Sabtu, 26 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


KDN pantau isu pelajar asing

Posted:

KDN pantau isu pelajar asing

KDN pantau isu pelajar asing

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 25 Nov. - Kumpulan Kerja Pemantauan Pelajar Antarabangsa (KKPPA) telah ditubuhkan bagi memantau isu-isu pelajar asing termasuk mengawal dan membendung penyalahgunaan pas pelajar di kalangan mereka.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, KKPPA bertanggungjawab membincangkan status dan isu-isu pelajar antarabangsa, mengenal pasti tindakan penambahbaikan serta penyelesaian isu berbangkit.

"Kita juga akan mengumpul statistik dan laporan berkaitan pelajar antarabangsa seperti jumlah pelajar antarabangsa yang diluluskan, jumlah institusi yang terlibat, jenis-jenis kursus dan jangka masa belajar.

"Turut dipantau ialah jumlah pelajar yang terlibat di dalam kegiatan negatif (bilangan tangkapan, bilangan yang dikenakan tindakan undang-undang dan disabitkan kesalahan) dan jumlah pelajar yang disenaraihitamkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

KKPPA turut mengendalikan lawatan naziran secara bersepadu dan berkala melibatkan Jabatan Imigresen, polis, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan KDN.

Ia bertujuan memastikan setiap institusi mematuhi semua akta dan peraturan yang berkaitan serta tidak menyalahgunakan kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa.

Mahmood berkata, kumpulan kerja itu akan menyelaraskan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan semua agensi terlibat bagi memastikan tiada pertindihan bidang tugas dan memastikan kerjasama di antara agensi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Full content generated by Get Full RSS.

Hakim Syarie perlu sedia hadapi cabaran

Posted:

Hakim Syarie perlu sedia hadapi cabaran

Hakim Syarie perlu sedia hadapi cabaran


SULTAN Sharafuddin Idris Shah melakukan simbolik perasmian serta Pengisytiharan Bangunan Baru Jabatan Kehakiman Syariah Selangor di Shah Alam, semalam. - Bernama


SHAH ALAM 25 Nov. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyeru pegawai-pegawai Mahkamah Syariah khususnya para Hakim Syarie agar bersedia berhadapan dengan cabaran-cabaran besar dengan melengkapkan diri dalam pelbagai disiplin ilmu agar keyakinan masyarakat terhadap Mahkamah Syariah tidak luntur.

"Beta dimaklumkan bahawa kes-kes di Mahkamah Syariah kini bukan lagi hanya tertumpu kepada kes-kes perceraian sahaja bahkan kini ia melibatkan kes tuntutan harta yang bernilai jutaan ringgit, juga kes-kes yang mencabar sensitiviti masyarakat seperti permohonan pengisytiharan bukan seorang Islam," titah baginda.

Selain daripada itu, titah baginda, kecekapan dan ketegasan dalam pengendalian kes akan dapat menegakkan keadilan.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian pada Majlis Perasmian Bangunan Baru Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) di Persiaran Masjid Seksyen 5 di sini, hari ini.

Bagi mencapai matlamat itu, baginda bertitah, semua pihak yang terlibat terutamanya para peguam syarie, pendakwa syarie dan pihak yang bertikai perlu bersama-sama membantu mahkamah dengan membentangkan fakta yang sebenar agar keadilan dapat ditegakkan.

"Seseorang hakim itu akan melanggar etika kehakiman apabila membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas kehakiman hingga menjejaskan kedudukannya sebagai seorang hakim," titah baginda.

Baginda bertitah bahawa baginda masih lagi mendapat aduan daripada orang ramai tentang kes-kes Mahkamah Syariah terutama permohonan cerai dan fasakh serta pembahagian harta yang mengambil masa yang lama untuk kes diselesaikan hanya disebabkan perkara-perkara remeh yang sepatutnya boleh dielakkan.

"Justeru itu dengan adanya bangunan baru serta kemudahan-kemudahan yang diberikan, beta menyeru kepada pihak JAKESS supaya dapat mengatasi masalah ini agar kes-kes atau perbicaraan dapat dijalankan mengikut jadual dan diharapkan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang sepatutnya," titah baginda.

Sultan Sharafuddin juga bertitah, baginda tidak mahu lagi mendengar aduan-aduan negatif terhadap Institusi Kehakiman Syariah yang secara tidak langsung menjejaskan imej agama Islam di negeri ini.

Keutamaan perlu diberikan kepada kes-kes yang melibatkan rumahtangga agar tidak ada sesiapa yang teraniaya akibat kelalaian atau kecuaian pihak tertentu, titah baginda.

Baginda bertitah, pada masa yang sama Mahkamah Syariah juga perlu dilihat sebagai sebuah institusi yang berintegriti dan berkualiti tinggi kerana ini penting dalam usaha membina keyakinan serta kepercayaan masyarakat terhadap Mahkamah Syariah yang dulunya sering dianggap sebagai mahkamah kelas dua.

Bangunan baru ini juga menempatkan Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, dewan muktamar serta bilik hadhanah, bagi pengendalian kes-kes keluarga. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Bantu misi kemanusiaan di seluruh dunia

Posted:

Bantu misi kemanusiaan di seluruh dunia

Bantu misi kemanusiaan di seluruh dunia

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini menggesa semua pihak tanpa mengira latar belakang mereka supaya memberikan bantuan sepatutnya dalam apa juga cara bagi menjamin keselamatan manusia di seluruh dunia.

Menyatakan bantuan bukan lagi menjadi tanggungjawab tunggal sesebuah kerajaan, organisasi atau perbadanan tetapi juga setiap individu, baginda bertitah setiap individu di seluruh dunia patut mempunyai perasaan 'bebas ketakutan' atau 'bebas kemahuan'.

"Bagi beta ini bermaksud ia membolehkan seseorang itu tidak berdepan ancaman atau kehilangan nyawa, hidup merdeka. Pendek kata, keselamatan kemanusiaan membolehkan orang ramai berasa yakin dengan keadaan semasa atau masa depan," titah baginda dalam ucapan pada Persidangan Kemanusiaan Antarabangsa 2011 anjuran Mercy Malaysia di sini hari ini.

Raja Nazrin juga menegaskan keselamatan manusia pada hari ini bukan semata-mata mengenai bebas daripada perang sahaja tetapi juga mengenai kemampuan untuk bangkit semula daripada kejadian bencana alam.

"Punca bagi manusia untuk merasa tidak selamat kini semakin berganda. Paling tidak pun, kejadian bencana alam, perubahan corak cuaca dan pandemik telah menjejaskan hidup manusia sejak dekad lepas yang telah memberi ruang kepada kita untuk berfikir sejenak mengenai apakah asas yang perlu digunakan untuk jaminan keselamatan," titah baginda. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan