Kosmo Online |
- Festival himpun bakat kanak-kanak 9 negara
- 300 peserta antarabangsa sertai RFC 2011
- Belia perlu amalkan kebebasan secara betul
Festival himpun bakat kanak-kanak 9 negara Posted: Festival himpun bakat kanak-kanak 9 negara30/11/2011 7:27pm KUALA LUMPUR — Program Permata akan melancarkan Festival Kesenian Kanak-Kanak Antarabangsa melibatkan 411 peserta dari sembilan negara termasuk Malaysia bertempat di Istana Budaya antara 8 dan 11 Dis. ini. Penaung Program Permata Seni Negara, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, festival itu akan mengetengahkan bakat kanak-kanak dalam persembahan muzik, tarian dan nyanyian. ""Sudah pasti persembahan yang dibuat dapat memberi keharmonian yang boleh dirasai para penonton melalui irama, melodi dan pergerakan sepanjang festival ini berlangsung," katanya pada sidang media mengenai penganjuran festival tersebut dan Ekspo Permata 2011, di sini hari ini." Rosmah, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, festival itu akan dimeriahkan dengan tiga acara khas iaitu persembahan Malam Negara Peserta dan Malam Gala di Istana Budaya selain persembahan setempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). — Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
300 peserta antarabangsa sertai RFC 2011 Posted: 300 peserta antarabangsa sertai RFC 201130/11/2011 7:25pm KUALA TERENGGANU — Seramai 300 peserta dari 30 buah negara akan menyertai kembara sukan lasak kenderaan 4X4 Rainforest Challenge International Terengganu 2011 (RFC 2011) selama 10 hari mulai Sabtu ini. Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan), Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil berkata kejohanan kali ke-14 itu, merupakan satu lagi rekod penyertaan paling ramai disertai peserta dari dalam dan luar negara. Ia membabitkan peserta antaranya dari Australia, Rusia, Filipina, Venezuela, Amerika Syarikat, Austria, China, Itali, India, Sri Lanka, Perancis, Vietnam, Thailand, United Kingdom, Singapura, Indonesia dan Malaysia. "Cubaan mengatasi cuaca, hutan hujan tropika dan bentuk muka bumi di kala Monsun Timur Laut melanda merupakan pengalaman yang amat mencabar kepada peserta RFC tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.— Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
Belia perlu amalkan kebebasan secara betul Posted: Belia perlu amalkan kebebasan secara betul30/11/2011 7:23pm KUALA LUMPUR — Golongan muda perlu berhati-hati dan menyelidik terlebih dahulu kesahihan sumber sesuatu maklumat, terutama yang disiarkan media sosial, sebelum menyebarkannya kepada orang lain, kata Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamarudddin Siaraf. Beliau berkata, perkara itu amat penting untuk mengelak mereka daripada diseret ke muka pengadilan atas tuduhan menyebarkan maklumat palsu. Katanya, walaupun setiap orang bebas menzahirkan pandangan, tetapi kebebasan itu mestilah diiringi dengan rasa tanggungjawab untuk menjamin keselamatan orang ramai sentiasa terpelihara. "Amalkan kebebasan dalam kalangan rakan sebaya atau masyarakat dengan cara yang betul agar masyarakat tidak mendapat gambaran yang salah tentang sesuatu maklumat," katanya. Beliau berkata, demikian ketika merasmikan bengkel mengenai kebebasan melahirkan pendapat dan menyebarkan maklumat dalam kalangan belia di sini, hari ini. Kamaruddin berkata, penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter menjadi semakin popular dalam kalangan belia untuk menyebarkan maklumat yang boleh mempengaruhi pendapat orng ramai ke arah positif atau negatif. Oleh itu, katanya, konsep kebebasan melahirkan pendapat dan menyebarkan maklumat dalam kalangan belia perlu ditangani secara berhati-hati agar ia tidak menggugat keselamatan orang ramai. — Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan