Selasa, 1 November 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Bomba selamatkan tiga blok kilang polistren di Damansara daripada terbakar

Posted: 01 Nov 2011 03:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas anggota bomba telah menyelamatkan tiga blok bangunan sebuah kilang polistren di Taman Sains Kota Damansara di sini daripada terbakar.

Bagaimanapun, kebakaran tengah hari itu memusnahkan sebuah blok daripada deretan empat blok bangunan di kilang berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul berkata hasil panggilan daripada orang awam pada 12.26 tengah hari, 17 anggota bersama tiga pegawai dari Sungai Buloh dan Damansara dapat mengawal kebakaran dalam masa tidak sampai 20 minit.

"Ketika kebakaran, sekurang-kurangnya 30 pekerja berada di dalam kilang itu tetapi mereka sempat menyelamatkan diri," katanya.


Mohamad Sani berkata punca kebakaran masih disiasat. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Zeti: Angka KDNK lebih baik dalam suku ketiga

Posted: 01 Nov 2011 03:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata adanya penambahbaikan dalam angka-angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga negara, disokong oleh permintaan penggunaan yang kukuh dan pelaksanaan pelbagai projek kerajaan.

"Tetapi, kita akan tengok setakat mana penambahbaikan itu -- sama ada ia lebih daripada 4.5 peratus atau hampir kepada 5.0 peratus," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

BNM dijadual mengumumkan angka KDNK suku ketiga Malaysia pada 18 November.

"Daripada petunjuk perdagangan yang kita lihat, permintaan pengguna dan pelaksanaan beberapa projek oleh kerajaan, kesemuanya dalam trend positif, dan pembiayaan terus agak kukuh dalam suku ketiga," tambah beliau.


Menjawab soalan sama ada Malaysia lebih bimbang mengenai inflasi atau pertumbuhan, Zeti berkata kedua-duanya mendapat perhatian.


"Situasinya begitu dinamik, kita kena buat penilaian yang amat berhati-hati. Kita tidak mahu menjejaskan prospek masa depan pertumbuhan kita jika kita punya inflasi tinggi, ia akan menjejaskan pertumbuhan masa depan."

Jadi, dasarnya tidak boleh hanya sementara, ia perlu mampan sehingga tempoh pertengahan, tambah beliau. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan