Ahad, 27 November 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Kelayakan Olimpik 2012: Malaysia tewas 2-3 kepada Bahrain

Posted: 27 Nov 2011 07:47 AM PST

PENGENDALI skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee jelas kecewa selepas menyaksikan anak-anak buahnya kecundang pada 10 minit terakhir Kelayakan Olimpik Zon Asia kepada Bahrain.

Tiga gol dilepaskan itu membolehkan pelawat yang beraksi dengan 10 pemain memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2 walaupun mendahului dua jaringan pada awalnya.

"Saya tidak tahu bagaimana mahu cakap. Lima minit, semuanya berubah. Saya terpaksa menerima hakikat skuad ini tidak mempunyai ramai pemain tengah," katanya.

Tambahnya, barisan pemain muda negara kehilangan kawalan selepas penjaring gol pertama, Mohamad Nazmi Faiz Mansor dan rakannya di jentera tengah, Mohd Affize Faisal Mamat dikeluarkan kerana kecederaan.


"Lawan bergerak dengan selesa selepas ketiadaan mereka (bermula minit ke-60), kita hilang kawalan pada bahagian tengah. Manakala Irfan Fazail terpaksa menamatkan perlawanan walaupun mengalami kecederaan (sudah melakukan tiga pertukaran)," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemuja nombor ekor kena taubat

Posted: 26 Nov 2011 03:09 PM PST

ALOR GAJAH: Umat Islam yang terbabit dalam amalan pemujaan nombor ekor bukan saja jahil dan tamak untuk mengejar kekayaan, malah jauh terpesong daripada agama Islam dan perlu segera bertaubat.

Pengerusi Pegawai Syarak Negeri Melaka, Abu Khir Jamaluddin berkata, kebanyakan pengikut yang melakukan pemujaan berkenaan juga terlalu taksub kononnya seseorang pengamal nombor ramalan mampu memberi nombor ekor dikehendaki tanpa mengetahui sebenarnya mereka ditipu.


Menurutnya, pihak terbabit perlu sedar perbuatan seumpama itu dilarang keras dan bertentangan dengan syariat Islam.

"Saya berpendapat, dalam hati mereka yang melakukan pemujaan nombor ekor masih ada sifat angkuh ingin cepat kaya hingga sanggup menyesatkan diri mereka dengan menyembah colok sebagai alat memohon sesuatu yang ditegah agama," katanya.


Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai segelintir warga emas beragama Islam sanggup meredah laluan berselut tanah merah di kawasan ladang kelapa sawit sejauh 2.5 kilometer semata-mata bagi mendapatkan nombor bertuah melalui pemujaan di sebuah tokong lama di Lubok China, Alor Gajah, di sini.


Katanya, kebanyakan pengamal nombor ekor haram terbabit berselindung di sebalik lagak alim dan rajin beribadat namun pada masa sama ada niat melakukan perkara khurafat ditegah agama Islam.

"Saya malu bila membaca berita ada segelintir lelaki beragama Islam sanggup datang jauh semata-mata mengikut kehendak hati mahu cepat kaya, sedangkan mereka tahu perbuatan itu sesat lagi menyesatkan.


"Golongan ini mudah menghidu di mana ada unsur yang boleh dipuja untuk mendapatkan nombor ramalan tanpa menghiraukan kesedaran di dalam diri mereka asalkan apa yang mereka hajati tercapai.

"Malah, segelintir daripada mereka sanggup memuja kubur lama yang dianggap keramat dalam usaha meminta pertolongan bagi memuja nombor ekor, namun mereka lupa kubur yang dianggap keramat itu tidak dapat membantu mereka," katanya.


Abu Khir berkata, orang Islam wajib mempercayai mereka hanya boleh meminta pertolongan daripada Allah SWT semata-mata dan wajar segera bertaubat dan berhenti melakukan amalan ditegah agama.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan