Utusan Online - Utara |
- Hayati Islam sepenuhnya
- Makanan Perlis dipromosi di Vietnam
- Selepas baik berkhatan Aiman mahu main bola
Posted: Hayati Islam sepenuhnyaOleh Safina Ramli Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanfi pada Majlis sambutan Maal Hijrah 1433 peringkat Kedah di Alor Setar, semalam. ALOR SETAR 27 Nov. - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah bertitah, huru-hara dan peperangan yang terjadi di dunia hari ini berpunca daripada jiwa manusia yang tidak didorong dan disuburkan untuk cinta serta takut kepada Allah. Baginda bertitah, di negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam kini menjadi kucar-kacir kerana tidak dibersihkan dengan iman dan ajaran Islam dalam erti kata sebenar. "Atas dasar itu kita patut membangunkan jiwa insan supaya menjadi manusia, pemimpin, alim ulama, cerdik pandai dan rakyat jelata yang bertakwa. "Dengan itu akan terbina satu tamadun yang tinggi nilai akhlak dan maruah sama ada dalam keluarga, masyarakat dan negara," titah baginda. Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan Maal Hijrah 1433 peringkat negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon di sini hari ini. Pada majlis itu baginda berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Kedah kepada pensyarah kanan Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Profesor Madya Dr. Abd Aziz Hanafi dan penerima lain-lain anugerah. Tuanku Abdul Halim bertitah, sempena perhimpunan Maal Hijrah 1433 hari ini semua umat Islam perlu memperbetulkan haluan yang sudah terpesong dengan sepenuh hati. "Beta yakin dengan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar sebuah negara akan aman, bersatu padu dan saling menghormati antara satu sama lain. "Berhijrah selagi niat kita itu membawa kebaikan untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara," titah baginda. Baginda bertitah, umat Islam juga harus mengakui dengan jujur dan ikhlas bahawa segala cabaran mahupun bencana yang menimpa mereka adalah berpunca daripada kesilapan sendiri dan setiap perbuatan adalah tanggungjawab sendiri. "Oleh itu, pembangunan insan mestilah diseimbangkan dengan pembangunan material supaya umat Islam menjadi umat yang berhemah tinggi dan bertanggungjawab," baginda bertitah. Full content generated by Get Full RSS. |
Makanan Perlis dipromosi di Vietnam Posted: Makanan Perlis dipromosi di VietnamKANGAR 27 Nov. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melancarkan promosi masakan Perlis di sebuah Restoran Halal @ Saigon di Ho Chi Minh City, Vietnam, baru-baru ini. Restoran tersebut dimiliki oleh seorang pengusaha kelahiran Malaysia, Dr. Shimi Sumanthi Muthu Kunju atau lebih dikenali sebagai Dr. Shimi di bandar raya itu. Restoran yang beroperasi sejak tiga tahun lalu itu terletak di No. 31 Dong Du Street, Daerah 1, Ho Chi Minh City dan promosi masakan tersebut berlangsung sebulan. Promosi masakan itu bukan sekadar menonjolkan keenakan pelbagai makanan dari Perlis, tetapi ia juga memperkenalkan Perlis sebagai destinasi pelancongan menerusi risalah disediakan di restoran itu. Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berada di Vietnam diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dalam rangka lawatan lima hari ke tersebut. - BERNAMA |
Selepas baik berkhatan Aiman mahu main bola Posted: Selepas baik berkhatan Aiman mahu main bolaBALING 27 Nov. - Kanak-kanak, Mohd Aiman Hakimi Hanafi,11, tidak sabar kembali semula ke padang untuk bermain bola bersama rakan-rakan kampung apabila sihat kelak. Mohd Aiman Hakimi yang berat badannya 115 kilogram memang kaki bola biarpun badannya melebihi saiz orang dewasa. Ibunya, Jamilah Awang, 31, berkata anak sulungnya ini memang suka bermain bola dan posisi paling diminatinya ialah penjaga gol kerana minat terhadap penjaga gol bola sepak kebangsaan Mohd Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali Apek. "Biarpun badannya agak besar dan ramai tidak percaya dia main bola sebagai penjaga gol, itulah posisi dia minat lagi pun dia suka Apek," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sadek Kupang di sini hari ini. Anak sulung daripada enam beradik ini menarik perhatian orang ramai semasa majlis Khatan Perdana dianjurkan oleh Kelab Putera 1Malaysia dan kenduri 1Malaysia yang disertai kira-kira 400 kanak-kanak dari seluruh daerah ini. Menurut Jamilah, sejak kecil badannya tidaklah membesar sehingga usianya dua tahun dia hanya minum susu dan sedikit makanan. Katanya, mungkin kerana dia demam selepas usia itu badannya mulai berisi sehinggalah sekarang. Selain Mohd Aiman Hakimi dan Mohd Hazrin, keluarga ini turut mempunyai empat lagi anak iaitu Jafishah Hanim,6, JanishaHawani,4, dan Amrin Daniel,3,tahun terpaksa tinggal bersama datuk dan nenek mereka ketika ibu bapa mereka keluar bekerja. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan