Kosmo Online |
- Jamuan patin RM13,000 patut - Pelanggan
- Anggota polis dan adik cedera dibelasah
- Waspada pihak menyamar petugas TNB
Jamuan patin RM13,000 patut - Pelanggan Posted: Jamuan patin RM13,000 patut - Pelanggan12/04/2011 8:04pm TEMERLOH 12 April – Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, hari ini mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang. "Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ia memang mahal," katanya di sini hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah. Pelanggan itu berkata, selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi. Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Anggota polis dan adik cedera dibelasah Posted: Anggota polis dan adik cedera dibelasah12/04/2011 8:01pm KUALA TERENGGANU – Akibat perselisihan faham berhubung siapa yang sepatutnya menjaga seekor kura-kura, seorang anggota polis dan adiknya cedera dibelasah lima lelaki dalam satu pergaduhan berhampiran sebuah pasar raya di Permaisuri, Setiu, semalam. Kejadian pada pukul 7.30 malam itu berlaku apabila seorang pengawal keselamatan berusia 22 tahun itu dilaporkan ingin menyerahkan seekor kura-kura untuk dijaga oleh seorang kawan wanitanya berusia 20-an. Bagaimanapun, secara tiba-tiba datang dua lelaki dipercayai kawan kepada wanita itu terus mengajak mangsa ke belakang bangunan pasar raya itu dan akibat tidak puas hati dengan tindakan itu telah membelasah mangsa. Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Supritendan Rohaizat Abd Ani berkata, mangsa sempat menghubungi abangnya berusia 26 tahun yang merupakan seorang anggota polis yang bertugas di daerah Setiu. Semasa abang mangsa cuba meleraikan pergaduhan, secara tiba-tiba datang tiga lagi lelaki dengan dua daripadanya membawa dua bilah parang dan melibas mangsa dan akibatnya anggota polis itu cedera di bahagian bawah mata manakala adiknya cedera di pergelangan tangan, katanya. Kelima-lima suspek yang berumur antara 20 hingga 30-an itu kemudian dilihat menaiki kereta jenis Honda CRV berwarna hitam dan dipercayai melarikan diri menghala ke Jertih. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Waspada pihak menyamar petugas TNB Posted: Waspada pihak menyamar petugas TNB12/04/2011 7:53pm KUALA LUMPUR –Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap pihak yang menyamar sebagai anggota kerja atau kontraktor TNB yang menjadikan penduduk luar bandar sebagai sasaran. TNB, di dalam satu kenyataan, berkata, pekerja yang menjalankan tugas di premis pengguna diwajibkan memakai pakaian seragam syarikat berupa baju-T berwarna merah dengan logo TNB berserta jaket biru dengan sulaman logo TNB berwarna merah dan mempunyai nama anggota. "Anggota kerja yang perlu memeriksa meter hanya akan masuk ke halaman rumah dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad kuasa yang memaparkan gambar anggota, nombor kad pengenalan dan nombor pekerja," katanya. Pekerja juga tidak dibenarkan membuat pemeriksaan pendawaian di dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa TNB. TNB juga mengingatkan bahawa sebarang transaksi pembayaran seperti deposit hanya dilakukan di kaunter-kaunter Kedai Tenaga dan bukan melalui orang perseorangan. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan