Isnin, 28 November 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Hakim tilawah Tokoh Maal Hijrah

Posted: 27 Nov 2011 09:51 AM PST

Wilayah

RAJA Dr Nazrin Shah bertanya sesuatu kepada  Tarmizi pada majlis Sambutan Maal Hijrah  peringkat Negeri Perak di  Ipoh, semalam.

RAJA Dr Nazrin Shah bertanya sesuatu kepada Tarmizi pada majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Perak di Ipoh, semalam.

IPOH: Hakim Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan negeri yang juga pernah menjadi naib johan qari peringkat kebangsaan serta lapan kali johan qari Perak, Datuk Tarmizi Mohamad, 73, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Perak tahun ini pada majlis yang berlangsung secara sederhana di Institut Tadbiran Islam (INTIM) Perak di sini semalam.

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, berkenan menyampaikan anugerah berkenaan yang turut menawarkan wang tunai RM10,000; pakej umrah RM5,000; sijil penghargaan, medal dan plak kepada Tarmizi.

Berangkat sama, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli serta Mufti, Tan Sri Harussani Zakaria. Ketika merasmikan majlis, Raja Nazrin bertitah, majlis sambutan Maal Hijrah yang diadakan setiap tahun tidak memberi sebarang erti jika umat Islam sendiri tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan mewujudkan negara sejahtera.

Di ALOR SETAR, Pensyarah Kanan Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH), Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kedah 1433H yang membawa pulang wang tunai RM10,000, sijil dan trofi.

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenaan menyampaikan anugerah berkenaan pada majlis sambutan Maal Hijrah 1433H Peringkat Negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini, semalam. Hadir sama Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun.

Bertitah pada majlis sambutan itu, Baginda menggesa umat Islam di negara ini supaya menjadi umat yang berhemah tinggi dan bertanggungjawab dengan menyeimbangkan antara pembangunan insan dan material.
"Umat Islam haruslah mengakui dengan jujur bahawa segala cabaran mahupun bencana yang menimpa mereka adalah berpunca daripada kesilapan sendiri dan setiap perbuatan adalah atas tanggungjawab diri sendiri," titah baginda.

Di GEORGETOWN, pengamal perubatan yang mengusahakan Klinik Syifa', Dr Danial Zainal Abidin, 66, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433 peringkat negeri.

Beliau juga pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Jemaah Islam Malaysia (JIM) selama 10 tahun, dan kini menjadi pakar motivasi undangan siaran radio Mutiara FM, Perlis FM dan Perak FM.

Anugerah Ibu Mithali diberikan kepada kepada ibu tunggal, Mariah Ahmad, 71, yang mempunyai 11 orang anak termasuk seorang anak istimewa, manakala bekas polis, Hanafiah Saad, 82, menerima anugerah Bapa Mithali.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada majlis yang berlangsung di Dewan Sri Pinang di sini, semalam.

Hadir sama, isteri Abdul Rahman, Toh Puan Majimor Shariff; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Pengerusi Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

Mangsa tanah bertukar milik

Posted: 27 Nov 2011 09:43 AM PST

Wilayah

GOMBAK: Mangsa keadaan. Dua perkataan itu menggambarkan perasaan 10 keluarga di Lot 1880 Jalan Kampung Tengah 4, yang berdepan kemungkinan terpaksa mengosongkan kediaman mereka, Selasa ini, selepas tanah didiami berpuluh tahun lalu, bertukar milik dari satu pemaju ke pemaju lain.

Penduduk asal, Rosnah Vadu Murid mendakwa, masalah timbul selepas tapak tanah dimiliki sebuah syarikat dicagar kepada pihak bank pada tahun 80-an sebelum dijual kepada pemilik baru.

Katanya yang juga generasi ketiga mendiami kawasan itu, perpindahan ke Jalan Kampung Tengah 4 berlaku pada tahun 80-an selepas pemilik asal menyatakan hasrat membina laluan jalan raya di atas tapak asal rumah mereka apabila Taman Harmonis dibangunkan. Beliau berkata, sebagai pampasan 10 keluarga berkenaan menerima tapak rumah baru secara percuma manakala kediaman dibina bernilai RM7,500 pada masa itu dibayar secara ansuran sebanyak RM50 sebulan kepada pemilik terbabit.

"Bagaimanapun selepas berpuluh tahun menetap di sini dan melakukan pelbagai pengubahsuaian, pemilik baru yang membeli tanah ini daripada pihak bank selepas ia dicagar pemilik asal, mengarahkan kami mengosongkan kediaman bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

"Malah, setiap pemilik rumah turut diarahkan membayar RM600 kerana dikatakan mendiami kawasan ini tanpa kebenaran dan sebagai warga terawal mendiami kawasan ini di manakah hak kami sekiranya diarah untuk mengosongkan kediaman dengan sewenang-wenangnya.

"Sudah hampir RM20,000 dihabiskan penduduk bagi membayar yuran peguam tetapi selepas beberapa tahun, masalah berkaitan hak kami ini masih tidak berupaya diselesaikan, " katanya yang turut memaklumkan masih menunggu keputusan rayuan mahkamah bagi menarik semula arahan pengosongan kesemua kediaman di situ.
Rosnah ditemui dalam bantahan aman membabitkan 10 keluarga yang mendiami Jalan Kampung Tengah 4, di sini yang tidak bersetuju dengan notis pengosongan diberikan pemilik baru tanah itu yang turut dihadiri Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad.

Menyifatkan 10 pemilik rumah di kawasan itu sebagai 'tersepit' di antara dua pihak, Pengerusi JKKK Jalan Kampung Tengah 4, Abd Halim Idris, berkata penduduk tidak akan tunduk kepada permintaan untuk mengosongkan kawasan itu.

Katanya, perjanjian sebelum ini dilakukan dengan pemilik terdahulu dan tidak wajar sekiranya mereka hilang hak selepas tanah dicagar kepada pihak bank.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan