Berita Harian: Nasional |
Gerakan kesederhanaan rujuk falsafah al-Quran Posted: 26 Nov 2011 02:21 PM PST Nasional YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Najib, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (kanan) pada majlis bacaan Yaasin sempena Maal Hijrah di Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, agenda penghijrahan ekonomi dan pembangunan negara selama ini membuktikan falsafah kesederhanaan dan keseimbangan adalah pencapaian hebat dan mesej dakwah Islamiah yang besar pada tahap global. Dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrah 1433 Hijrah menerusi laman blog 1Malaysia, semalam, Perdana Menteri menjelaskan, sama ada pada peringkat Asia atau dunia, negara konsisten menyarankan pembentukan pergerakan kesederhanaan dengan merujuk semangat ajaran al-Quran dan sunnah. Beliau berkata, sambutan Maal Hijrah adalah kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang mengubah senario dan landskap dunia. "Begitulah juga kita. Jika kita tidak berani melakukan penghijrahan dan transformasi di dalam negara, maka bangsa kita akan ketinggalan. Sebab itulah, kita berhijrah dengan melaksanakan Agenda Transformasi Negara menerusi beberapa pelan tindakan yang kukuh meletakkan Malaysia di landasan tepat dalam pelbagai bidang, terutama ekonomi."Penghijrahan besar yang kita lakukan apabila memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) menjadikan negara terus aktif dan berdaya saing, walaupun berdepan krisis ekonomi global yang semakin mencabar," katanya. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sejak Januari sehingga September lalu, kadar pertumbuhan purata dicatatkan negara ialah 5.1 peratus, manakala kadar pertumbuhan bagi suku ketiga tahun ini sekitar 5.8 peratus. Menyingkap zaman penghijrahan Rasulullah SAW, beliau berkata, umat Islam ketika itu berubah daripada umat ditindas kepada kuat dan gagah serta mampu memerintah, mentadbir Madinah dan memiliki kerajaan sendiri, selain bebas bergerak menyampai dan mengembangkan dakwah Islam. Beliau mewakili keluarganya menyampaikan ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 Hijrah kepada umat Islam seluruh negara dengan harapan ia disambut dalam suasana kesyukuran dan keharmonian pelbagai bangsa selaras tema sambutan tahun ini, iaitu 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenYangretibase Ikut al-Quran 100 peratus, bukan berpilih sahaja. Full content generated by Get Full RSS. |
Shahrizat tenang berdepan isu projek lembu Posted: 26 Nov 2011 02:20 PM PST Nasional Ketua Wanita UMNO tetap bersama perwakilan minggu depanKUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang diheret dalam isu salah guna dana projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang dikendalikan suami dan anaknya akan tetap bersama perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO, bermula Selasa ini. Sambil menganggap isu berkenaan yang tercetus susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai asam garam dalam kehidupan ahli politik, Ketua Wanita UMNO itu yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata ia tidak mengganggu kepemimpinannya dalam pergerakan itu. Shahrizat berkata, kurangnya penampilannya di majlis atau media kerana bercuti dan kebetulan cuti tahunannya diluluskan awal dan ia berlaku ketika isu PFN timbul. "Program Wanita UMNO tidak tergugat, semua berjalan lancar mengikut perancangan. Seminggu lalu saya menunaikan umrah. Pagi tadi (semalam) saya bersama ribuan ahli dan pemimpin Wanita UMNO di Pahang dalam program dihadiri Sultan Ahmad Shah."Saya akan bersama perwakilan minggu depan dan kita akan bersidang sepanjang tempoh itu," katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam sambil menambah persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO juga mengikut jadual dengan mesyuarat berkaitan usul akan diadakan hari ini. "Sebelum sesi taklimat Presiden dan perasmian serentak Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, Selasa ini, kita sudah merangka beberapa program lain termasuk Isnin ini iaitu Malam Skuad Sayang bersama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor," katanya. Mengenai kemungkinan pembangkang menggunakan isu PFN untuk memecahbelahkan Wanita UMNO, beliau berkata, sudah tentu pembangkang akan melakukan pelbagai taktik dan cubaan untuk melemah serta memusnahkan pergerakan itu, tetapi Wanita UMNO akan terus memberi perhatian sepenuhnya kepada tugas diamanahkan.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan