Isnin, 28 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Jawatan JUSA, Turus akan diubah

Posted:

Jawatan JUSA, Turus akan diubah

Jawatan JUSA, Turus akan diubah

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam, peringkat JUSA dan Turus akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.

Dengan cadangan itu bermakna, mana-mana pekerja sektor swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.

Utusan Malaysia difahamkan, jawatan yang terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.

KSU yang berada dalam kategori JUSA tertinggi dan Turus adalah sama seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat korporat.

Bagaimanapun tidak diketahui sama ada pengisian jawatan-jawatan tertinggi itu akan mengambil kira kouta berdasarkan kaum.

Satu taklimat kepada pegawai-pegawai peringkat utama dan ke atas telah dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) minggu lalu.

Difahamkan ia adalah sebahagian daripada program transformasi dalam perkhidmatan awam. Di bawah program itu Skim Saraan Malaysia (SSM) akan diganti dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA).

Menurut satu sumber, di bawah sistem baru itu, kemasukan kakitangan untuk kategori itu akan dilakukan secara lateral.

Buat sementara, difahamkan lima buah kementerian telah dikenal pasti untuk dilaksanakan kaedah itu.

Dalam pada itu, Utusan juga difahamkan di bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak. Prestasi mereka akan dinilai dalam tempoh kontrak tersebut.

Dalam proses ini, menurut sumber itu, pihak dalam dan luar daripada perkhidmatan awam juga boleh memohon untuk mengisi jawatan tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Amalkan sikap kesederhanaan

Posted:

Amalkan sikap kesederhanaan

Amalkan sikap kesederhanaan

Oleh HASHNAN ABDULLAH dan NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my


ABDUL Shukor Husin (duduk, tengah) meraikan kejayaan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bersama isteri, Puan Sri Ramah Abd. Manan serta anak cucunya di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 27 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menyeru rakyat negara ini, termasuk umat Islam agar sentiasa mengamalkan sikap kesederhanaan dalam setiap amalan.

Seri Paduka bertitah, kesederhanaan sosial ialah merujuk kepada pelaksanaan sesuatu perkara secara berhikmah, tidak bertindak secara melulu dan tidak pula menzalimi orang lain.

Dengan erti kata lain, titah baginda, tidak sepatutnya membesarkan perselisihan yang kecil tetapi sebaliknya menyelesaikan perselisihan tersebut dengan cara yang terbaik.

''Kita harus sedar dan tahu bahawa keamanan negara amat berkait rapat dengan perpaduan ummah kerana tidak mungkin masyarakat yang kacau bilau mampu mengekalkan keamanan sesebuah negara.

''Beta menyeru agar kita dapat tanamkan dalam hati untuk menyayangi negara seperti mana kita menyayangi keluarga sendiri dan konsep Negaraku Rumahku, Rumahku Syurgaku perlu disematkan dalam diri semua rakyat," titah baginda.

Seri Paduka bertitah ketika merasmikan sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2011 yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pada majlis yang sama, baginda turut menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1433 (Hijrah) kepada Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin.

Bagi peringkat antarabangsa pula, ia dianugerahkan kepada Menteri Haji Arab Saudi, Dr. Fouad Abdul Salam.

Justeru, Yang di-Pertuan Agong percaya amalan sayang-menyayangi dan hormat-menghormati akan membentuk sebuah masyarakat yang penyayang dan mementingkan sifat kekitaan.

''Sifat sedemikian penting untuk membentuk persefahaman dan apabila ia wujud subur, maka perselisihan akan diselesaikan dengan sikap tolak ansur.

''Inilah titik tolak bagi membentuk perpaduan dalam sesuatu masyarakat," titah baginda.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong turut melahirkan kebimbangan dengan keadaan sosialisasi masyarakat yang kini dilihat semakin menebal dengan sifat individualistik.

''Budaya bertegur sapa kini sudah mula ditinggalkan dan lebih malang lagi manfaat hidup berjiran sudah tidak diendahkan lagi.

''Beta amat berharap agar semangat kejiranan dan sifat kekitaan itu akan subur semula dalam masyarakat supaya kita dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih harmoni dan berkasih sayang," titah baginda.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemimpin perlu faham realiti - Raja Nazrin

Posted:

Pemimpin perlu faham realiti - Raja Nazrin

Pemimpin perlu faham realiti - Raja Nazrin


RAJA Dr. Nazrin Shah berkenan menyampaikan anugerah Tokol Maal Hijrah kepada Termizi Mohamed pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1433 Peringkat Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim), Ipoh, semalam.


IPOH 27 Nov. - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, semua pemimpin di negara ini perlu benar-benar memahami realiti dan berpijak di bumi nyata dalam membantu mereka menghadapi senario masa kini.

Titah baginda, amat penting bagi pemimpin untuk memahami realiti yang berlaku agar setiap usaha dan hasrat yang dirancang dapat dilakukan berasaskan premis realiti yang tepat.

Baginda bertitah, tanpa fakta yang tepat, hasrat yang diimpikan dan usaha yang dirintis tidak akan mencapai matlamat yang diingini.

"Sering kali berlaku kecenderungan pemimpin dilindungi daripada mengetahui realiti sebenar. Malah ada kalanya, lebih tinggi status seseorang pemimpin, bertambah jauh dan terpisahlah dia daripada realiti di bumi nyata.

"Malah, jurang di antara kebenaran dan kepalsuan bertambah luas apabila pemimpin dipagari oleh individu-individu berkepentingan sehingga mereka lebih memilih cerita kejayaan dan menyembunyikan kegagalan," titah Raja Nazrin.

Baginda bertitah demikian pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1433 Peringkat Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini hari ini.

Pada majlis itu Raja Nazrin berkenan menyampaikan anugerah Tokol Maal Hijrah 1433 kepada Hakim Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dan negeri, Datuk Termizi Mohamed, 73.

Turut berangkat pada majlis itu ialah isteri baginda, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Raja Nazrin bertitah, pemimpin yang arif adalah pemimpin yang berminat mengetahui kelemahan dan kesilapan serta dengan segera memperbetulkan walaupun tentangan yang perlu dihadapinya.

Malah titah baginda, pemimpin yang arif harus berasa aneh jika terlalu banyak cerita kejayaan dan terlalu tinggi kata pujian dilaporkan.

"Cerita kejayaan dan kata pujian diterima adalah satu mandat atau satu ketagihan di minda yang amat cepat mempengaruhi manusia untuk bersifat angkuh dan menjadi selesa sehingga berpotensi menjatuhkan mereka.

"Pemimpin yang cekal, yakin dan berani untuk menegakkan kebenaran terutama dalam mempertahankan kalimah tauhid dan mempertahankan kesucian Islam akan sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan Ilahi.

"Oleh itu, dalam menyempurnakan amanah berkenaan, Raja dan ummah wajib bersama dan ummah perlu bersatu dalam memastikan perkara-perkara yang menyentuh kesucian Islam dapat terus dipertahankan," titah baginda.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan