Khamis, 7 April 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Pembangkang kian goyah

Posted: 07 Apr 2011 04:49 AM PDT

KUCHING: "Kita jangka bahawa Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 ini akan menjadi saingan sengit dan parti pembangkang akan cuba membentuk pasukan yang boleh memberi tentangan kepada Barisan Nasional (BN)," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Pusat, berkata amat jelas persefahaman yang pembangkang harapkan itu sudah berkecai kerana terlalu banyak kawasan pertandingan lebih daripada satu lawan satu.


Beliau berkata, ketika ini, parti pembangkang berada dalam keadaan kucar-kacir dan jika mereka membentuk kerajaan, impian Malaysia menjadi negara maju tidak akan kesampaian.

"Kita buat perancangan dan kita tunaikan janji kita kepada rakyat. Kita ada perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang dan kerana itu, dalam pilihan raya negeri Sarawak ini, kita letak calon-calon yang berwibawa.


"Saya turun hari ini untuk berjumpa rakyat di Sarawak untuk beritahu bahawa kerajaan Pusat sedia bantu Sarawak untuk mencapai kejayaan lebih besar dan menyelesaikan apa jua masalah," katanya selepas merasmikan majlis pelancaran dan penyerahan Sirim Pintar-Learning dan Sirim Robokit di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong, di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pulapol bebas virus Adeno

Posted: 07 Apr 2011 04:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, kini diisytiharkan selamat sepenuhnya daripada serangan virus Adeno dan boleh digunakan sepenuhnya seperti biasa.

Komandan Pulapol, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed mengesahkan perkara itu dan berharap pelatih dan ahli keluarga tidak ragu-ragu dengan tahap kebersihan dan kesihatan di Pulapol.


"Kami (Pulapol) kini giat menjalankan aktiviti pembersihan di kawasan termasuk blok penginapan pelatih, dewan makan dan kawasan sekitar bagi memastikan semua dalam keadaan bersih.

"Aktiviti pembersihan akan dijadikan aktiviti bulanan bagi memastikan keadaan kebersihan dan tahap kesihatan pelatih dalam keadaan terbaik," katanya ketika ditemui pada aktiviti gotong-royong di Pulapol, Jalan Semarak, di sini, hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan