Rabu, 30 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


4 pendekatan utama digaris

Posted:

4 pendekatan utama digaris

4 pendekatan utama digaris


Muhyiddin Yassin diiringi Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) bersalaman dengan peserta forum pada Majlis Penutup Forum Antarabangsa 'Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial di Era Krisis Global' di PWTC semalam.


KUALA LUMPUR 29 Nov. – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, amalan nilai-nilai mulia oleh para pejuang terdahulu sentiasa diterapkan dalam usaha kerajaan melakukan transformasi terhadap bidang politik, ekonomi serta sosial demi kesejahteraan rakyat negara ini.

Dalam masa sama, Timbalan Perdana Menteri turut menggariskan empat pendekatan utama bagi memastikan transformasi yang dilaksanakan itu bersifat global, agar perubahan tersebut memberi faedah kepada masyarakat antarabangsa terutamanya di rantau ini.

Hakikatnya, beliau berkata, setiap program transformasi yang dilaksanakan di negara ini kesannya harus dirasai oleh semua pihak sama ada di peringkat domestik mahupun global.

''Pendekatan pertama, semua pihak perlu menghormati kepelbagaian tamadun yang ada di rantau ini. Kita juga perlu menggalakkan hubungan baik antara negara-negara jiran terutama melalui kerjasama erat antara kerajaan dengan kerajaan dalam pelbagai bidang.

''Pendekatan kedua, semua kerajaan perlu bersama-sama melakukan transformasi khususnya dalam bidang ekonomi agar ia sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa. Begitu juga dengan usaha kita untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang sains dan inovasi teknologi," katanya.

Beliau berucap pada majlis penutup Forum Antarabangsa bertajuk 'Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial di Era Krisis Global' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Forum yang disertai oleh para duta serta wakil parti politik dari seluruh dunia itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang bermula hari ini.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan yang juga pengerusi forum, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Muhyiddin berkata, pendekatan ketiga adalah peluang-peluang ekonomi dan setiap cabaran yang melanda perlu dihadapi secara bersama dalam konteks kerajaan dengan kerajaan.

Beliau berkata, ia bermaksud setiap negara besar atau kaya perlu memberi pertolongan serta bantuan kepada negara-negara miskin supaya rakyat di negara-negara seperti itu mampu menjalani hidup yang lebih baik.

''Seperti saya katakan sebentar tadi apa jua peluang serta cabaran perlu dihadapi secara bersama. Prinsip ini perlu dipertahankan kerana bagi saya semua masyarakat global berhak menjalani kehidupan yang baik," katanya.

Pendekatan terakhir kata beliau, ialah semua pihak perlu memperkukuhkan mekanisme kerjasama dengan harapan negara-negara serantau mampu memperolehi manfaat hasil pelaksanaan transformasi di negara masing-masing.

Full content generated by Get Full RSS.

Tun Abang Muhammad Salahuddin dilantik semula

Posted:

Tun Abang Muhammad Salahuddin dilantik semula

Tun Abang Muhammad Salahuddin dilantik semula


TUANKU Mizan Zainal Abidin bergambar bersama Tun Abang Muhammad Salahuddin (dua dari kanan), Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin selepas istiadat pengurniaan surat cara pelantikan semula Yang Dipertua Negeri Sarawak di Istana Melawati, Putrajaya, semalam. - BERNAMA


PUTRAJAYA 29 Nov. - Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dilantik semula sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 5 Dis ini.

Abang Muhammad Salahuddin, menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada satu upacara di Istana Melawati, di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir menyaksikan upacara pelantikan itu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Abang Muhammad Salahuddin, 90, dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak keenam pada 2001 menggantikan Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamed Noor yang meninggal dunia pada 2000. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Asia paling berpengaruh

Posted:

Asia paling berpengaruh

Asia paling berpengaruh

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Asia akan menjadi rantau terpenting pada abad ini daripada sudut kestabilan ekonomi dan politik sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada negara di rantau ini untuk bangkit bersaing dengan negara Barat.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, keyakinan itu berdasarkan peningkatan populasi sehingga menyaksikan rantau Asia mewakili 60 peratus daripada keseluruhan penduduk dunia.

"Malah ekonomi di rantau ini juga berkembang lebih baik berbanding pertumbuhan ekonomi negara Barat yang sangat kecil," katanya ketika berucap sebagai salah seorang panel pada Forum Antarabangsa yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini.

Forum bertajuk 'The Success of the Thriving Nations' itu turut dibarisi panel lain seperti Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis; wakil Parti Komunis China, Sun Gan dan wakil Parti Komunis Vietnam, Mai The Duong.

Muhd. Khairun menambah, pelabur asing ketika ini juga mempunyai keyakinan tinggi terhadap pulangan yang boleh diraih di rantau ini kerana ia diramal bakal menyumbang sejumlah AS$292 trilion (lebih RM1,000 trilion) pada 2050 atau 50.6 peratus daripada jumlah pulangan keseluruhan dunia.

Katanya lagi, sepanjang tahun lepas sahaja, rantau ini sudah memberikan pulangan sebanyak AS$62 (RM217 trilion) iaitu 27.4 peratus daripada nilai pulangan keseluruhan dunia.

"Apa yang lebih menarik adalah negara-negara ASEAN pula menjadi komponen terpenting dalam perkembangan ekonomi di rantau Asia ini," katanya.

Kerana itu, tambah Muhd. Khairun, adalah menjadi keutamaan kepada negara-negara ASEAN untuk merealisasikan sasaran Komuniti ASEAN 2015 yang turut memasukkan agenda ekonomi sebagai salah satu daripada keutamaan.

Ia, kata beliau, selaras dengan hasrat untuk merapatkan jurang kekuatan ekonomi dalam kalangan negara ASEAN menerusi satu pelan hala tuju yang menyeluruh dan komprehensif.

''Malah, negara ASEAN juga perlu merebut peluang daripada dasar mesra ekonomi yang ditawarkan oleh negara ekonomi baru dunia terutamanya China dan India.

''Dalam masa sama, ASEAN juga tidak boleh terburu-buru mengikut dasar dan amalan ekonomi Barat lebih-lebih lagi dari sudut penggunaan satu mata wang dalam sistem ekonomi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan