Rabu, 6 April 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Rakyat makmur tekad BN

Posted: 05 Apr 2011 11:19 AM PDT

MukaDepan

Manifesto pastikan Sarawak jadi negeri terkaya di Malaysia

KUCHING: Dalam usaha mendapatkan semula mandat pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 yang bermula hari ini, Barisan Nasional (BN) menjadikan janji, ikrar dan pencapaian BN untuk rakyat Sarawak sebagai intipati utama manifesto parti yang dijadual dilancarkan di sini, petang ini.

Dengan mengajak rakyat di Bumi Kenyalang bersama-sama memajukan Sarawak, manifesto kali ini membawa tema 'Rakyat Makmur, Kehidupan Selesa, Negeri Aman – Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN'. Berita Harian difahamkan, manifesto itu menekankan betapa BN mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada pada landasan betul ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.

Manifesto turut menyentuh mengenai Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang dijaja pembangkang setiap kali pilihan raya, khususnya di luar bandar bagi mempengaruhi pengundi. Ia antara lain menghuraikan hak rakyat terhadap Tanah NCR dan betapa kerajaan komited melaksanakan pendaftaran 1.5 juta hektar tanah berkenaan dalam Sistem Pendaftaran Tanah.

Kerajaan BN juga komited untuk terus melaksanakan pengukuran keliling tanah NCR bagi mengatasi kebimbangan pemilik dan membolehkan mereka meningkatkan taraf hidup.

Menurut sumber, manifesto dalam empat bahasa iaitu Melayu, Iban, Cina dan Inggeris itu, kerajaan BN juga memaklumkan kepada rakyat bahawa 195,986 geran tanah di bawah Seksyen 18 dan 2,557 lot diwartakan sebagai tanah untuk kegunaan bersama bagi pelbagai tujuan di bawah Seksyen 6, Kanun Tanah Negeri.
Selain penekanan kepada Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), manifesto turut memaklumkan keutamaan kerajaan kepada usaha memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak.

Ia juga menyentuh mengenai pemeliharaan alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum; menyedia peluang pekerjaan untuk semua; menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua; menyediakan peluang pendidikan serta menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.

Manifesto juga menjanjikan peningkatan kualiti hidup golongan miskin dan kurang bernasib baik serta memastikan kemudahan jalan raya, bekalan air dan elektrik dan perkhidmatan kesihatan serta perumahan di Sarawak sentiasa di pertingkatkan.

Kerajaan BN juga menekankan tadbir urus yang baik menerusi penyampaian perkhidmatan lebih cekap dan responsif, mematuhi sepenuhnya prosedur kewangan, membuat keputusan berdasarkan penyertaan dan muafakat semua pihak serta pengurusan kewangan dan fiskal yang cermat serta bertanggungjawab.

Bukti kecekapan dan pencapaian BN dijangka dihuraikan menerusi kedudukan sosial; peluang dan kemudahan pendidikan yang ada ketika ini, khidmat kesihatan, infrastruktur, ekonomi termasuk industri perkilangan berteknologi tinggi serta suasana pelaburan kondusif dan pertanian moden.

Ia turut menjelaskan betapa Sarawak menawarkan kadar premium pembaharuan tempoh surat hak milik terendah di Malaysia dengan perbandingan kepada Selangor dan Pulau Pinang yang mencatatkan sehingga 40 kali lebih tinggi berbanding Sarawak.

Dari segi kemudahan infrastruktur menjelang penghujung 2012, kerajaan BN menjanjikan 750 kilometer tambahan jalan luar bandar, bekalan air bersih untuk 92,000 isi rumah luar bandar, bekalan elektrik 24 jam untuk 78,000 isi rumah dan 16,500 unit rumah untuk rakyat termiskin.

Ia juga dikatakan memberi penekanan betapa kerajaan BN komited kepada usaha mengurangkan kadar kemiskinan dan menyediakan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Klip video seks' panas di internet

Posted: 05 Apr 2011 11:17 AM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Klip video seks dikatakan memaparkan sedutan rakaman perlakuan tidak bermoral lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam internet kelmarin menjadi topik hangat masyarakat, terutama menerusi internet dan laman web sosial selain komen dalam pelbagai blog yang memuatkan laporan mengenai perkara itu.

Turut memberikan komen adalah pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik yang kebanyakannya mendesak supaya pihak berkuasa menyelesaikan segera perkara itu bagi mencari kebenaran, sekali gus menamatkan kekeliruan masyarakat mengenainya.

Kebanyakan komen yang disuarakan adalah mengenai kesahihan video itu serta kesahihan pelakunya, selain tidak kurang yang mengharapkan supaya mereka terbabit dikenakan hukuman, selain penubuhan suruhanjaya siasatan bagi menyelesaikannya. Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, berkata kegagalan menyegerakan siasatan menerusi suruhanjaya akan membangkitkan suasana tidak selesa di kalangan rakyat yang keliru dengan pelbagai maklumat termasuk yang dimuat turun daripada internet.

"Siasatan lebih mendalam perlu dilakukan sebelum sebarang penafian dilakukan oleh mana-mana pihak. Menerusi suruhanjaya, rakyat akan mendapat kebenaran kerana sebarang spekulasi akan menimbulkan keadaan tidak tenteram," katanya.

Timbalan Presiden Gerakan Belia 4B, Mohd Nizam Omar menyokong penubuhan suruhanjaya disegerakan supaya isu itu tidak lagi dipolitikkan oleh pihak yang berkepentingan.

Beliau yakin suruhanjaya dapat merungkai segala permasalahan dan spekulasi yang banyak berlegar dalam negara serta menjadi tumpuan rakyat sehingga mengatasi isu nasional lain.
Sejak klip video berkenaan mula disiarkan blog Gerakan Anti-PKR kelmarin menggunakan pautan Youtube, pelbagai portal berita dan blog lain termasuk blog yang dianggap sebagai berkecuali, memasukkan pautan sama. Antaranya Malaysiakini.com, Zorro-unmasked, M.I.M., Aspirasi Bangsa, Gerakan Timur, Apa Yang Tersirat, Rajahmas, Sungai Rapat Online, Satu Melayu, The Flying Kick dan Semut Hitam.

Fokus kebanyakan blog adalah meminta pembaca menilai sendiri paparan selama satu minit 47 saat itu bagi menentukan sama ada lelaki dalam rakaman itu adalah Anwar.

Meskipun YouTube menarik balik klip berkenaan daripada laman webnya malam kelmarin, ada pihak memuatkan kembali video itu di laman sama kira-kira jam 3 pagi semalam dan sehingga jam 8.30 malam tadi, lebih 270 komen dibuat mengenai video berkenaan.

Antara komen dalam Youtube adalah:

"Bagi penyokong kuat, mereka tetap tidak akan percaya.... mereka tetap tidak akan mengaku dan menerima kenyataan!" tulis seorang peserta ruangan itu yang tidak meletakkan namanya.

Seorang lagi peserta menyatakan: "Jika benar dia yang lakukan dan terlepas hukuman dunia usah kita ragu di akhirat kelak tak mungkin malah mustahil akan terlepas."

"Satu isu yang dilihat dari perspektif dan persepsi yang berbeza. Ada yang simpati dan ada membenci. Pada siapa?? mungkin pelakonnya... mungkin tuan direktornya... mungkin penyuntingnya dan mungkin penerbitnya. Yang jelas terpapar adalah bertapa manusia tidak pernah takutkan Allah dalam setiap perbuatan.. sesungguhnya tiap yang tersembunyi itu amat jelas bagi Allah... dan ganjarannya pasti akan dinikmati..." tulis faidzalicious.

Seorang lagi peserta yang menggelar dirinya cd3685 menulis: "Kalau kira percent (peratus) tu, 70% MACAM nuar (Anwar)... kalau video HD baru jelas....".


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan