Ahad, 27 November 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Boleh terima takrifan Bumiputra Siam: KDN

Posted: 27 Nov 2011 02:37 AM PST

Mutakhir

ALOR SETAR: Kerajaan memberi kelonggaran kepada masyarakat keturunan Siam di negara ini untuk mengubah pendaftaran dalam MyKad dan surat beranak mereka takrifan "Keturunan Thai" kepada "Bumiputra Siam".

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam, berkata pekeliling mengenai perubahan istilah itu dikeluarkan tiga tahun lalu namun masih terdapat kementerian yang tidak peka dengannya.

"Bagi mengelak masalah berlarutan, kerajaan bersetuju memberi kelonggaran untuk mengubahnya dan mereka digalakkan memohon MyKad baru atau dokumen lain tanpa dikenakan bayaran. "Golongan berumur 60 tahun ke atas masih perlu memohon dan hanya diberi ujian lisan tanpa perlu mengambil ujian bertulis untuk mendapat taraf kewarganegaraan," katanya ketika berdialog dengan masyarakat Siam Kedah dan Perlis di sini, hari ini.

Takrifan keturunan Thai yang diguna pakai terutama dalam MyKad didakwa antara punca permohonan masyarakat Siam untuk ke institusi pengajian tinggi awam, maktab perguruan, pembelian saham dan hartanah terjejas selain mereka terlepas banyak peluang untuk menikmati kemudahan sebagai warganegara Malaysia.

Mahmood berkata, KDN sedia mengeluarkan sekali lagi pekeliling mengenai perubahan takrifan keturunan Thai kepada Bumiputra Siam kepada jabatan kerajaan. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Keputusan bola sepak kelayakan Olimpik Zon Asia

Posted: 27 Nov 2011 02:34 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Kumpulan B (Di Sydney) Australia 0 Uzbekistan 0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan