Berita Harian: Nasional |
Hakim Syarie digesa pertingkat profesionalisme Posted: 25 Nov 2011 02:51 PM PST Nasional SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan hakim Mahkamah Syariah agar bersungguh-sungguh membuat penghakiman dan tidak melengahkan prosiding tanpa alasan munasabah, sebaliknya menyelesaikan penghakiman dalam masa sesuai serta mematuhi arahan Ketua Hakim Syarie."Beta masih mendapat aduan orang ramai mengenai kes Mahkamah Syariah, terutama mengenai permohonan cerai dan fasakh serta pembahagian harta yang mengambil masa lama untuk diselesaikan hanya disebabkan perkara remeh dan sepatutnya boleh dielakkan. "Justeru, dengan ada bangunan baru dan kemudahan diberikan, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) diharap dapat mengatasi masalah ini agar perbicaraan dijalankan mengikut jadual dan diselesaikan dalam masa sepatutnya," titah baginda ketika merasmikan bangunan baru JAKESS, yang dinamakan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah di sini, semalam. Hadir sama Ketua Hakim Syarie, Mukhyuddin Ibrahim.Bangunan baru setinggi tujuh tingkat yang dibina berkonsepkan seni bina Islam itu menempatkan Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Sultan Sharafuddin Idris Shah seterusnya menitahkan Hakim Syarie bersedia menghadapi cabaran kerana kes yang dibawa di hadapan mereka kini bukan hanya bertumpu kes perceraian bahkan membabitkan tuntutan harta bernilai jutaan ringgit, selain kes mencabar sensitiviti masyarakat seperti permohonan pengisytiharan bukan seorang Islam. Titah baginda, mereka perlu cekap dan tegas ketika mengendalikan kes dalam menegakkan keadilan, selain melengkapkan diri dengan pelbagai disiplin ilmu agar peningkatan keyakinan masyarakat terhadap Mahkamah Syariah tidak luntur. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull content generated by Get Full RSS. |
Ahli mesti elak isu rugikan parti Posted: 25 Nov 2011 02:50 PM PST Nasional Perhimpunan wajar beri mandat presiden pilih calon pilihan rayaKUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2011 bermula Selasa depan adalah medan memantapkan kekuatan perpaduan UMNO dan Barisan Nasional (BN), sekali gus memberi mandat mutlak kepada Presiden dalam menentukan calon yang boleh menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang juga Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata menerusi kesatuan dan ikat janji itu, beliau yakin hampir separuh masalah dalaman parti akan selesai. "Perhimpunan kali ini mempunyai impak dan implikasi besar kerana ia kemungkinan perhimpunan terakhir sebelum pilihan raya. Dalam konteks itu, kita perlu menyelesaikan perhimpunan ini dengan menguatkan UMNO secara keseluruhan kerana kalah menang ditentukan perpaduan. "Oleh itu amat penting kita memberi mandat kepada Presiden untuk menentukan siapa calon dipilih, kita kena ikat janji apa ditentukan. Jika itu kita dapat hayati, saya rasa separuh daripada masalah dalaman parti akan selesai," katanya, semalam.Sehubungan itu, Zainal Abidin berkata tiga wakil negeri yang membahaskan ucapan dasar Presiden serta usul agama dan ekonomi akan menyentuh perkara membabitkan masa depan Melayu dengan mengaitkannya kepada keadaan dihadapi di Pulau Pinang ketika ini. "Kami akan berkongsi pengalaman bagaimana Pulau Pinang ditadbir pakatan pembangkang yang dilihat memperjuang hak untuk kaum tertentu saja. "Pengalaman kami itu diharap dapat meniup semangat negeri lain supaya mereka lebih berwaspada dan tidak ambil mudah kerana kehilangan kuasa itu cukup memedihkan, ia memerlukan gerak kerja yang amat sukar," katanya yang akan menghantar seramai 338 perwakilan dalam perhimpunan itu nanti.
Malah katanya, isu sensitif juga dielakkan kerana fokus utama adalah untuk membentuk perpaduan di kalangan ahli parti bagi memastikan kemenangan besar pada PRU-13. "Fokus utama untuk menang, yang penting masa depan rakyat, UMNO dan BN. Kalau hendak menang mesti ada perpaduan, kerjasama antara satu sama lain tidak kira MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen lain," katanya. Selain itu, beliau berkata perwakilan negeri yang dilantik turut akan memohon perhatian kerajaan memperbanyakkan lagi projek pembangunan di Kedah terutama di kawasan luar bandar. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan