Sabtu, 26 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Pelajar perlu bijak

Posted:

Pelajar perlu bijak

Pelajar perlu bijak

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 25 Nov. – Mahasiswa universiti perlu bijak memilih organisasi politik yang ingin dianggotai terutamanya yang mengamalkan kebebasan bersuara termasuk bersedia menerima sebarang kritikan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin berkata, pelajar perlu diberi kesempatan untuk menyoal apa sahaja bagi menggalakkan mereka berfikir secara kritis dan memberikan hujah berbeza kerana mereka tidak dilatih untuk menjadi 'pak turut'.

''Kita perlu lihat adakah organisasi itu membenarkan pandangan berbeza? Saya tidak mahu matlamat seperti ini tergugat apabila pelajar menyertai mana-mana organisasi.

''Matlamat universiti bukan untuk melahirkan 'seorang tukang sorak' atau 'tukang maki' tetapi melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran mendalam tanpa mengikut emosi apabila membuat sebarang komen,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Kerajaan semalam membuat keputusan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli parti politik.

Sambil menyokong pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya universiti perlu bebas daripada amalan politik kepartian, beliau berkata, perkara itu selaras dengan falsafah pendidikan negara bagi membina daya keintelektualan seorang pelajar, berhemah dan mempunyai pandangan seimbang tanpa berpihak kepada mana-mana kepentingan.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak pula berkata, mahasiswa dan warga universiti perlu bersikap terbuka dan bijak tanpa mencampuradukkan perkembangan ilmu serta pemahaman politik apabila kerajaan bakal meminda Seksyen 15 AUKU.

Katanya, terdapat dua implikasi apabila akta tersebut dipinda iaitu mahasiswa perlu menggunakan kebebasan yang diberi dengan penuh tanggungjawab tanpa mengabaikan pelajaran.

"Mahasiswa juga perlu bersikap rasional dengan tidak membawa sebarang agenda politik ke dalam kampus atau universiti bagi menjaga keharmonian gedung ilmu itu.

"Kita tidak mahu wujudnya budaya berpuak-puak di kampus akibat perbezaan fahaman politik kerana ia boleh menyebabkan suasana menjadi tidak sihat kepada mahasiswa," katanya.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, mahasiswa harus melihat politik yang mereka dokong daripada perspektif ilmu iaitu melalui perkongsian bersama sarjana dan warga kampus yang sentiasa menghayati dan memahami resam idealisme politik.

"Mahasiswa seharusnya menggunakan kuasa ilmu yang dimiliki dengan mempelajari dan memahami perkembangan politik dalam dan luar negara secara saksama.

"Dengan demikian, mahasiswa tidak terikat kepada mana-mana idealisme atau syarat keahlian politik kepartian ketika berada di kampus, maka mereka akan mempunyai ruang dan kesempatan untuk membina idealisme sendiri," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Agenda Melayu dalam Gagasan 1Malaysia terjamin – Muhyiddin

Posted:

Agenda Melayu dalam Gagasan 1Malaysia terjamin – Muhyiddin

Agenda Melayu dalam Gagasan 1Malaysia terjamin – Muhyiddin

PUTRAJAYA 25 Nov. – Orang Melayu tidak perlu khuatir dengan komitmen berterusan UMNO untuk menjamin dan memperjuangkan agenda Melayu dalam Gagasan 1Malaysia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tegas Timbalan Presiden UMNO, agenda Melayu dan gagasan yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu selari dengan tuntutan semasa untuk menjamin kelangsungan perjuangan negara.

"Dalam konteks ini kita tidak boleh pisahkan perjuangan orang Melayu dengan perjuangan memartabatkan bangsa dan negara kita.

"Dan disebabkan ini, Gagasan 1Malaysia itu secara terangkumnya adalah mengambil kira kepentingan perpaduan antara kaum, mewujudkan kesatuan dari segi pemikiran dalam soal kita nak bangunkan negara dalam semua bidang.

" (Justeru) ia tidak bermakna kita abaikan perkara yang menjadi asas terbentuknya UMNO iaitu untuk membela nasib bangsa dan kaum Melayu dan bumiputera yang menjadi pendukung utama dalam negara," kata beliau pada sidang akhbar khas di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengutarakan isu-isu semasa yang bakal dibangkitkan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 minggu depan.

Muhyiddin ditanya tentang tanggapan kemungkinan perjuangan agenda Melayu akan tersekat dalam Gagasan 1Malaysia sekali gus mengundang kecurigaan orang Melayu terhadap UMNO.

Menurut beliau, perjuangan dalam Gagasan 1Malaysia juga selaras dengan Perlembagaan UMNO dan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tentang hak bangsa dan agama-agama lain.

"Tapi dalam soal ini asas perjuangan kita untuk membela orang Melayu tidak pernah kita letakkan kedua atau ketiga, itu sudah menjadi keutamaan sejak UMNO tertubuh sampai sekarang," katanya.

Ditanya tentang tanggapan pihak tertentu bahawa beliau dilihat rasis kerana memperjuangkan hak-hak Melayu, Muhyiddin berkata:

"Itu tanggapan sahaja dan saya tidak pernah berubah dari segi sikap dan pendirian saya dalam soal ini, baik dari segi perjuangan orang Melayu dan rakyat Malaysia.

"Seperti juga dengan Presiden kita, beliau tidak lebih sebagai lebih Melayu atau kurang Melayu kerana kita masih lagi mempunyai pendirian yang sama dan jelas akan soal kedudukan kita baik dalam parti atau kerajaan."

Kata beliau: "Sebab itu bagi saya kalau timbul pun soal begitu kerana ada pihak seperti pembangkang yang nak menconteng kita dengan satu gambaran seolah-olah kita ini lebih cauvinistik sedangkan parti seperti DAP lah lebih cauvinistik."

Full content generated by Get Full RSS.

Seksyen 15 AUKU hangat dalam perdebatan 211 jam tanpa henti

Posted:

Seksyen 15 AUKU hangat dalam perdebatan 211 jam tanpa henti

Seksyen 15 AUKU hangat dalam perdebatan 211 jam tanpa henti


Pendebat dari Fakulti Pendidikan (TESL) mewakili pihak pencadang meluahkan hujah mereka pada Debat Bahasa Melayu Tanpa Henti 211 Jam di UiTM, Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin


SHAH ALAM 25 Nov. - Cadangan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas menyertai parti politik, turut hangat didebat pada Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti (Debat 211 Jam) di Anjung Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Pendebat dari Fakulti Undang-undang UiTM pada sidang enam menyentuh isu pro dan kontra usul bertajuk Perlembagaan Kita Masih Dijunjung dalam suasana yang cukup demokratik, sejajar dengan format debat yang membenarkan semua 'Yang Berhormat' daripada wakil kerajaan dan pembangkang membentangkan hujah mereka.

Pihak pencadang yang diwakili 'Perdana Menteri', Ahmad Solehin Abd. Ghani membuka gelanggang dengan menekankan bahawa faktor keselamatan awam masih menjadi pertimbangan pokok sebelum sebarang keputusan boleh dibuat berhubung pemansuhan sesuatu undang-undang sedia ada.

Dengan mengemukakan beberapa contoh, antaranya cadangan pemansuhan Seksyen 15 AUKU, Ahmad Solehin memberitahu, jika ada keperluan untuk pemansuhan, maka hal itu tidak bermakna Perlembagaan negara sudah hilang signifikan dan tidak lagi dijunjung.

Sementara itu, 'Menteri Pertahanan', Ahmad Izzuddin Tadzaruddin pula membidas 'pembangkang' yang mencampuradukkan Perlembagaan Persekutuan dengan Enakmen Undang-undang Negeri berhubung Hal Ehwal Agama Islam sehingga mengelirukan rakyat.

Ketua Pembangkang, Muhammad Rahimi Raduan berkata, memberi contoh kes empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai bukti Perlembagaan Persekutuan di negara ini sudah tidak dihormati lagi, berdasarkan keputusan panel penghakiman yang memihak kepada pelajar dengan keputusan majoriti 2-1.

Muhafiy Mukhtar sebagai Timbalan Ketua Pembangkang turut mengemukakan contoh Perlembagaan sudah tidak dihormati dengan mengemukakan hujah kelonggaran Enakmen Perlembagaan Agama Islam yang melarang orang Islam mengajar tanpa tauliah tetapi pada masa sama menafikan hak kebebasan bersuara.

Seorang lagi 'pembangkang', Muhammad Fikri Othman memetik kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam siri wawancara Hard Talk rangkaian BBC iaitu pada hari ini tiada negara yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan