Ahad, 27 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


PENEGASAN NAJIB

Posted:

PENEGASAN NAJIB

PENEGASAN NAJIB

UMNO BELA MELAYU
Walaupun kita dengan slogan 1Malaysia tetapi kita tidak pernah kata bahawa agenda Bumiputera itu kita sudah tiadakan. Malah ia masih lagi merupakan agenda utama (UMNO) dan sebahagian agenda nasional kita.

PILIHAN RAYA

Kita (UMNO) mesti menyediakan barisan yang ampuh, kita mesti rapatkan barisan kita dan kita mesti menampilkan kekuatan yang boleh digeruni

pihak lawan.

ANALOGI HARIMAU MUDA

Kalau ada kekuatan mental dan jiwa yang kental, kita boleh berdepan dengan persekitaran yang sangat mencabar walaupun pihak musuh membuat apa jua tekanan terhadap kita termasuk tekanan psikologi dan emosi.

UTAMAKAN PARTI

Kita mesti memperlihatkan iltizam kita untuk melakukan sedikit pengorbanan dan tidak membiarkan perasaan atau perhitungan peribadi mengatasi pertimbangan yang lebih besar iaitu kepentingan parti.

FITNAH PEMBANGKANG

Salah satu penentu nasib kita dalam pilihan raya adalah faktor kepemimpinan Perdana Menteri dan Presiden (UMNO), siapa saja yang menjadi pemimpin utama. Kalau pembangkang hendak melemahkan kita, mereka anggap mereka mesti menyerang saya (sebagai pemimpin utama).

Ikuti berita wawancara penuh BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

30 syarikat Teras bumiputera dipilih

Posted:

30 syarikat Teras bumiputera dipilih

30 syarikat Teras bumiputera dipilih

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersalaman dengan para hadirin pada Majlis Pelancaran Program Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemilihan 30 syarikat bumiputera sebagai Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS).

Beliau berkata, kumpulan pertama syarikat TeraS itu mempunyai 3,350 pekerja dan berjaya menjana perolehan sebanyak RM900 juta pada tahun lalu.

Menurutnya, bagi meningkatkan jumlah itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) telah meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 100 syarikat TeraS akan dipilih dalam tempoh tiga bulan ini.

''Istimewanya program ini, syarikat TeraS akan mendapat akses kepada peluang perniagaan baru, pembiayaan, guna tenaga berbakat dan perkhidmatan nasihat perniagaan.

''Ini termasuk perolehan kerajaan di mana Kementerian Kewangan dan kementerian lain akan mengenal pasti peluang yang khusus daripada projek tersedia. Syarikat TeraS juga akan diberi keutamaan untuk membuat bidaan dengan syarat mereka mengemukakan bidaan berdaya saing,'' katanya.

Beliau berucap melancarkan program Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Antara 30 syarikat TeraS yang terpilih adalah Asturi Metal Builders (M) Sdn. Bhd; Gagasan Carriers Sdn. Bhd.; WSA Capital Corporation Sdn. Bhd; Azman Hamzah Plastik Sdn. Bhd. dan Sipro Plastic Industries Sdn. Bhd.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai hasrat Teraju membantu 1,100 syarikat bumiputera mengembangkan perniagaan bukan sahaja di peringkat domestik malah, di peringkat serantau.

''Di sini saya juga ingin menggalakkan penyertaan syarikat bumiputera dalam sektor pertumbuhan baru antaranya bidang kesejahteraan kesihatan, teknologi hijau, sektor kreatif dan media.

''Selain itu, mereka digalakkan terlibat dalam bidang minyak dan gas, industri pembinaan, industri halal, kewangan Islam, pelancongan dan hospitaliti serta tenaga. Sektor-sektor ini boleh mendatangkan peluang besar dan pulangan lumayan,'' katanya.

Sementara itu, Najib berkata, pemberian insentif berbentuk ekuiti melibatkan individu bumiputera yang berkebolehan dan berkepakaran juga perlu dilaksanakan.

''Saya yakin melalui langkah ini ia akan memastikan syarikat tersebut terus diterajui dengan baik seterusnya menyumbang kepada peningkatan pemilikan ekuiti secara langsung.

''Salah satu contoh kerjasama ke arah itu ialah termeterainya perjanjian antara Teraju, Mara dan Johor Corporation (JCorp). Perjanjian ini merupakan usaha mempertingkatkan pemilikan ekuiti dan membangunkan usahawan korporat bumiputera,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

KALAU JODOH TAK KE MANA

Posted:

KALAU JODOH TAK KE MANA

KALAU JODOH TAK KE MANA


MOHAMED Zulfazli Abdul Ghani dan Nurhafiza Anati Ab. Rahim menaiki sampan di hadapan rumah mereka yang ditenggelami air di Kampung Nyatoh, Setiu, Terengganu, semalam. – MINGGUAN/SITI AIRUNNISA ALAUI


IBARAT pepatah 'kalau jodoh tak ke mana', pasangan pengantin Mohamed Zulfazli Abdul Ghani, 31, dan Nurhafiza Anati Ab. Rahim, 25, tetap melangsungkan perkahwinan mereka selepas rumah pengantin perempuan ditenggelami air.

Majlis akad nikah Mohamed Zulfazli, seorang juruteknik dari Perak, dan Nurhafiza, pengurus makanan segera, diadakan kelmarin manakala acara kenduri dan bersanding semalam di Masjid Kampung Penarik dekat Kampung Nyatoh, Setiu, Terengganu.

Pasangan itu gembira majlis perkahwinan mereka dapat dilangsungkan dalam suasana meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan