Ahad, 27 November 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


JPJ buru 'motosikal tak layak'

Posted:

JPJ buru 'motosikal tak layak'

JPJ buru 'motosikal tak layak'

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanktn@gmail.com

TEMERLOH 27 Nov. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri akan memberi tumpuan mengesan motosikal yang 'tidak layak berada di atas jalan raya' dalam operasi di kawasan bandar tidak lama lagi.

Pengarahnya, Datuk Zakaria Man berkata, istilah motosikal tidak layak adalah kenderaan yang ditunggangi individu yang tidak memiliki lesen memandu selain tiada cukai jalan.

"Sepanjang bulan ini, JPJ membuat dua operasi besar di negeri ini dengan memberi tumpuan kepada motosikal dan lebih 60 peratus saman dikeluarkan adalah terhadap penunggang motosikal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai 47 pegawai dan anggota JPJ melakukan operasi bersepadu bersama empat agensi kerajaan yang berkaitan di Jalan Temerloh-Mentakab di sini, kelmarin.

Dalam operasi itu, 118 saman lalu lintas atas pelbagai kesalahan dikeluarkan. Sebanyak 42 daripadanya dikeluarkan oleh JPJ manakala 76 lagi saman dikeluarkan oleh Polis Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Temerloh.

Menurutnya, 49 pemilik kenderaan diberikan notis pemeriksaan kenderaan mereka oleh JPJ kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

"Operasi itu adalah yang kedua dalam bulan ini dan JPJ akan memberi tumpuan kepada motosikal dalam setiap operasi diadakan nanti," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zakaria berkata, JPJ akan bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengesan pemandu kenderaan yang memandu di bawah pengaruh dadah.

"Tumpuan akan diberikan untuk mengesan pemandu kenderaan komersial yang memandu jarak jauh kerana berkemungkinan mereka memandu di bawah pengaruh dadah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita UMNO turun padang

Posted:

Wanita UMNO turun padang

Wanita UMNO turun padang


ZAITON Mat (kiri) melihat bumbung rumah Zariah Mat Ali yang bocor ketika mengetuai kunjungan rombongan Skuad Cakna Wanita UMNO Bahagian Kuantan di Kampung Baru Peramu, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 27 Nov. - Seorang warga emas di Kampung Baru Peramu dekat sini terharu apabila menerima bantuan daripada Skuad Cakna Wanita UMNO Bahagian Kuantan di sini, baru-baru ini.

Zariah Mat Ali, 73, yang kematian suami sejak 13 tahun lalu menerima bantuan berupa 16 keping zink untuk membaiki atap rumahnya yang usang serta wang tunai dan hamper.

Menurutnya, dia bersyukur dengan bantuan tersebut dan menghargai keprihatinan pergerakan itu yang memahami kesulitan kehidupan mereka sekeluarga.

"Apabila hujan, bahagian dapur yang paling teruk bocor dan memang kena sentiasa bersedia dengan bekas tadahan supaya dalam rumah tidak basah," katanya selepas menerima rombongan skuad tersebut di sini, baru-baru ini.

Kunjungan yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Senator Datuk Zaiton Mat bersama Pengerusi Program Cakna,Siti Zainab Abd. Ghani.

Zariah kini bergantung harap dengan anaknya, Rosnani Mamat, 48, yang kini bekerja sebagai tukang cuci kira-kira sebulan lalu.

Rosnani ketika ditemui berkata, dia menghargai bantuan itu yang sedikit sebanyak mengurangkan beban dan kegelisahan terhadap ibunya apabila keluar bekerja.

"Saya juga baru bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan kasar RM420 sebulan. Sebelum ini saya kerja mencucuk satar dengan upah mingguan kira-kira RM20," katanya.

Dalam pada itu, Zaiton memberitahu, sejak program itu dimulakan pada awal bulan ini, kira-kira 400 orang sudah menerima pelbagai bantuan yang diberikan berdasarkan kesesuaian masing-masing.

Menurutnya, ia adalah aktiviti berterusan sepanjang masa dan mengamalkan konsep 'turun padang' dengan berhadapan golongan sasar yang layak dibantu.

Full content generated by Get Full RSS.

Kempen bahaya rokok terhadap remaja perempuan

Posted:

Kempen bahaya rokok terhadap remaja perempuan

Kempen bahaya rokok terhadap remaja perempuan

JERANTUT 27 Nov. - Kempen kesedaran bahaya merokok perlu diperluaskan di peringkat sekolah kerana jumlah perokok dalam kalangan remaja perempuan kian meningkat berbanding lelaki.

Ahli Dewan Undangan Negeri Damak, Datuk Lau Lee berkata, peningkatan itu amat membimbangkan kerana ia mengundang kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah dalam kalangan kaum hawa.

"Semua pihak perlu peka dengan masalah ini dan langkah pencegahan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

"Selain itu, peranan ibu bapa sangat penting untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Nyah Rokok di sini, baru-baru ini.

Kempen yang diadakan di tapak pekan sehari berhampiran Pasar Besar Jerantut itu dianjurkan oleh Panel Penasihat Kesihatan Klinik Kesihatan Jerantut (PPKKKJ).

Lee berkata, pihak berkuasa harus menguatkuasakan undang-undang sedia ada termasuk larangan menjual rokok kepada individu di bawah umur 18 tahun.

"Kita ada undang-undang namun tidak dikuatkuasakan menyebabkan peniaga tidak memandang serius larangan tersebut," ujarnya.

Mengulas mengenai kempen tersebut, beliau berkata, ia sangat wajar selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan membanteras tabiat merokok dalam kalangan rakyat negara ini.

Dalam pada itu, Pengerusi PPKKKJ, Ghaffar Abd Talib berkata, pihaknya akan memperbanyakkan kempen tersebut terutama di tempat awam.

"Kita harus sedar bahawa orang lain yang tidak merokok turut menjadi mangsa kerana mereka menyedut asap rokok yang dihembus oleh perokok," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan