Selasa, 29 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Najib berada di landasan betul

Posted:

Najib berada di landasan betul

Najib berada di landasan betul

Oleh AZRAI MOHAMMAD
azrai.mohammad@utusan.com.my


DR. MAHATHIR Mohamad mengadakan sidang akhbar yang turut disertai Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) dan Ahmad Shabery Cheek pada Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN


KUALA LUMPUR 28 Nov. – Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di landasan yang betul berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju seterusnya mencapai Wawasan 2020.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Najib telah berusaha keras untuk tujuan itu walaupun berhadapan keadaan sukar ekoran pelbagai masalah disebabkan mempunyai majoriti yang kecil di Parlimen.

Katanya, keadaan itu tidak seperti beliau dahulu yang boleh menangani masalah oleh pembangkang kerana mempunyai majoriti yang besar.

"Beliau (Najib) berusaha keras. Saya tidak boleh kata yang beliau berupaya untuk (membawa negara) mencapai Wawasan 2020, tetapi banyak orang berkata Malaysia sudahpun menjadi sebuah negara maju," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara (KULN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dr. Mahathir mengulas ucapan Najib ketika merasmikan forum tersebut yang bertemakan Transformasi Politik, Ekonomi Dan Sosial Di Era Krisis Global dengan mengatakan era pentadbiran beliau begitu mencabar serta memerlukan perubahan besar.

Sehubungan itu tambah Najib, UMNO dan BN perlu memastikan parti itu dipilih semula oleh rakyat untuk terus memerintah.

Menurut Dr. Mahathir, perkembangan politik dalam UMNO kini lebih baik daripada 2008 kerana ketika itu ramai ahli parti mengundi pembangkang bukan kerana mereka tidak suka UMNO tetapi mereka tidak suka dengan pemimpin pada waktu itu.

Katanya, kerajaan telah melakukan yang terbaik supaya rakyatnya hidup lebih sempurna sejak negara merdeka, oleh itu tiada sebab untuk rakyat menentang kerajaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir menggesa semua negara bersiap sedia menangani krisis global yang 'berjangkit' akibat globalisasi.

"Hakikat yang kita perlu terima ialah kita tidak lagi boleh mengasingkan diri daripada apa yang berlaku di seluruh dunia," katanya.

Bagaimanapun jelasnya, usaha pemulihan tidak serupa untuk semua negara berikutan persekitaran yang berbeza.

"Anda perlu sesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Ia bergantung kepada negara anda. Malaysia cuba melakukan banyak transformasi. Saya berharap kerajaan akan berjaya dalam mentransformasikan ekonomi dan masyarakatnya sendiri. Saya harap dengan berbuat demikian mereka akan terus mendapat sokongan rakyat dan negara kekal makmur," katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir menasihati pemimpin-pemimpin kerajaan agar jangan sesekali menyalah guna kuasa yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka.

Katanya, tujuan rakyat memilih pemimpin untuk membantu mereka dengan membangunkan negara dan bukannya menjadi orang kaya.

"Dalam era sekarang, pemimpin berdepan dengan rakyat yang bijak. Mereka akan bertanya sekiranya pemimpin melakukan sesuatu yang tidak menggembirakan, malah mereka turut melakukan demonstrasi disebabkan perkara itu.

"Lebih malang apabila pemimpin sudah tidak berkuasa lagi, rakyat akan menghantar pemimpin tersebut ke penjara dan inilah yang berlaku dalam keadaan dunia sekarang," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pilih semula Barisan Nasional - Najib

Posted:

Pilih semula Barisan Nasional - Najib

Pilih semula Barisan Nasional - Najib

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian pada Forum Antarabangsa menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat memilih semula Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya setiap program transformasi yang dirancang oleh kerajaan sejak dua setengah tahun yang lalu dapat diteruskan.

Perdana Menteri berkata, beliau sedar kuasa untuk memilih kerajaan terletak sepenuhnya di tangan rakyat, justeru adalah amat penting bagi BN mendapatkan mandat tersebut agar segala perubahan demi meningkatkan taraf hidup rakyat serta menjadikan Malaysia negara maju berjalan mengikut jadual.

Beliau berkata, tidak dinafikan Malaysia kini berada pada landasan yang betul ke arah menjadi sebuah negara maju di rantau ini menjelang 2020, namun ia amat memerlukan sokongan tidak berbelah-bahagi daripada rakyat dengan diberikan kepercayaan untuk terus memerintah.

"Tarikh pilihan raya belum ditentukan lagi tetapi besarlah harapan saya pada pilihan raya itu nanti BN terus mendapat mandat serta kepercayaan daripada rakyat untuk mentadbir negara.

"Kita amat memerlukan sokongan mereka kerana kita mahu memastikan setiap program transformasi yang didasarkan untuk kepentingan rakyat dan negara mampu dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama dalam Forum Antarabangsa yang bertajuk 'Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial di Era Krisis Global' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Forum yang disertai oleh para duta serta wakil parti politik dari seluruh dunia itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang bermula esok.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan yang juga Pengerusi forum, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai usaha keras beliau melakukan pembaharuan kepada UMNO sebagai parti tunjang di dalam BN bagi memastikan parti terbesar orang Melayu itu sentiasa relevan.

Beliau berkata, UMNO merupakan sebuah parti yang telah lama memerintah iaitu sejak negara mencapai kemerdekaan dan mahu tidak mahu perubahan perlu dilakukan sekiranya ia mahu terus diterima oleh orang Melayu.

"Saya pernah kata di hadapan ahli-ahli UMNO sekiranya UMNO tidak mahu berubah akhirnya UMNO akan diubah (oleh rakyat)," katanya.

Beliau berkata, realitinya landskap politik negara sudah berubah, untuk itu UMNO perlu membuat sesuatu demi menjamin kelangsungannya.

Beliau turut berkongsi pengalaman dengan para peserta forum cara BN berjaya mengekalkan kuasa di negara ini lebih 50 tahun lalu iaitu melalui formula perkongsian kuasa antara orang Melayu, Cina, India serta golongan etnik yang lain.

"Melalui formula ini kita berjaya mengelakkan berlakunya pertentangan kaum dan rasa tidak puas hati sesama mereka. Dengan kata lain, kita berjaya mewujudkan kestabilan politik dan negara," ujarnya.

Beliau berkata, konsep perkongsian kuasa yang diamalkan di dalam sistem pemerintahan negara adalah cetusan idea daripada bapa-bapa perjuangan terdahulu selepas mereka mendapati negara juga didiami oleh pelbagai kaum dan etnik selain Melayu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan pilihan raya yang diadakan di negara ini adalah bersih dan bebas daripada sebarang penipuan.

"Sebagai bukti pada pilihan raya yang lalu kita kalah di lima negeri dan juga kalah di beberapa kerusi Parlimen, tetapi kita dapat semula satu negeri (Perak). (Oleh itu) Jika tuan-tuan mendakwa pilihan raya kami tidak bebas cuba buktikan," katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau berkata, sistem pilihan raya di negara ini perlu diperkemaskan lagi selaras dengan perkembangan semasa dan atas sebab itu kerajaan telah mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Full content generated by Get Full RSS.

Akta jamin hak rakyat berhimpun dengan aman

Posted:

Akta jamin hak rakyat berhimpun dengan aman

Akta jamin hak rakyat berhimpun dengan aman

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjelaskan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini, bertujuan menjamin hak setiap warganegara Malaysia untuk berhimpun dengan aman.

Kata Perdana Menteri, menerusi akta itu pihak yang ingin mengadakan perhimpunan aman di kawasan yang tidak ditetapkan perlu mengemukakan notis dalam tempoh 10 hari bagi membolehkan pihak polis mengadakan rundingan dengan komuniti di kawasan tersebut.

"Bagi kawasan telah ditetapkan yang akan diumumkan nanti, perhimpunan aman boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja dan pihak terbabit hanya perlu memaklumkan kepada polis bagi tujuan kawal selia," katanya selepas berucap merasmikan Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, hari ini.

Pada 22 November lalu, Najib membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang bermatlamat membenarkan orang ramai berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

Ia dibentangkan serentak dengan rang undang-undang lain iaitu Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010, Akta Keterangan (Pindaan) 1950 serta Akta Polis (Pindaan) 1967.

Bagaimanapun, akta tersebut telah disalahtafsirkan oleh pembangkang kononnya ia menyekat hak dan kebebasan rakyat negara ini untuk bersuara sehingga dikatakan lebih buruk daripada apa yang diamalkan di Myanmar.

Menjawab tuduhan itu, Najib berkata, akta baru itu sebenarnya jauh lebih baik dan merupakan perubahan besar kepada undang-undang sedia ada yang mana polis mempunyai kuasa untuk membenarkan atau tidak sebarang perhimpunan diadakan.

Malah, kata beliau, akta itu digubal dengan mengambil kira 12 akta serupa yang diamalkan di negara lain serta menepati dan selaras dengan norma-norma antarabangsa.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan