dianggarakan tidak kurang 1,000 yang datang sambil mengibarkan bendera BN.

9.14am: Layar - Calon PKR Stanny Embat, tiba dengan 100 penyokong yang berarak dari pekan Betong ke pejabat daerah yang dijadikan pusat penamaan calon di Layar. Ia sebuah kerusi di pinggir bandar yang majoriti pengundi adalah masyarakat Iban. Kerusi ini telah dipegang oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu untuk selama tujuh penggal.

Penyokong PKR pula diketuai oleh timbalan ketua menteri, Datuk Mansor Othman. Mereka membawa sepanduk dan bendera parti sambil melaungkan"Reformasi!" dan "Tumbang Jabu!".

NONECalon Snap Joe Unggang, diiringi kira-kira 50 penyokong yang berkemeja T kuning, warna rasmi parti itu.

9.15am: Balingian -Ketua Menteri Taib, 74, tiba selepas diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN).

Turut sama, isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Taib.

9.20am: Layar - Timbalan Ketua Menteri, Jabu tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kira-kira 300 penyokong yang mengibarkan bendera BN dan PBB.

Mereka melaungkan "1Malaysia", "1Sarawak" dan "1BN".

Selain Stanny (PKR), Joe (Snap) dan Jabu (BN), terdapat seorang lagi calon Bebas, Tedewin Ngumbang, yang kelihatan di pusat penamaan calon. Keempat-empat mereka dilihat memfailkan borang pencalonan masing-masing.

NONE9.25am: Padungan - Penyandang kerusi Padungan Dominique Ng tiba di pusat penamaan calon bagi kawasan Padungan, Pendingdan Batu Lintang.

Adalah dipercayai beliau akan mempertahankan kerusinya itu dan dijangka berdepan dengan calon DAP Wong King Wei.

Semalam, ketika mengumumkan dirinya keluar PKR, beliau berkata akan bertanding di Padungan ataupun di Batu Lintang.

9.26am: Batu Kawah - Penyandang Tan Joo Phoi, seorang anak tempatan mampu akan dapat mempertahankan kerusinya daripada dicabar oleh gadis kelahiran Sibu, Christina Chiew dari DAP.

batu kawah nominations 060411 shake hands"Mereka masih baru di kawasan ini dan belum melakukan apa-apa pun tetapi kita mesti kerja keras (dalam kempen)," katanya ketika mengemukakan borang pencalonannya.

10.01am: Satok - Pegawai pengurus pilihan raya Onn Abdullah mengumumkan tamatnya tempoh penamaan calon dan bermulanya tempoh bantahan yang akan berakhir pada jam 11 pagi ini.

Hanya Abang Johari (PBB), 61 dan Ahmad Nazib (PKR), 35, yang telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing.

[Berita penuh menyusul]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu tanah, bukan video seks, kata pengundi

Posted: 05 Apr 2011 05:41 PM PDT

Walaupun mendapat perhatian luar biasa di Semenanjung Malaysia, isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya kurang menyengat menjelang pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April nanti.

Tinjauan Malaysiakini mendapati walaupun ada yang berpendapat sebahagian penduduk negeri itu mempercayai Anwar benar-benar merupakan 'pelakon' dalam video itu, perkara itu bukanlan persoalan utama bagi mereka.

NONE"Di sini media (yang ada) tiga sahaja, (iaitu) TV1, TV2 dan TV3. Apa yang yang diputarkan memang dipercayai," kata seorang peniaga Ibrahim Ahmad yang ditemui di pekan Debak, dalam DUN Saribas.

Bagaimanapun, menurut Ibrahim, 40, isu nasional, termasuk 'serangan' terhadap Anwar hanya memberikan sumbangan kecil kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan 979,796 pengundi daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Pengundi yang ditemui Malaysiakini di dua kawasan luar bandar – DUN Saribas (kawasan campuran Melayu/Melanau-Iban) dan Krian (majoriti Iban) – berpendapat, isu sebenar yang perlu diselesaikan melibatkan pengagihan geran individu untuk tanah adat.

NONE"Permintaan penduduk kampung untuk dapatkan geran tanah seolah-olah tidak dilayan. Sedangkan ini tanah nenek moyang kita," kata Ibrahim lagi.

Isu video seks yang didakwa melibatkan Anwar hangat kembali apabila sebahagian kecil aksi yang dirakamkan bocor di internet dan terdapat permintaan supaya ia diputarkan di parlimen. Walaupun gagal mendapat ruangan muka depan, isu itu turut dilaporkan di beberapa akhbar tempatan.

'Ini politik'

Di samping itu, terdapat beberapa risalah dikesan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti seks, antaranya melalui terjemahan daripada buku terbaru bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

anwar ceramah disrupted by cops swakSementara itu, mengulas isu Anwar, seorang pekerja swasta Laga Biju berkata, pengundi Sarawak, terutamanya di kawasan pedalaman "tidak peduli sangat" pada isu nasional sebegitu.

"Orang tidak akan percaya. Orang tahu, ini politik. Ia tidak ada apa-apa. Isu seks ini, ikut suka mahkamahlah.

"Mahkamah ini macam tuhanlah," kata Laga, 40, perantau di Kuala Lumpur yang baru pulang untuk mengundi di Saratok, bandar kecil di Krian.
Selain mahukan isu tanah adat diselesaikan, lelaki Iban itu berharap, isu yang langsung menyentuh masyarakat tempatan, seperti isu masalah pertanian dapat diselesaikan.

"Macam tanam lada (hitam), harganya dijual sekilo RM15, tetapi hendak beli baja kadang-kadang sampai RM100. Jadi, petani dapat RM5 sehari," kata Laga lagi.

NONESeorang lagi pegawai kerajaan juga dilihat senada dengan pandangan itu.

"Ini semua politik. Semua orang tahu apa tujuannya," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Jemali kerana takut identitinya diketahui oleh kerajaan BN negeri bawah pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

'Itu sebab dia dipecat'

Jemali berkata, mereka rakyat Sarawak mahu mengambil kesempatan dalam pilihan raya negeri kali ini bagi mendapatkan hak berupa geran tanah yang lama dituntut, sejak pilihan raya sebelum ini.

"Kalau minta lepas ini, mesti mereka (pemenang) lupalah," kata Jemali ketika ditemui Malaysiakini di Saratok semalam.

NONEBagi seorang warga mas, walaupun mengakui mengenali Anwar, pekebun kecil Abang Hamzah Abang Seman mengakui tidak berapa tahu berapa mengikuti perkembangan video terbaru yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Apabila ditanya sama ada beliau mempercayainya, Abang Hamzah, 67, berkata: "Itu sebab dia (Awar) dipecat dulu."

Bagaimanapun, ketika ditemui di rumahnya, Abang Hamzah bagaimanapun ironisnya berkata beliau "memang suka Anwar" kerana kebolehannya mentadbir ketua umum PKR itu dimaklumkan padanya oleh seorang calon Pakatan Rakyat, yang kebetulan mempunyai pertalian saudara dengannya.

Di Saribas, difahamkam terdapat ratusan, malah mungkin ribuan merupakan anggota besar yang mempunyai pangkal nama "abang" - merujuk kepada hubungan kekeluargaan secara tradisi di Sarawak.

NONEMenurut pemerhati politik, di Bumi Kenyalang, dalam setiap pilihan raya negeri, isu nasional jarang mendapat tempat, sebaliknya persoalan pemilikan tanah paling hangat dibicarakan penduduk setempat.

Golongan bumiputera yang mewakili lebih 65 peratus masih bermasalah mendapat geran tanah individu untuk tanah adat sejak dimansuhkan selepas Sarawak merdeka bersama Malaysia pada tahun 1963.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan