Berita Harian: Wilayah |
Posted: 19 Apr 2011 02:00 PM PDT Wilayah PENGUAT KUASA DBKL dan JPJ menahan dan menyaman kenderaan awam dan persendirian yang menghalang lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur. KUALA LUMPUR: Dua pemandu teksi yang melakukan kesalahan menghalang lalu lintas di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorel Titiwangsa di sini, sanggup membahayakan diri dengan memasuki laluan Jalan Tun Razak yang sesak dengan kenderaan secara tiba-tiba selepas menyedari kehadiran penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam. Bagaimanapun, tindakan pantas anggota penguat kuasa DBKL, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang terbabit dalam Operasi Halang Siri 11/2011 dari jam 11 pagi hingga 1.30 tengah hari berjaya 'mengepung' teksi terbabit. Selain dua pemandu teksi terbabit, enam lagi pemandu teksi yang turut meletakkan kenderaan di kawasan larangan di stesen berkenaan, tidak sampai 200 meter dari Bilik Gerakan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL turut dikenakan kompaun RM150 mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.Ketua Inspektor Trafik Penguat kuasa DBKL, Tuan Shaiful Anuar Shahrom, berkata operasi berkenaan diadakan bagi memastikan ibu kota tidak terus sesak disebabkan tindakan pemandu bas dan teksi meletakkan kenderaan mereka sesuka hati. "Tindakan itu diambil atas laporan diterima daripada orang awam. DBKL tidak mahu keadaan itu berlarutan dan menyusahkan pengguna jalan raya lain," katanya dalam sidang media di sini, semalam. Shaiful berkata, 129 tindakan diambil DBKL iaitu empat kes membabitkan ketumpatan asap melebihi 50 peratus oleh JAS, manakala JPJ sebanyak 27 kes.
Selain Jalan Tun Razak, beberapa lokasi tumpuan lain termasuk Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Leboh Ampang serta Jalan Sultan turut digempur dalam operasi itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 19 Apr 2011 01:42 PM PDT Wilayah JETI usang perlu diganti di Kampung Penerok, Kukup. KUKUP: Nelayan sekitar Kampung Penerok di sini, melahirkan rasa kecewa berikutan ketiadaan jeti yang sempurna untuk memudahkan mereka menguruskan aktiviti keluar masuk menangkap ikan setiap hari. Keadaan jeti sedia ada yang usang dengan pondok tempat mereka meletakkan kelengkapan menangkap ikan yang ada di situ semakin uzur apabila hanya menunggu masa untuk rebah. Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jabar Abd Rahman, 70, berkata semua kemudahan yang ada di situ sudah usang kerana dibina sejak 1970-an lagi."Hasil pendapatan di sini tidak begitu baik, membuatkan nelayan di sini tidak mampu berusaha untuk membina jeti, jambatan atau pondok yang bagi bagi menggantikan kemudahan yang semakin usang itu. "Pendapatan nelayan di sini hanya sekitar RM300 hingga RM500 sebulan, itulah rezeki mereka untuk menyara keluarga dan persekolahan anak-anak," katanya. Jabar berkata, berikutan kemiskinan yang menghimpit mereka, kebanyakan nelayan kampung itu hanya mampu keluar menangkap ikan dengan menggunakan jaring, rawai dan pukat kecil saja.
"Jambatan ini adalah penghubung kampung yang terdekat seperti Sungai Buntu dan Penerok Laut. Saya bimbang kalau kenderaan seperti kereta dan motosikal lalu di sini, menyebabkan jambatan di sini runtuh, berikutan tiangnya juga sudah reput sedangkan ia adalah laluan utama penduduk termasuk mengeluarkan hasil kebun," katanya. Beliau berkata, walaupun jauh daripada pusat bandar, namun kira-kira 200 penduduk kampung itu berharap mereka turut berpeluang mengharungi kehidupan dengan lebih selesa terutama kemudahan infrastruktur yang usang itu dapat dibina atau diganti baru," katanya. Nelayan, Rahmad Minal, 43, berkata mereka amat berharap perhatian kerajaan negeri untuk membantu membina kembali pelbagai kemudahan untuk keselesaan semua nelayan di situ keluar ke laut. "Sebagai anak kampung dan nelayan di sini, besarlah harapan kami untuk melihat kemudahan awam seperti jeti, pondok dan jambatan di sini dapat dibina baru," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan