Sabtu, 9 April 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Kesan cedera akibat jatuh

Posted: 08 Apr 2011 09:55 AM PDT

FORENSIK HUKM dan anggota bomba meninjau kawasan pejabat SPRM di mana, Penolong Pengarah kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati.

FORENSIK HUKM dan anggota bomba meninjau kawasan pejabat SPRM di mana, Penolong Pengarah kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati.

Polis rampas CCTV
  • Siasatan selesai seminggu

  • KUALA LUMPUR: Laporan awal hasil bedah siasat kematian Ahmad Sarbani Mohamed, pegawai kastam yang ditemui mati di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan pada Rabu lalu, mendapati kecederaan pada tubuhnya adalah selari dan konsisten dengan kesan akibat jatuh dari tempat tinggi.Berikutan itu, setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut tetapi tidak menolak siasatan mengikut seksyen lain jika laporan penuh siasatan serta bedah siasat mendapati ada unsur yang meragukan.
    Selain itu, polis mengakui ada petunjuk tertentu berhubung kematian Penolong Pengarah Cawangan Import, Eksport dan Kawalan Sempadan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor itu dan berharap semua pihak bersabar dan memberi peluang kepada polis menerima laporan makmal yang lengkap kerana ada bahan bukti masih dianalisis.

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata polis turut merampas kamera litar tertutup (CCTV) pada bangunan pejabat SPRM itu, tetapi enggan mengulas lanjut kerana ia sedang dianalisis.

    "Kita ada petunjuk tertentu yang sedang kita ikuti dan semua pihak diharap bersabar, kita tak mahu wujud kebimbangan yang keterlaluan," katanya yang turut menegaskan bedah siasat hanya dilakukan sekali mengikut prosedur oleh pasukan patologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
    Beliau juga menjelaskan siasatan dijangka selesai dalam tempoh seminggu lagi selepas polis menerima laporan penuh ujian makmal yang sedang dijalankan termasuk kemungkinan wujud unsur jenayah.

    "Bedah siasat dilakukan semalam (kelmarin) dan keputusan penuh belum dapat diberikan. Selagi laporan ujian belum diperoleh, keputusan penuh bedah siasat tidak diketahui.

    "Kita harap laporan itu akan diperoleh dalam tempoh terdekat, mungkin kurang seminggu sebelum punca sebenar kematian diketahui... cuma setakat ini saya boleh katakan kesan kecederaan mangsa selari dan konsisten akibat jatuh dari tempat tinggi," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur, di sini semalam.

    Dalam kejadian pagi Rabu lalu, Ahmad Sarbani, 56, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan. Allahyarham dikatakan datang secara sukarela ke pejabat SPRM untuk berbincang mengenai siasatan kes rasuah dengan pegawai penyiasat agensi itu.

    Mengulas lanjut, Zulkifli mengesahkan, polis sudah merakamkan percakapan enam pegawai SPRM Wilayah Persekutuan sejak hari kejadian tetapi enggan mengesahkan sama ada mereka termasuk dua pegawai yang digantung tugas oleh agensi itu kerana ingkar perintah berhubung pengendalian saksi.

    Sementara itu, dua jentera Bomba dilihat memasuki perkarangan pejabat berkenaan pada jam 2.15 petang semalam, sebelum beberapa kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) masuk ke premis itu lima minit kemudian.
    Dua jentera dari Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur itu diletakkan di tepi bangunan, berdekatan lokasi Ahmad Sarbani dikatakan terjatuh.

    Penolong Pengarah Operasinya, Azizan Ismail, ketika dihubungi berkata, pihaknya diminta oleh polis ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan khususnya dalam penyediaan peralatan.

    Difahamkan, premis itu ditutup kepada orang awam mulai jam 12.30 tengah hari, dipercayai bagi mengelak sebarang gangguan penyiasatan di kawasan pejabat agensi itu. Beberapa pegawai polis bersama anggota forensik turut dilihat berbincang di perkarangan bangunan berkenaan.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    nasir b mohamad

    kemungkinan ada unsur jenayah. sebab sebab ada usul ugutan keatas keluarga. itu kemungkinan saja ingin beri pandangan

    Yangretibase

    Nak cari kesan apalagi, kalau mangsa sekadar ditolak jatuh, misalnya!

    Abang Aji

    Al-fathihah untuk Allahyarham Ahmad Sarbani. Cuma lepas ni janganlah usung gambar Allahyarham kesana kesini macam keluarga Teoh Beng Hock..

    Aizamir Shahrul

    Assalamualaikum. Biarkan pihak polis menyiasat sedalam-dalamnya. Jika perlu tubuhkan inkues. Malang rasanya apabila pihak pembangkang masuk campur hal ini. Ingat dapat memberikan idea penyelesaian tetapi terang-terang mengambil kesempatan untuk memburukkan pihak SPRM. Tidak pula mereka memuji pihak SPRM yang telah berjaya menyelamatkan 10 billion dalam serbuan ke atas jabatan kastam baru-baru ini. Adala tidak wajar menuduh pihak SPRM membunuh arwah. Tiada untungnya untuk membunuh di pejabat SPRM, baik bunuh di luar dari SPRM punya pejabat.

    mir

    Saya Muskil Allahyarham dikatakan datang secara sukarela. Bukan diarahkan oleh SPRM Untuk datang

    hassim

    Jika semua faham akan isi kandungan Al-Quran Dan Al-Hadith Rasulullah SAW dan mengamalkannya pasti peristiwa sebegini tidak akan berlaku.

    dieymus

    kebenaran akan terbukti jua...


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan