Berita Harian: Mutakhir |
Banjir di Kelantan beransur pulih Posted: 29 Nov 2011 03:10 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Keadaan banjir yang melanda Pantai Timur kini semakin pulih dengan negeri Kelantan sahaja masih terjejas tetapi beransur baik dengan hanya empat sahaja pusat pemindahan banjir yang masih dibuka di Pasir Mas dan Tumpat.Negeri Terengganu yang turut dilanda banjir bagaimanapun sudah pulih sepenuhnya dengan semua pusat pemindahan banjir di negeri itu sudah ditutup. Di KELANTAN, jalan yang sebelum ini ditutup kepada kenderaan ringan dan berat akibat ditenggelami air sebelum ini sudah pun dibuka semula hari ini kepada semua kenderaan. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, jumlah mangsa pemindahan banjir juga semakin menurun kepada 497 orang membabitkan 126 buah keluarga."Keadaan banjir semakin baik apabila beberapa pusat pemindahan di daerah Pasir Mas sudah ditutup menjadikan hanya empat pusat pemindahan sahaja yang masih beroperasi iaitu tiga di Pasir Mas dan sebuah pusat di Tumpat," katanya. Beliau berkata, paras Sungai Golok di Rantau Panjang petang ini juga terus menunjukkan penurunan kepada 9.78 meter, masih melebihi paras bahaya sembilan meter. Banjir yang melanda Kelantan sehingga kini meragut empat nyawa dengan tiga lagi masih dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas.
Mereka yang masih hilang dikenali sebagai Mohd Alif Rizuan, 15, yang mandi di sebuah sungai di Machang, Mohd Azman Yusuf, 17, yang hilang di Sungai Golok dan Mohd Farid Mohd Yusof, 20, yang hilang di Pantai Kuala Pak Amat. - BERNAMA
|
Pastikan tiada 'team' di peringkat bahagian, cawangan: Naib Presiden UMNO Posted: 29 Nov 2011 02:51 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Ahli UMNO diingatkan membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang disifatkan paling getir, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Selain itu, beliau turut meminta semua UMNO bahagian dan cawangan supaya memastikan tidak wujud "team" di peringkat mereka sebaliknya perlumengeratkan perpaduan dan saf kepimpinan. "Kita di peringkat pucuk pimpinan tertinggi tidak ada team. Kita ada satu teamsaja dan diharap UMNO bahagian dan cawangan mengikuti jejak pimpinan tertinggi serta menumpukan perhatian kepada perpaduan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis taklimat tertutup bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sebentar tadi. "Ini menunjukkan mood di Perhimpunan Agung UMNO ini diletakkan di atas Seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, pemimpin dan ahli "Kita juga harus lihat apa yang disebut oleh Presiden mengenai pilihan raya umum "Mesti menang dengan satu kejayaan yang boleh kita sifatkan sebagai selesa, jadi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan