Sabtu, 26 November 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Banjir masih belum surut

Posted:

Banjir masih belum surut

Banjir masih belum surut

Oleh amran mulup
utusanmelaka@utusan.com.my


HASAN Rahman (duduk, kiri) bertanyakan sesuatu kepada Ramlah Mansor, 39, salah seorang mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu Sungai Rambai, Jasin, Melaka, semalam. - UTUSAN/GAIE UCHIL


JASIN 25 Nov. - Air pasang besar yang bertembung dengan air yang datang dari hulu menyebabkan lima keluarga dari Kampung Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai dekat sini masih tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Kesemua mangsa membabitkan 24 orang itu kini masih ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu sejak empat hari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, banjir yang melanda kampung berkenaan masih belum surut sepenuhnya walaupun hujan sudah berhenti sejak dua hari lalu.

"Atas arahan polis, kita terpaksa menahan mangsa daripada pulang ke rumah masing-masing kerana air belum surut dan ditambah pula pertembungan air pasang serta air dari hulu.

"Walaupun ada mangsa yang berkeras ingin pulang ke rumah masing- masing tetapi kita sudah menasihatkan mereka supaya bersabar sehingga dipastikan air sudah surut sepenuhnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan polis juga ditugaskan untuk membuat rondaan di kawasan rumah mangsa terbabit bagi memastikan tiada kejadian pecah rumah berlaku.

Katanya, kesemua rumah mangsa masih ditenggelami air hingga ke paras lutut sejak empat hari lalu.

Dalam pada itu beliau berkata, semua agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Menurutnya, banjir dijangka melanda beberapa kampung di Sungai Rambai berikutan air pasang besar yang mula berlaku sejak awal pagi ini.

Setakat ini katanya, belum ada penduduk kampung diarahkan berpindah.

Full content generated by Get Full RSS.

Pesta Pantai hidupkan kembali Tanjung Bidara

Posted:

Pesta Pantai hidupkan kembali Tanjung Bidara

Pesta Pantai hidupkan kembali Tanjung Bidara

MELAKA 25 Nov. - Pesta Pantai Tanjung Bidara akan diadakan semula pada 9 hingga 11 Disember ini selepas terhenti beberapa tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Ab. Karim Sulaiman berkata, pesta itu dihidupkan semula bagi merancakkan kembali kedatangan pelancong ke Tanjung Bidara.

Menurutnya, penganjuran Pesta Pantai Tanjung Bidara itu akan menjadi platform untuk memeriahkan lagi suasana di kawasan pelancongan itu supaya kembali menarik lebih ramai pengunjung.

"Tanjung Bidara mempunyai sebuah pantai yang indah dan menarik cukup sinonim sebagai lokasi perkelahan keluarga sejak dari dahulu lagi.

"Cuma kita perlu adakan satu pesta untuk dijadikan sebagai acara tahunan pada setiap hujung tahun bagi menghidupkan kembali suasana keceriaan di sini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ab. Karim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri berkata, pesta anjuran bersama Malis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) itu akan memperkenalkan kembali Tanjung Biara sebagai destinasi wajib dikunjungi.

Menurutnya, pihaknya telah menyediakan lebih 15 acara sepanjang tiga hari pesta itu diadakan di pantai Tanjung Bidara dekat sini dari pukul 8 pagi hingga 10 malam.

Ujarnya, antara acara yang akan diadakan adalah pameran kerjaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pameran Pos Malaysia, pertandingan fotografi, sepak takraw terbuka Melaka, karaoke, Battle Of The Band, pertunjukan layang-layang dan Sprint Race 2011.

Selain itu katanya, Larian Pantai, pertandingan perahu layar, Mr. Muscle, pertandingan mewarna kanak-kanak dan konsert RTM.

"Acara sukan pantai (turut diadakan) seperti pukul bantal, panjat tiang licin, tarik tali, tangkap itik, bola tampar, bola sepak, bola jaring dan baling buah limau," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Indeks jenayah NS turun 7.36 peratus

Posted:

Indeks jenayah NS turun 7.36 peratus

Indeks jenayah NS turun 7.36 peratus

SEREMBAN 25 Nov. - Kadar indeks jenayah di negeri ini mencatatkan penurunan sebanyak 7.36 peratus sepanjang tempoh Januari sehingga 20 November lalu berbanding tempoh sama, tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, berdasarkan rekod, sebanyak 5,939 kes jenayah dicatatkan dalam tempoh tersebut bagi tahun ini berbanding 6,411 kes pada tahun lalu.

"Statistik menunjukkan peratusan penurunan itu mewakili sebanyak 472 kes sepanjang tempoh tersebut.

"Kadar jenayah jalanan di seluruh negeri ini dalam tempoh itu turut mencatatkan penurunan sebanyak 5.95 peratus membabitkan 25 kes berbanding tahun lalu," katanya di sini hari ini.

Menurut Osman, dalam tempoh yang sama, polis telah menahan seramai 418 pengedar dadah di sekitar negeri ini.

"Sementara itu, kes pemilikan dadah pula melibatkan 861 orang yang ditahan, manakala bagi kesalahan mengguna dadah pula membabitkan tangkapan seramai 1,890 orang.

"Kita juga telah berjaya membuat rampasan sebanyak 34,184 gram pelbagai jenis dadah dalam tempoh 11 bulan ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan