Harian Metro: BeritaUtama |
‘Toyol’ curi komputer riba Posted: 29 Nov 2011 02:23 PM PST JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba. Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga. Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV. Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 29 Nov 2011 02:23 PM PST KUALA LUMPUR: Hanya Umno menjadi jawapan kepada pelbagai persoalan yang meresahkan orang Melayu berlandaskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat parti itu selama ini. Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mutakhir ini, orang Melayu semakin resah kerana tercari-cari jawapan kepada persoalan masa depan mereka di tanah air sendiri membabitkan isu peluang pendidikan dan ekonomi, kuasa politik Melayu atau kedudukan Islam.
"Hakikatnya, Umno sudah bangkit daripada rempuhan tsunami 2008, kita tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan Umno dalam membela orang Melayu. "Ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui Umno tanpa rasa apologetik menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang bertanggungjawab memastikan penyertaan orang Melayu dan Bumiputera dalam sektor ekonomi terus diperkasa. "Lantaran itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) juga ditubuhkan untuk menyelaraskan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi yang semakin kompetitif," katanya ketika merasmikan secara serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.
Menyentuh mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Muhyiddin berkata, calon adalah senjata parti untuk menang, justeru beliau meminta semua pihak memberi sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan menentukannya kerana yang penting individu itu berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat. "Tumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan pemimpin. Marilah kita bersatu menjayakan agenda transformasi yang dibawa presiden. Pendekatan berani beliau memperkenalkan transformasi politik dalam menunjangi perubahan perlu disambut segenap lapisan ahli Umno. "Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabotaj.
Beliau berkata, sebagai sebuah organisasi, Umno tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan kerana Umno bukan malaikat tetapi langkah perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan terus dilakukan. "Dalam perjuangan ini, Umno tidak boleh bersendirian. Ajaklah, serulah, panggillah, pujuklah seluruh umat Melayu untuk bersama kita. Raih setiap sokongan dan keyakinan seluruh persatuan Melayu, gabungan Melayu, badan ekonomi, sosial, pendidikan, agama, belia, budaya untuk bersama kita di bawah panji Umno dalam mempertahankan survival umat Melayu, ajaklah penyokong pembangkang yang sudah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti mereka yang sia-sia untuk bersama-sama kita. "Beri tumpuan kepada masalah rakyat, rasai denyut nadi mereka, dengar rintihan dan keluhan mereka. Bantulah mereka, kita adalah mata, telinga dan suara rakyat. Paling utama, kita mesti bertanggungjawab, lunaskan tanggungjawab moral kita sebagai pejuang Umno dengan membantu rakyat," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan