Kosmo Online - Negara |
- Lonjakan harga emas
- Kastam dakwa rugi RM2.2 bilion
- Raja Petra dedah komplot penyokong Anwar fitnah Najib
Posted: Lonjakan harga emasHARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram). Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah. "Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam. Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu. "Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas. "Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Kastam dakwa rugi RM2.2 bilion Posted: Kastam dakwa rugi RM2.2 bilionPETALING JAYA - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menjelaskan bahawa nilai kerugian sebenar yang ditanggung pihaknya akibat kehilangan duti import adalah sekitar RM2.2 bilion daripada RM10 bilion yang sepatutnya dikutip setiap tahun. Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf berkata, jumlah itu jauh berbeza dengan laporan sebelum ini yang mengaitkan nilai kerugian yang ditanggung oleh pihaknya adalah sebanyak RM108 bilion setahun. Beliau berkata, angka RM108 bilion itu sebenarnya adalah anggaran kerugian setiap tahun kepada kerajaan akibat penipuan, pengisytiharan cukai, penyelewengan serta salah laku pelbagai agensi penguat kuasa kerajaan. "Kami (Kastam) hanya dapat mengutip sejumlah RM7.8 bilion tahun lepas, bermakna kami kerugian lebih kurang RM2.2 bilion lagi," katanya selepas menghadiri seminar kerjasama kastam-sektor swasta di sini semalam. Beliau berkata, kehilangan RM2.2 bilion atau 23 peratus duti kastam itu bagaimanapun masih rendah dan pada tahap normal serta biasa dialami oleh negara maju lain, yang menetapkan 25 peratus untuk kerugian maksimum. Mohamed Khalid berkata, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dijangka mengumumkan minggu depan mengenai laporan yang salah melaporkan bahawa wang berselerak di rumah pegawai kanan KDRM yang ditahan pada 28 Mac lepas, sebaliknya wang itu ditemui di beberapa lokasi berlainan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Raja Petra dedah komplot penyokong Anwar fitnah Najib Posted: Raja Petra dedah komplot penyokong Anwar fitnah Najib
KUALA LUMPUR - Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (gambar) mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu yang mahu menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri. Katanya, beliau sendiri tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu tersebut. Individu tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tindakan itu bagi menyekat Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. "Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi ke tempat itu, kawasan itu hutan dan saya fikir nak panjat bukit, masuk hutan tengah malam pukul 12 malam, saya ingat mustahil," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini. Rakaman temu bual itu disiarkan Buletin Utama TV3 malam tadi. Raja Petra berkata, dalam akuan sumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008, menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan