Sabtu, 26 November 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Lelaki cuba curi dawai ditemui mati

Posted:

Lelaki cuba curi dawai ditemui mati

Lelaki cuba curi dawai ditemui mati

PULAU PINANG 26 Nov. - Seorang lelaki yang dipercayai cuba mencuri dawai elektrik di sebuah rumah kosong ditemui mati tergantung di atas siling kediaman itu di Jalan Baru, Bukit Tengah, Perai, dekat sini pagi ini.

Mayat mangsa yang berusia 37 tahun itu ditemui seorang kontraktor binaan yang ingin memulakan kerja pengubahsuaian di rumah tersebut, pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab. Lah berkata, pengadu tercium bau busuk dan terkejut apabila melihat tompokan darah menitis dari siling dan memenuhi lantai kayu di kawasan ruang tamu.

"Pengadu yang mencari punca darah itu terkejut melihat mayat lelaki tergantung di atas siling. Dia kemudian melaporkan kejadian kepada balai polis berhampiran.

"Siasatan awal polis percaya mangsa cuba memecah masuk rumah tidak berpenghuni untuk mencuri dawai elektrik yang disimpan di dalam rumah itu.

"Ia berikutan penemuan sebilah playar berhampiran lokasi mayat ditemui," katanya di sini hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemuda dikhuatiri lemas

Posted:

Pemuda dikhuatiri lemas

Pemuda dikhuatiri lemas

KOTA BHARU 26 Nov. - Seorang pemuda hilang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kuala Pak Amat, Pengkalan Chepa, dekat sini petang ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Saipu Bhari Mohd. Noor berkata, mangsa Mohd. Farid. Mohd. Yusof, 20, dari Kampung Chabang Tiga Pengkalan Chepa dikatakan pergi mandi di kawasan pantai itu pukul 2.30 petang.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya hanya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pukul 4.55 petang.

"Mangsa dipercayai telah dibawa arus deras dan ketika ini operasi mencari serta menyelamat melibatkan Unit Skuba, anggota bomba, polis dan orang kampung masih dijalankan di sekitar pantai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Saipu Bhari berkata, difahamkan mangsa kerap datang ke pantai tersebut dan telah dinasihatkan oleh orang kampung supaya tidak mandi kerana ombak kuat disebabkan musim tengkujuh.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan