Berita Harian: Wilayah |
Sultan dukacita pihak caci polis Posted: 23 Nov 2011 12:46 PM PST Wilayah SULTAN Sharafuddin Idris Shah meletakkan pedang tanda simbolik perasmian bangunan baru Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Shah Alam, semalam. Turut hadir Hishammuddin, Ismail (tengah) dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (kanan). SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam melahirkan rasa dukacita kerana ada segolongan rakyat di negeri ini yang gemar mengkritik dan mencaci polis yang menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Baginda bertitah, perbuatan sedemikian adalah sifat yang tidak baik dan patut dielakkan kerana polis juga adalah seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. "Ada juga rakyat yang sengaja tidak mahu mendengar dan degil dengan arahan yang diberi oleh pihak polis bagi mengelakkan kekacauan dan huru-hara."Beta menyeru kepada semua rakyat di Selangor ini supaya menyokong tugas polis dan mematuhi undang-undang serta memberikan kerjasama kepada pihak polis supaya negeri yang dikasihi ini sentiasa berada di dalam keadaan aman dan damai dengan rakyatnya yang berbilang kaum hidup dalam harmoni dan selesa," titah baginda. Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan perasmian bangunan baru Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam. Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
"Kehilangan atau kerosakan barang bukti ini juga boleh menyebabkan integriti pihak polis dipersoalkan oleh masyarakat," titah baginda. Selain itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap setiap anggota polis menjalankan tugas dengan baik dan ikhlas serta bersikap adil dan saksama dalam menangani sesuatu kes tanpa mengira kaum, agama, jantina, usia dan status. Titah baginda, ini kerana polis dipersalahkan oleh pihak tertentu yang cuba memburuk-burukkan atau menjatuhkan imej polis di mata masyarakat. "Apa yang paling penting ialah setiap anggota polis hendaklah menjalankan tugas mengikut undang-undang yang ditetapkan dan tidak menyalahgunakan status sebagai anggota polis untuk mencapai kepentingan peribadi," titah baginda. "Oleh itu, beta menasihatkan supaya pihak polis terlebih dulu hendaklah membersihkan diri daripada gejala negatif seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyalahgunaan dadah," titah baginda. Baginda turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada polis kerana menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan kesabaran sehingga berjaya mengekalkan keamanan di negeri ini. "Gunakanlah pendekatan efektif seperti 'Seen And Felt', 'Reaching-Out', Ops Payung, 'Sector Call Card' dan sebagainya dengan semaksimum yang mungkin bagi merapatkan lagi hubungan polis dengan masyarakat," titah baginda. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 23 Nov 2011 12:44 PM PST Wilayah Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) laluan baru ke Singapura. JOHOR BAHRU: Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) yang dibangunkan dengan kos RM977 juta, akan dibuka kepada pengguna mulai Januari ini, tanpa kutipan tol sepanjang tempoh percubaannya selama sebulan. Antara 55,000 hingga 65,000 kenderaan dan kira-kira 70,000 motosikal dijangka memanfaatkan kemudahan EDL setiap hari, yang menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dengan Lebuhraya Utara Selatan di Persimpangan Bertingkat Pandan.Apabila dibuka Januari, kami akan memberi tempoh percubaan selama sebulan tanpa kutipan tol dan selepas itu, kutipan akan dimulakan, namun kadarnya masih belum diputuskan dan menunggu keputusan Kabinet. - Shaharuddin Mohamed, Pengarah Projek MLSSB Sehingga akhir Oktober lalu, lebuh raya sepanjang 8.1 kilometer yang dibangunkan Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, MRCB Lingkaran Selatan Sdn Bhd (MLSSB) itu sudah siap hampir 95 peratus.Pengarah Projek MLSSB, Shaharuddin Mohamed, berkata EDL akan mula beroperasi dengan kutipan tol pada Februari tahun depan, namun kadar yang dikenakan masih belum ditetapkan. "Apabila ia mula dibuka Januari nanti, kami akan memberi tempoh percubaan selama sebulan tanpa kutipan tol dan selepas itu, kutipan akan dimulakan, namun kadarnya masih belum diputuskan dan masih menunggu keputusan dari Kabinet. "Pada pembukaan EDL nanti, kami jangkakan kira-kira 55,000 hingga 65,000 kenderaan dan 70,000 motosikal akan menggunakan lebuh raya ini dan jumlah itu mungkin akan meningkat sebab majoriti pengguna yang menggunakan EDL adalah mereka yang bekerja di Singapura. Shaharuddin berkata, pembukaan lebuh raya enam lorong itu dijangka dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas ketika ini yang kritikal di Jalan Tebrau. "Saya harap pengguna Jalan Tebrau yang selama ini terpaksa melalui sehingga lapan persimpangan lampu isyarat untuk sampai ke pusat bandar, dapat menarik nafas lega dengan pembukaan EDL yang akan melancarkan perjalanan," katanya. Shaharuddin berkata, masalah banjir yang melanda dua lokasi EDL iaitu di Stulang Darat dan Pasir Pelangi, dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. "Walaupun sistem perparitan yang baru mempunyai saiz tiga kali ganda daripada saiz asal, namun limpahan air dari taman sekitar serta air pasang di Sungai Tebrau menyebabkan masalah banjir masih dihadapi. "Pelbagai cara diambil, namun tidak mendatangkan hasil dan kini, kami meneliti satu sistem pam dengan kos RM200,000 yang bakal digunakan bagi menyelesaikan masalah banjir tersebut. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan