Kosmo Online - Negara |
Posted: ETS terkandas 10 jamOleh AHMAD SYAKIR SAZILI
IPOH – Lebih 700 penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Ipoh-KL Sentral terkandas di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di sini sejak semalam sehingga pukul 8.45 malam tadi. Sementara menunggu perkhidmatan dipulihkan malam tadi, kebanyakan penumpang terus menunggu di stesen berkenaan dan membeli makanan serta minuman yang dijual di kantin stesen tersebut. Kejadian tersebut berlaku apabila kabel dari Stesen Tapah Road sehingga ke Ipoh serta turut melibatkan stesen KTMB Kampar dan Batu Gajah, terputus bekalan elektrik pada pukul 10.14 pagi semalam. Akibatnya, penumpang yang menaiki ETS bagi perjalanan pukul 2 dan 3 petang masih gagal menaiki tren. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Posted: Makmal dadah dalam rumahOleh ATIKAH DALI CONTOH dadah yang dirampas dari sebuah rumah teres di Ampang baru-baru ini. AMPANG - Tindakan seorang penarik kereta yang menjadikan rumah teres dua tingkat yang dihuni bersama isterinya sebagai makmal untuk memproses dadah memakan diri apabila mereka diberkas bersama empat lagi lelaki dalam serbuan di Taman Melur di sini. Lelaki berusia 45 tahun itu disyaki menjadi pengedar syabu kepada penagih di sekitar daerah ini sejak beberapa bulan lalu. Difahamkan, jika tidak kerana Ops Tapis yang dilakukan polis di sekitar kawasan Ampang pada 19 November lalu, kegiatan jahat keenam-enam suspek pasti tidak dapat dihidu kerana mereka bijak menyembunyikan perbuatan itu dengan perwatakan masing-masing selain tidak bergaul dengan masyarakat. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
KDN pantau kemasukan pelajar asing Posted: KDN pantau kemasukan pelajar asingPUTRAJAYA - Sub Unit Khas Pelajar yang ditubuhkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bulan lepas telah mewujudkan Kumpulan Kerja Pemantauan Pelajar Antarabangsa bagi menangani isu pelajar asing di negara ini. Ketua Setiausaha kementerian itu, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kumpulan kerja itu akan bersidang pada setiap bulan bagi membincangkan isu pelajar antarabangsa di institusi pengajian tinggi tempatan. Ujarnya, perbincangan juga akan berkisar kepada langkah penambahbaikan dan penyelesaian isu berbangkit serta menggariskan tindakan bagi mengawal dan membendung penyalahgunaan pas pelajar asing. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan