Harian Metro: Setempat |
Posted: 26 Nov 2011 02:11 PM PST IPOH: "Kedua-duanya sudah lama mengenali antara satu sama lain dan keluarga juga merestui hubungan mereka. Kami sedih hubungan mereka berakhir sebegini," kata ahli keluarga Ain Nadia Baharuddin, 21, yang meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 10.30 pagi, Ain Nadia dan rakan sekuliahnya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Muhammad Hilmi Md Yusoff, 21, terbunuh selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 7, Jalan Ipoh-Lumut, di sini.
Dia berkata, kedua-duanya sudah berkenalan lama sebelum sama-sama mendapat peluang melanjutkan pengajian dalam bidang sama.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Wan Shahruddin Wan Omar berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Kancil dipandu Muhammad Hilmi dalam perjalanan dari Jelapang menghala ke Lumut, gagal memotong sebuah kenderaan di depannya sebelum bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.
Wan Shahruddin berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengambil masa lebih 30 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa tersepit pada mulanya menyangka hanya seorang mangsa di tempat duduk pemandu berikutan seorang lagi mangsa terperosok di bawah kereta yang remuk teruk itu.
|
Garis panduan keselamatan tambahan di Mesir Posted: 26 Nov 2011 02:08 PM PST KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Mesir mula mengeluarkan garis panduan keselamatan tambahan kepada semua agensi kerajaan serta seluruh warga negara Malaysia yang berada di negara itu sebagai langkah berjaga-jaga. Berdasarkan pekeliling ditandatangani Kuasa Usaha Sementara/Ketua Canseri, Shaiful Anuar Mohaamd bagi pihak Duta Besar Malaysia ke Mesir, baru-baru ini, semua pihak, termasuk agensi berkaitan kerajaan, turut dibenarkan mengeluarkan garis panduan mengikut keperluan masing-masing.
"Kes jenayah seperti pecah rumah, pergaduhan serta jenayah membabitkan samseng jalanan semakin kerap dilaporkan. Bagaimanapun, keyakinan rakyat awam Mesir terhadap pasukan polis mereka belum pulih sepenuhnya.
"Pilihan raya Parlimen Mesir akan diadakan secara berperingkat bermula November 2011 hingga Mac 2012. Pusat pengajian swasta serta syarikat antarabangsa mengumumkan penutupan pada tarikh tertentu sepanjang tempoh itu sebagai menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.
Pelajar juga diingatkan supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan anjuran penduduk tempatan, sama ada secara terbuka atau tertutup di dalam atau luar kampus, selain mengelak memberi komen mengenai politik semasa Mesir.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan