Berita Harian: Nasional |
Dewan lulus batalkan 3 Proklamasi Darurat Posted: 24 Nov 2011 03:17 PM PST Nasional Fasa kedua Program Transformasi Politik: PMKUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam meluluskan usul Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan tiga Proklamasi Darurat kerana keadaan darurat yang berleluasa dan mengancam keselamatan atau kehidupan ekonomi serta ketenteraman awam sudah tidak lagi wujud. Ketika membentangkan usul berkenaan, Najib berkata, kesan pembatalan Proklamasi Darurat 1966, Proklamasi Darurat 1969 dan Proklamasi Darurat 1977 ini menurut Fasal (7) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan turut menyaksikan beberapa ordinan dan undang-undang berkaitan akan terhenti berkuat kuasa selepas habis tempoh enam bulan dari tarikh Proklamasi Darurat berkenaan dibatalkan. Katanya, berikutan itu, langkah sewajarnya perlu diambil bagi memastikan tidak timbul sebarang kesukaran dan halangan kepada kerajaan mengawal jenayah dan perkara yang boleh menyebabkan ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman awam. "Dengan pembatalan Proklamasi Darurat, kerajaan tidak lagi mempunyai kuasa membuat undang-undang di bawah Perkara 150 Perlembagaan dan memulangkan kembali kuasa berkenaan kepada Parlimen kecuali dalam aspek undang-undang syarak dan adat istiadat Melayu, serta undang-undang adat anak negeri bagi Sabah dan Sarawak."Ia membuktikan kerajaan sentiasa bersedia untuk melakukan pembaharuan dalam undang-undang negara supaya ia selaras dengan kehendak semasa dan mengukuhkan lagi usaha kerajaan memastikan negara sentiasa maju," katanya ketika membentangkan usul berkenaan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. Najib berkata, langkah kerajaan membatalkan Proklamasi Darurat yang masih berkuat kuasa di seluruh negara dan dua proklamasi darurat khusus yang berkuat kuasa di Sarawak dan Kelantan, adalah fasa kedua terhadap Program Transformasi Politik (PTP) Malaysia. "Ia adalah fasa kedua terhadap PTP yang diumumkan ketika ucapan saya pada malam Hari Malaysia, 15 September lalu. "Maka pada hari ini dan detik ini, kerajaan membentangkan pula fasa kedua PTP itu menerusi pembatalan proklamasi terbabit," katanya. Menjelaskan usul berkenaan, beliau berkata, pembatalan ini akan kekal mempersada prinsip ketinggian Perlembagaan seperti yang termaktub dalam Fasal (1) Perkara 4 Perlembagaan selain memansuhkan secara langsung kuasa luar biasa seperti terkandung dalam ordinan dan akta yang dibuat di bawah Perkara 150. "Ini juga bererti semua ordinan yang sudah digubal ketika darurat, perlu digubal semula oleh Parlimen jika perlu. Berikutan itu, kerajaan akan membentangkan rang undang-undang yang perlu pada Mac 2012. "Pembatalan ini juga akan menyegarkan semula falsafah persekutuan dan meletakkan hubungan dengan kerajaan negeri di trek yang lebih kukuh tanpa dibayang Fasal (4) Perkara 150," katanya. Najib juga berkata, kerajaan mengambil keputusan membatalkan proklamasi berkenaan berasaskan bahawa punca atau sebab mengapa ia diisytiharkan sudah lapuk ditelan zaman. "Sememangnya tindakan yang diambil kerajaan Barisan Nasional (BN) ini amat penting lagi monumental kerana ia dilakukan secara sukarela dan mengembalikan kuasa luar biasa yang dimiliki tanpa sebarang paksaan. "Hendaklah diingat, langkah ini adalah sama beraninya dengan tindakan bapa-bapa kita apabila mengisytiharkan darurat, walau apa pun tohmahan melanda ketika itu. "Tindakan ini kita ambil kerana yakin dengan kebijaksanaan serta percaya terhadap kematangan rakyat demi masa depan negara ketika berusaha menjadikan Malaysia negara maju dan mempunyai amalan demokrasi yang matang, bugar dan bertanggungjawab. "Ringkasnya sebuah demokrasi yang berfungsi, yang mana hak untuk berbeza pendapat dan berlainan pandangan sebagai satu rahmat, bagi mencari jalan terbaik, demi Pertiwi dan kepentingan kebangsaan, bukannya atas alasan hendak melabel atau menyisih mana-mana pihak," katanya. FAKTA:
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull content generated by Get Full RSS. |
Posted: 24 Nov 2011 03:14 PM PST Nasional KAKITANGAN Ibu Pejabat UMNO menyusun bit untuk dipakai pengamal media yang bertugas ketika Perhimpunan Agung UMNO 2011, 29 November ini. KUALA LUMPUR: UMNO tidak akan mengenakan kekangan atau sekatan kepada pembentang dan pembahas usul pada Perhimpunan Agung UMNO 2011, bermula Selasa ini. Ia selaras dengan amalan demokratik parti dan prinsip keterbukaan yang diperkasakan lagi menerusi program transformasi politik (PTP) dicetuskan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, bagi memberikan suara inklusif kepada akar umbi parti. Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pembahas diberi kebebasan untuk membahaskan usul dengan kematangan dan sikap tanggungjawab selaras dengan amalan demokratik diamalkan parti. "Tiada kekangan sejak dulu. Jurucakap (pembahas) yang sayangkan parti tidak akan gunakan (kesempatan berhujah) sebagai plat- form memecahbelahkan parti," katanya kepada pemberita pada sidang media khas menjelang perhimpunan agung parti komponen terbesar Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, jawatankuasa usul menerima 617 usul dari 191 bahagian, merangkumi 572 usul yang diterima untuk rujukan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan terbabit untuk maklum balas dan 45 usul diterima tanpa bahas meliputi usul sokongan kepada dasar kerajaan dan parti. Beliau percaya setiap pembahas tahu akan tanggungjawab besar yang dipikul mereka dalam mengetengahkan isu-isu semasa membabitkan kepentingan dan survival bangsa tanpa mengetepikan kepentingan kaum lain. "Apa yang penting ialah semangat dan roh parti. Mereka faham perhimpunan agung UMNO penting dan saya berharap pembahas akan membincangkan perkara besar (penting) kerana apa saja yang berlaku dalam UMNO adalah perubahan yang akan dihayati semua pihak," katanya.
Menyentuh PTP, Hishammuddin berkata, perubahan dilakukan berdasarkan perubahan landskap politik dalam dan luar negara, sambil memberikan contoh bagaimana dalam konteks keselamatan, kerajaan bertindak memansuhkan beberapa pengisytiharan darurat untuk menyeimbangi perubahan semasa dan tuntutan rakyat tanpa mengetepikan kepentingan negara. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan