Isnin, 28 November 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


2 lelaki larikan barang kemas RM10,000

Posted: 28 Nov 2011 04:13 AM PST

MARANG: Dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dan tukul besi melarikan satu dulang barang kemas bernilai kira-kira RM10,000 dalam rompakan di sebuah kedai emas di Wakaf Tapai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Marang Ahmad Mazlan Yahaya berkata kejadian berlaku pada kira-kira jam 11.30 pagi ketika enam orang pekerja kedai emas itu sedang sibuk menyusun barang kemas untuk memulakan perniagaan.

Beliau berkata dua lelaki memakai topi keledar menutup muka meluru masuk kedalam kedai itu dan seorang daripadanya mengacukan pistol ke arah pekerja kedai di kaunter, manakala seorang lagi terus memecahkan cermin pameran.

Menurutnya semasa hendak melarikan diri, suspek terserempak dengan pemilik kedai emas dan bertindak melepaskan tembakan, namun pemilik kedai itu sempat berlindung di tepi sebuah kereta.


"Selepas melepaskan tembakan kedua-dua suspek yang menaiki motorsikal Yamaha LC melarikan diri menghala ke arah Bukit Payong," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.


Ahmad Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibupejabat Polis Daerah Marang 09-6812222 di bagi membantu siasatan.

Sementara itu seorang pekerja kedai itu Raibainor Rashid, 25, ketika ditemui berkata kejadian berlaku semasa dia berada di kaunter hadapan, sedang menyusun barang-barang kemas.

"Saya sendirian berada di depan manakala rakan yang lain ada di bilik. Perompak itu masuk dan terus acu pistol kearah kepala saya, panik dan takut, saya terus melarikan diri kebelakang dan menjerit minta tolong," katanya.

Sementara itu pemilik kedai berkenaan Fong Swee Heng, 48, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan ke kedainya apabila dia terdengar salah seorang pekerja menjerit meminta tolong. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Gempa bumi kuat landa laut Bali

Posted: 28 Nov 2011 04:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Laut Bali di Indonesia pada jam 5.13 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata pusat gegaran terletak di di kedudukan 2,59km timur laut dari Denpasar, Indonesia dan 1,047km Asia Tenggara Sarikei di Sarawak.

Menurutnya kejadian gempa itu tidak mencetuskan ancaman tsunami. -Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan