Kosmo Online |
- Pemuda sesat di Hutan Lipur Cherok Tok Kun ditemui
- YPJM sedia bantu bekas banduan dapat kerja
- Tidak serikwalaupun telah diserbu 22 kali diserbu
Pemuda sesat di Hutan Lipur Cherok Tok Kun ditemui Posted: Pemuda sesat di Hutan Lipur Cherok Tok Kun ditemui16/04/2011 6:02pm BUKIT MERTAJAM — Seorang pemuda yang sesat ketika berjoging di Hutan Lipur Cherok Tok Kun di sini petang semalam ditemui pagi tadi. Mohd. Hanif Hashim, 23, ditemui kira-kira 1.20 pagi dalam keadaan tidak bermaya dalam sebuah lubang dipercayai perigi lama oleh sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan penduduk kampung yang berusaha mencarinya sejak pukul 7 malam semalam. Sumber polis berkata, pelbagai usaha untuk mengesan mangsa dijalankan yang yang turut disertai pihak polis, bomba dan pasukan Rela. Setelah enam jam mencari, akhirnya mangsa berjaya dikesan menerusi telefon bimbitnya. "Kita mendapat maklumat sebaik dimaklumkan oleh mangsa melalui telefon bimbitnya. Bagaimanapun mangsa tidak dapat dihubungi semula selepas telefon bimbitnya dipercayai terjatuh di dalam lubang tempat dia dijumpai," kata sumber polis situ. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
YPJM sedia bantu bekas banduan dapat kerja Posted: YPJM sedia bantu bekas banduan dapat kerja16/04/2011 5:59pm KLANG — Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) sedia bekerjasama dengan Jabatan Penjara bagi membantu bekas banduan mencari pekerjaan dalam usaha memastikan mereka tidak kembali melakukan jenayah. Naib Presiden 1 YPJM, Tan Sri Lee Lam Thye berkata yayasan itu sebelum ini pernah membantu beberapa bekas banduan mendapat pekerjaan dan mengintegrasikan mereka dalam masyarakat. "Penerimaan masyarakat terhadap bekas banduan ini adalah salah satu faktor paling penting yang akan membantu mereka supaya tidak merasa tersisih dan tidak akan kembali melakukan kesalahan. "Setahu saya ada beberapa bekas banduan melalui usaha YPJM dapat pekerjaan sebagai pemandu teksi di Lembah Klang dan mereka mudah diterima masyarakat," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau ditemui selepas berucap di Forum Rakyat mengenai Jenayah dan Integriti yang dianjurkan Institut Integriti Malaysia dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Tidak serikwalaupun telah diserbu 22 kali diserbu Posted: Tidak serikwalaupun telah diserbu 22 kali diserbu16/04/2011 5:58pm GEORGE TOWN — Walaupun diserbu pihak berkuasa 22 kali tahun lepas kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral, sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney di sini diserbu sekali lagi malam tadi kerana kesalahan yang sama. Hasil serbuan itu, sepasukan polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berjaya menahan 12 wanita warga asing yang didapati bekerja tanpa dokumen yang sah. Ketua Operasi dari Cawangan D7 Bukit Aman ASP, Shahrul Nizam Jaafar berkata, 11 wanita warga China dan seorang rakyat Vietnam itu ditahan ketika leka melayan pelanggan. "Serbuan itu dibuat hasil intipan selama sebulan berikutan maklumat orang ramai mengenai pusat hiburan yang menawarkan perkhidmatan GRO (pelayan pelanggan) rakyat asing," katanya kepada pemberita, disini hari ini. Kesemua wanita terbabit yang berusia antara 17 dan 30 tahun juga didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral, katanya. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan