Ahad, 27 November 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Kehadiran pemerhati dihadkan

Posted:

Kehadiran pemerhati dihadkan

Kehadiran pemerhati dihadkan

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 27 Nov. - Jumlah pemerhati yang dibenarkan untuk memasuki Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana berlangsungnya Perhimpunanan Agung UMNO kali ini akan dihadkan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah itu bagi memberi laluan kepada perwakilan UMNO yang dipilih untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, ia selepas seramai 191 setiausaha bahagian dipilih secara automatik menjadi perwakilan menerusi pindaan perlembagaan parti yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO 2009.

"Ramai yang akan hadir untuk saksikan persidangan itu tetapi kerana dewan itu terlalu penuh untuk menampung kehadiran 3,000 orang maka kita akan hadkannya kepada pemerhati.

"Bagaimanapun, mereka masih boleh mengikuti sesi perbahasan tersebut yang akan disiarkan secara langsung di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr. Ismail," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Khatan Beramai-ramai dan program Rakan Alam Sekitar di sini, hari ini.

Pada majlis itu seramai 130 kanak-kanak sekitar Putrajaya dikhatankan menggunakan kaedah smart clamp.

Dalam pada itu, Tengku Adnan mengingatkan para pembahas perhimpunan kali ini supaya berbahas secara rasional dan tidak menyakiti perasaan kaum lain.

"Kita sedar sebagai parti berasaskan bangsa, soal berkaitan kepentingan bangsa Melayu akan dibangkitkan.

"Dalam masa sama, kita juga tidak hadkan apa jua tajuk perbahasan tetapi jangan sakiti hati orang lain dan jaga sensitiviti semua," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

KULN perlu guna kelebihan bantu pelajar Malaysia

Posted:

KULN perlu guna kelebihan bantu pelajar Malaysia

KULN perlu guna kelebihan bantu pelajar Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Kelab UMNO Luar Negara (KULN) perlu menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk menjadi pihak pertama membantu para pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara sekiranya mereka berhadapan sebarang masalah.

Menteri Belia dan Sukan yang juga Pengerusi KULN, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana kelab itu mempunyai rangkaian yang begitu pantas dan berkesan bagi menghulurkan bantuan dengan segera kepada pelajar Malaysia tanpa mengira kaum dan latar belakang.

"Rangkaian mereka dari segi menghubungi pelajar satu dunia lebih kuat,kerajaan pun tak dapat mengatasinya, maknanya kerajaan ada Jabatan Penuntut misalnya di United Kingdom mungkin hanya dua atau tiga (orang)...manakala sistem kedutaan hanya wujud di ibu kota.

"Tapi KULN ada 74 di satu dunia, di bandar-bandar kecil pun ada, sekecil-kecil St Petersburg (Russia) pun ada," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kursus Kepimpinan KULN: 'Transformasi KULN', di sini semalam.

Ahmad Shabery berkata, jika dahulu KULN yang bertindak sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seringkali dianggap sebagai agenda politik tetapi kini persepsi itu sudah semakin berubah apabila peranannya kepada pelajar Malaysia semakin terserlah.

Terdahulu semasa berucap, Ahmad Shabery menggesa para pelajar Malaysia di luar negara supaya meneruskan usaha menimba pengetahuan serta pengalaman untuk menjadi pemimpin yang disegani serta berkualiti berdasarkan prinsip perjuangan yang diamalkan UMNO sendiri.

Katanya, semua ahli KULN juga seharusnya menghayati konsep transformasi negara yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia bagi membolehkan mereka berhadapan dengan cabaran dunia yang semakin liberal dalam banyak perkara.

"Sekarang mereka perlu lebih bersedia untuk mempunyai kelebihan dan kekuatan dari segi intelektual, dari hujah, gerak kerja, kebajikan dan juga kepimpinan," katanya.

Beliau berkata, proses itu juga akan menjadikan generasi muda pada hari ini sebagai pemimpin yang diyakini rakyat Malaysia tanpa perlu lagi hanya bergantung harap kepada pemimpin generasi terdahulu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan