Harian Metro: Setempat |
Posted: 27 Nov 2011 01:53 PM PST KUALA LUMPUR: Sebuah restoran di pusat beli-belah Maju Junction di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, musnah dalam letupan dan kebakaran yang dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas di dapurnya lewat malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11.20 malam itu, letupan gas dan kebakaran restoran berkenaan di tingkat bawah pusat beli-belah berkenaan turut mengakibatkan beberapa premis berhampiran rosak, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
"Ketika kejadian semua pekerja selesai bertugas kira-kira 20 minit sebelum letupan berlaku. Siasatan awal mendapati ia berpunca dari kebocoran gas yang kemudian menjadi mampat akibat terkepung di dalam restoran berkenaan sebelum meletup dan menyebabkan kebakaran.
Sementara itu, Pengurus Besar Maju Junction Mall, Albert Khoo, dalam satu kenyataan, di sini, semalam, mengesahkan kejadian letupan dan kebakaran itu.
"Tiada kecederaan dilaporkan dan berikutan itu, Maju Junction ditutup hari ini (semalam) dan beroperasi seperti biasa esok (hari ini)," katanya.
|
Remaja perempuan dicabul penghuni pusat pemulihan Posted: 27 Nov 2011 11:52 AM PST MARANG: "Saya diseksa hampir setengah jam oleh lima rakan sebilik. Mereka bukan saja tidak mengendahkan rayuan saya, tetapi berterusan melakukan perbuatan terkutuk itu walaupun saya merayu minta dilepaskan," kata remaja hanya mahu dikenali sebagai Mira, 14, dari Klang, Selangor, yang mendakwa menjadi mangsa penderaan seksual dan buli di sebuah sekolah pemulihan akhlak di sini, Khamis lalu. Dalam kejadian itu, Mira yang juga anak kedua daripada tiga beradik mengalami detik hitam apabila mendakwa alat sulitnya dirodok dengan botol pewangi badan dan jari oleh lima pelajar berusia 14 hingga 17 tahun terbabit yang tidak puas hati terhadapnya.
Mira mendakwa berjumpa pelajar terbabit dalam bilik mandi jam 3 petang apabila mereka secara sukarela mahu membantunya mencuci rambut yang dijangkiti kutu, tetapi ketika membantunya seorang pelajar 17 tahun meraba belakang badannya menyebabkan dia kurang selesa lalu memarahinya dan segera mandi sebelum balik ke bilik asrama.
Bagaimanapun, katanya, lima pelajar terbabit menghentikan perbuatan mereka apabila pintu bilik berkenaan diketuk seorang pelajar lain jam 4.20 petang sebelum Mira bergegas keluar.
Pihak sekolah membawanya ke hospital sebelum dibenarkan keluar jam 6.30 petang Sabtu lalu dan dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya yang baru tiba dari Klang, Selangor.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan