Berita Harian: Wilayah |
4 pusat pemindahan masih dibuka Posted: 29 Nov 2011 01:14 PM PST Wilayah Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Pulau Pinang memeriksa peralatan keselamatan sebagai persediaan menghadapi banjir di pusat operasi mereka di Jalan Air Itam, Georgetown. Sehingga jam 7 petang semalam, jumlah mangsa banjir di dua jajahan itu ialah 221 orang dengan 50 keluarga, berbanding 1,309 dari 373 keluarga, kelmarin. Menurut portal rasmi eBanjir, jajahan Tumpat mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 175 orang membabitkan 40 keluarga di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 2. Mangsa terbabit ialah dari Kampung Atas Kok, Kampung Simpangan, Kampung Bendang Pak Yong dan Kampung Pulau Ular.Di Rantau Panjang, jumlah mangsa ialah 46 membabitkan 10 keluarga di tiga pusat pemindahan iaitu di SK Tok Deh, SK Kedai Tanjong dan SK Gelang Emas. Hanya Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih mencatat paras air melebihi bahaya iaitu 9.77 meter (bahaya sembilan meter) dan tiga sungai melebihi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Jenob, di Rantau Panjang 21.87 meter (berjaga-jaga 21.50 meter); Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, 12.23 meter (berjaga-jaga 12 meter) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai, 20.11 meter (berjaga-jaga 20 meter). Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Abu Bakar Mohd Yusof, berkata Kelantan kemungkinan berdepan banjir gelombang kedua pada bila-bila masa berikutan taburan hujan yang dicatatkan adalah tinggi.
|
Posted: 29 Nov 2011 01:13 PM PST Wilayah Penduduk usah leka tengkujuh dijangka hanya berakhir JanuariIPOH: Orang ramai terutama penduduk di negeri yang dilanda banjir baru-baru ini atau berdepan risiko bencana itu diingatkan tidak terlalu leka, sebaliknya bersedia menghadapi kemungkinan banjir gelombang kedua dan ketiga. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata ini berdasarkan ramalan cuaca yang menjangka musim tengkujuh hanya akan berakhir Januari depan.Bomba sudah menjangkakan keadaan itu dan persediaan rapi sudah dibuat, termasuk memastikan anggota bomba dan penyelamat sedia digerakkan bila-bila masa bagi membantu memindah serta menyelamatkan mangsa sekiranya banjir berulang. - Wan Mohd Nor Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Beliau berkata, pihaknya sudah menjangkakan keadaan itu dan persediaan rapi sudah dibuat, termasuk memastikan anggota bomba dan penyelamat sedia digerakkan bila-bila masa bagi membantu memindah serta menyelamatkan mangsa sekiranya banjir berulang."Kita baru melepasi banjir gelombang pertama dan dijangka berlaku gelombang kedua dan ketiga sehingga awal tahun depan. Anggota kami sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapinya, terutama untuk memindah dan menyelamatkan mereka terbabit. "Kita akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk memastikan mangsa banjir mendapat bantuan sewajarnya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Keselamatan Kebakaran di sini, semalam. Beliau mengulas mengenai persediaan anggota bomba dan penyelamat dalam menghadapi banjir tahun ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan