Utusan Online - Selatan |
- Program khas teknologi hijau
- 1,628 pekerja SWM, PPSPPA dikerah
- 200 anggota pasukan keselamatan tamat latihan
Posted: Program khas teknologi hijauOleh Norizan Abdul Muhid MELAKA 24 Nov. – Satu program khas mengenai pembangunan teknologi hijau akan dilancarkan di peringkat kebangsaan pada Januari depan bertujuan mendidik masyarakat tentang kepentingan bandar hijau. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, perkembangan itu seiring dengan pemilihan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sebagai perintis bandar teknologi hijau di Melaka seperti Putrajaya dan Cyberjaya di Kuala Lumpur. Menurutnya, melalui usaha itu, MPHTJ akan mengerakkan program yang menekankan ciri-ciri penggunaan teknologi hijau dalam setiap pembangunan yang dilaksanakan dalam kawasan pentadbirannya. ''Sesuai dengan perlaksanaan itu juga, semua pihak, khususnya agensi swasta mengerakkan lebih banyak program kesedaran dan pendidikan untuk mengubah sikap pengguna dan industri dalam usaha menjayakan pembangunan teknologi hijau," katanya. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Buku Blue Print Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau yang turut dihadiri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui di sini, semalam. Kata Mohd. Ali, komitmen menjadikan Melaka sebagai negeri berteknologi hijau turut mendapat kerjasama daripada kementerian terbabit yang telah memberi jaminan untuk menyokong setiap program perlaksanaan teknologi hijau oleh kerajaan negeri. Pada masa yang sama, ujarnya, kerajaan negeri turut menggariskan tiga objektif untuk meningkatkan pencapaian negeri maju, memperkukuhkan status negeri bandar dan meningkatkan status mampan menerusi penggunaan teknologi amalan hijau. Menurutnya, ia terkandung pada Pelan Induk Bandar Teknologi Hijau sebagai garis panduan bagi menentukan hala tuju Melaka sebagai negeri bandar teknologi hijau menjelang 2020. |
1,628 pekerja SWM, PPSPPA dikerah Posted: 1,628 pekerja SWM, PPSPPA dikerahOleh Norizan Abdul Muhid sAMPAH SARAP dan tanah mendap di dalam longkang dibersihkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di Taman Merdeka Batu Berendam, Melaka, semalam. MELAKA 24 Nov. – Seramai 1,560 kakitangan pengurusan sisa pepejal SWM Enviroment Sdn. Bhd. (SWM) bersama 68 anggota Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) telah dikerah bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir pada musim tengkujuh ini. Pengarah PPSPPA Melaka, Ir. Zainuddin Abdul Samad berkata, anggota terlibat telah diberi tugas menyelia dan membersih saluran perparitan di 49 kawasan yang dikenal pasti kerap dinaiki air banjir di Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah. Setakat ini, menurutnya, SWM telah membersihkan sistem perparitan di 10 kawasan perumahan dalam pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan tiga dalam kawasan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHJT). ''Kerja-kerja pembersihan sistem perparitan ini meliputi usaha membuang sisa sampah dan bahan binaan terutama tanah yang terdapat pada longkang yang dikenal pasti antara penyumbang masalah perparitan tersumbat sebelum ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Operasi Pembersihan Perparitan Taman Angkasa Nuri, Batu Berendam yang turut dihadiri Pengurus Besar SWM negeri, Mahadi Abd. Talip di sini, hari ini. Menurut Zainuddin, pihaknya memerlukan kerjasama dan komitmen pelbagai agensi berkaitan bagi melengkapkan persiapan menghadapi kemungkinan banjir besar yang dijangka berlaku pada 29 November ini ekoran ramalan air pasang pada hari tersebut. Kata beliau, masalah perparitan tersumbat perlu ditangani segera khususnya di lokasi yang sering dinaiki banjir dalam persiapan menghadapi musim hujan berterusan sejak kebelakangan ini. ''Bagaimanapun, kita memerlukan kerjasama dan komitmen semua agensi seperti Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia untuk memastikan sisa bahan projek yang dijalankan tidak dibuang ke dalam longkang. ''Ini kerana, berdasarkan kerja- kerja pembersihan yang dijalankan sebelum ini, kita dapati banyak sisa buangan seperti tanah dan bahan binaan dibuang dalam parit hingga mengakibatkan masalah perparitan tersumbat," katanya. Pada masa yang sama, katanya, SWM turut terlibat menempatkan kakitangannya memantau kerja-kerja pembersihan di tempat pemindahan mangsa banjir, khususnya dalam penyediaan kawasan persekitaran dan tandas yang bersih. Full content generated by Get Full RSS. |
200 anggota pasukan keselamatan tamat latihan Posted: 200 anggota pasukan keselamatan tamat latihanTunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz menunjukkan kemahiran menembak menggunakan senjata M-16 pada program Kem Latihan Tahunan Siri 1/2011 Rejimen 508 Askar Wataniah di Kem Lapang Sasar Menyala Port Dickson, kelmarin. TELOK KEMANG 24 Nov. - Seramai 200 peserta yang terdiri daripada anggota pasukan keselamatan negara berjaya menamatkan latihan dalam program Kem Latihan Tahunan Siri 1/2011 Rejimen 508 Askar Wataniah di Kem Lapang Sasar Menyala Port Dickson di sini semalam. Pegawai Rekrut Pasukan Rejimen 508 Askar Wataniah, Kapten Mohd. Ridzwan Yaacob berkata, latihan itu berlangsung selama dua hari bermula pada 20 November lalu. "Ia melibatkan ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (Jakpaw), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan anggota sukarela. "Latihan ini diadakan setiap tahun dan seramai 224 orang berlainan pangkat telah menjayakan majlis ini," ujarnya ketika ditemui di sini kelmarin. Turut sama dalam program itu ialah Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz. Jelas Mohd. Ridzwan, sepanjang program berkenaan para peserta turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk penggunaan senjata M16. "Ia bagi membolehkan mereka menguji kecekapan dalam pengendalian senjata selain dapat mengasah disiplin peserta," katanya. Selain itu, tambahnya, ia bertujuan melihat keupayaan mereka dalam mencapai prestasi pada tahap maksimum. ''Kami melihat program ini menepati matlamatnya dan bercadang untuk melaksanakannya pada masa akan datang," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan