Harian Metro: Setempat |
Posted: 06 Apr 2011 12:53 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Abd Rahman Atin, 63, yang tercedera dan mendapat kecacatan kekal di tangan dalam pertempuran bersama komunis di Gunung Bintang, Perak, terkilan pengorbanannya tidak dihargai. Menurutnya, dia kecewa kerana perkhidmatan dan kecederaan yang dialaminya pada tahun 1972 ternyata sia-sia berikutan ganjaran yang diperuntukkan kerajaan bagi tentera yang tercedera semasa menjalankan tugas hanya diterima tentera yang berkhidmat pada tahun 1994 hingga sekarang.
Anaknya Ayu@Siti Khatijah Abd Rahman, 33, yang turut hadir menemani ayahnya berkata sejak kejadian terbabit ayahnya jarang menghadiri majlis kenduri jiran dan malu untuk bersalaman walaupun dengan anaknya sendiri.
"Tidak ada pelanggan mahu ke kedai saya apabila melihat kecacatan ini. Setiap hari hanya RM50 saja hasil jualan yang saya dapat. "Walaupun saya ada menerima pencen dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun ia masih tidak mencukupi memandangkan masih mempunyai anak yang masih belajar di sebuah institusi pengajian tinggi," katanya ketika ditemui di balai berita. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pak Ngah kesal jasa tak dikenang Posted: 06 Apr 2011 11:40 AM PDT KUALA LUMPUR: "Mata saya hampir buta dimasuki pasir akibat pekerjaan ini, tetapi jasa saya langsung tidak dihargai," dakwa seorang penggali kubur Masjid At-Taqwa Selayang Baru, Othman Naim, 83, yang ditamatkan perkhidmatannya oleh Jawatankuasa Kariah Masjid itu sejak 1 Februari lalu. Dia yang lebih dikenali sebagai Pak Ngah berkata, penamatan perkhidmatan oleh jawatankuasa masjid dibuat tanpa sebarang penjelasan dan dianggapnya sebagai tidak sah.
"Apa mereka sudah lupa jasa saya selama 14 tahun sebagai penggali kubur di kawasan itu," katanya ketika ditemui Harian Metro.
"Jasa saya hanya setakat itu saja? Bukan saya nak minta bayaran lebih pun tapi saya rasa masih mampu untuk buat kerja itu dan tidak sepatutnya saya diberhentikan," katanya.
"Pembinaan rumah saya atas dasar keselamatan tanah perkuburan disebabkan bimbang berlaku perkara tidak elok di kawasan itu dan memudahkan tugas saya," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan