Berita Harian: Nasional |
Posted: 29 Nov 2011 02:02 PM PST Nasional NAJIB menyampaikan ucapan pada majlis Taklimat Presiden di Dewan Merdeka, PWTC, semalam. KUALA LUMPUR: Amanat Datuk Seri Najib Razak yang menekankan supaya setiap perwakilan meletakkan kepentingan parti melebihi individu, akan dijadikan panduan bagi Badan Perhubungan UMNO Negeri memperkukuhkan perpaduan, sekali gus memastikan kemenangan selesa dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata semangat pengorbanan dan kesetiaan terhadap parti melebihi kepentingan peribadi antara ciri utama ditekankan Presiden sebagai persediaan menghadapi PRU-13.Ucapan Timbalan Presiden cukup jelas dan tegas mengenai pentingnya ketiga-tiga sayap mengukuhkan perpaduan dan berperanan penting dalam meraih sokongan kumpulan sasar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO Katanya, apa yang dihasratkan Presiden UMNO bukan hanya membabitkan negeri yang dikuasai Barisan Nasional (BN), malah turut membabitkan negeri di bawah pembangkang kerana kemenangan keseluruhan pada PRU-13 diambil kira daripada kejayaan calon dari seluruh negara."Saya fikir secara keseluruhannya Presiden mengingatkan semua ahli dan kawasan termasuk negeri dikuasai pembangkang mengenai pentingnya menerima calon boleh menang yang diputuskan pucuk pimpinan kerana akhirnya bilangan kemenangan itu yang penting untuk membentuk kerajaan yang kuat," katanya ketika ditemui selepas majlis Amanat Presiden, semalam. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata UMNO Sabah akur dengan amanat Presiden dan berusaha mengukuhkan perpaduan di kalangan ahli menjelang PRU-13. "Kita mesti sedar PRU-13 akan berlangsung dengan hebat dan sengit, jadi kita perlu mengemaskan jentera semua peringkat, UMNO Sabah sentiasa berusaha menguatkan lagi parti tanpa ada perpecahan," katanya. "Kita sudah menyatakan baiah kepada Presiden untuk memastikan kejayaan dalam pilihan raya akan datang. Sama-sama kita berjuang untuk parti dan mengetepikan kepentingan diri bagi menjayakan agenda parti," katanya. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin, pula berkata aku janji yang dilafazkan oleh perwakilan ketika amanat Presiden memberi petanda UMNO berada pada landasan tepat menurunkan calon terbaik untuk rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Insya-Allah jika masalah dalaman dapat diselesaikan terutama dalam perebutan calon. Sesiapa yang tidak terpilih akan tetap bekerja untuk parti dan tiada lagi sesiapa yang mahu sabotaj calon disebabkan kekecewaan peribadi," katanya. "Presiden mengingatkan calon yang akan dipilih mereka yang boleh memberi kemenangan kepada parti, calon yang sedang memegang jawatan tetapi tidak boleh memenangkan parti perlu berkorban memberi laluan kepada mereka yang dipilih supaya semua peringkat parti memberi sokongan kepada calon yang dipilih," katanya. Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, menyifatkan amanat Najib sebagai pembakar semangat dan bekalan bagi setiap ahli untuk membolehkan empat negeri dikuasai pembangkang ditawan kembali pada pilihan raya umum akan datang. |
Pelajar usah ghairah berpolitik Posted: 29 Nov 2011 01:37 PM PST Nasional KETUA Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengingatkan generasi muda terutama pelajar universiti supaya tidak ghairah berpolitik di kampus, sebaliknya menumpukan perhatian penuh kepada pelajaran.Katanya, walaupun kerajaan bercadang meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), pelajar perlu berpegang kepada matlamat asal mereka memasuki universiti. Beliau berkata, kemahuan berpolitik sesuatu yang digalakkan, namun pelajar perlu mencapai impian dalam bidang itu dengan cara yang jujur. "Belajar daripada awal untuk mencapai impian dalam politik, matlamat itu tidak boleh menghalalkan cara terutama melalui cara yang kotor."Jika anak muda kita mahu masuk dalam politik selepas lulus pengajian nanti, cara mereka mencapainya adalah sama mustahak," katanya selepas menyampaikan Anugerah Nadi Negara 2011 kepada 20 penerima di sini, semalam. Shahrizat berkata, kerajaan sentiasa peka dan berusaha memberikan yang terbaik kepada generasi muda dan oleh itu mereka perlu memainkan peranan membela agama dan bangsa. "Jangan biarkan pihak lain menghina Islam dan memecah belahkan kita," katanya dan menambah Wanita UMNO akan turun padang mendampingi generasi muda bagi membimbing dan nasihat.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan