Berita Harian: Wilayah |
Posted: 28 Nov 2011 02:16 PM PST Wilayah TEMBOK yang dibina pemaju rapat dengan rumah penduduk di Kampung Melayu Tambahan Batu 16, Rawang. RAWANG: Tujuh keluarga trauma setiap kali hujan lebat kerana ia akan menyebabkan kediaman mereka di Jalan Sepakat, Kampung Melayu Tambahan, Batu 16, di sini, dilanda banjir lumpur. Kejadian yang setakat ini sudah berlaku tiga kali pernah hampir meragut nyawa mereka apabila air bercampur lumpur, batu, kayu dan besi yang mengalir laju dari atas bukit di kawasan projek perumahan berhampiran menghempap bumbung rumah mereka sebelum banjir. Yang pertama berlaku pada 28 Oktober lalu, kira-kira 6.30 petang selepas hujan lebat dan mangsa menyifatkan kejadian itu bagaikan tsunami kecil. Lebih malang, belum pun habis kerja pembersihan kesan lumpur dan kerosakan lain dijalankan, kejadian yang cukup menakutkan itu berulang lagi pada 11 November kira-kira jam 10 pagi dan 17 November lalu pada 4 petang.Ahmad Hadzer Daud, 50, berkata dalam kejadian pertama, beliau sekeluarga sedang sibuk membuat persiapan katering untuk kenduri kahwin apabila tiba-tiba terdengar bunyi benda menghempap atas bumbung rumahnya. "Selepas itu, kami dapat melihat limpahan air lumpur yang laju dari arah tembok di belakang rumah. "Ia seperti air terjun dan mengalir laju seperti anak sungai. Keadaan mencemaskan itu berlaku selama dua jam menyebabkan kami semua tidak berani duduk di dalam rumah. "Apa kami kesalkan, pemaju yang membangunkan kawasan di atas bukit berhampiran seolah-olah lepas tangan sedangkan rumah saya retak teruk manakala peralatan memasak, katering, pakaian dan perabot di dalam rumah turut rosak," katanya kepada Sentral. Seorang lagi mangsa, Shuib Abu Seman, 48, berkata sejak pemaju meratakan kawasan bukit di belakang rumah mereka setahun lalu untuk projek perumahan, pelbagai masalah dialami penduduk termasuk pencemaran udara, bunyi dan paling teruk rumah mereka mengalami retak di sana sini, selain banjir lumpur. "Tembok setinggi empat meter dengan panjang hampir satu kilometer yang didirikan pemaju, terletak di atas sempadan rizab dan terlalu hampir dengan rumah penduduk. "Malah ada menghimpit bumbung rumah penduduk. Paling menakutkan, ada beberapa kesan keretakan pada tembok batu yang boleh menyebabkan tembok berkenaan jatuh di atas bumbung rumah penduduk pada bila-bila masa," katanya. Beliau berkata, penduduk sudah beberapa kali berbincang dengan pemaju untuk menuntut pampasan dan mereka bersetuju membayar mengikut kerugian dialami ketika perbincangan dijalankan pada hari kejadian pertama. Bagaimanapun, selepas seminggu, pemaju bertukar fikiran dan mengatakan akan membayar RM1,000 saja untuk setiap keluarga sebagai bayaran ganti rugi. Beliau juga kesal kerana bantuan yang dimohon daripada pelbagai pihak termasuk Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei tidak dilayan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenTUNGGU MASA BOLEHKAH PEMBINAAN TERSEBUT BEGITU??? SEHINGGAKAN LEBIH TINGGI DARIPADA RUMAH PENDUDUK TEMPATAN.. PEMAJU HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI TANPA FIKIRKAN ORANG LAIN.. SAYA MINTA PEMAJU RENDAHKAN TEMBOK TERSEBUT SEGERA.. SEBELUM TEMBOK TERSEBUT DIROBOHKAN.. PIHAK BERKUASA TOLONG AMBIL TINDAKAN SEGERA SECEPAT MUNGGKIN. Yong Benteng tu setakat melepaskan batuk di tangga, kata orang Iban 'SEMADI NADAI!'..Pihak berkuasa tempatan masa bagi kelulusan, tak turun padang ke? Kalau tak takkan jadi macam ni. Ni kan membunuh secara senyap namanya. Buat le kerja, kata nak tegakkan negara berkebajikan. Ingatlah..doa orang yang dizalimi tidak ada hijab antaranya dengan Allah SWT. lee Pihak berkuasa dan ahli parlimen jalankan tanggungjawab anda, jangan lepas tangan. Tok Deen Ini lah yg dikatakan Belanda dapat tanah @ Israel masuk Plastien. MALINA MANJA INILAH UNSUR KEZALIMAN DAN PELANGGARAN UNDANG-UNDANG PEMBINAAN YANG NYATA DAN DIPEJAM MATA OLEH PEMIMPIN YANG KONON BERJUANG MEMBELA RAKYAT TAPAI HAKIKAT MENZALIMI RAKYAT YANG KECIL DAN LEMAH. APA KE JADAH DIBENARKAN BUAT BENTENG MCM KUBU...
Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 28 Nov 2011 02:06 PM PST Wilayah MERSING: Kejadian pendulang emas mati tertimbus ketika menggali lubang sekitar ladang milik Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Mersing (PKAYIM) di sini kira-kira dua bulan lalu, nyata tidak membuatkan pencari logam serik.Keadaan itu terbukti apabila ladang yang terletak di Kilometer 13 Jalan Endau-Mersing dekat sini, kini kembali menjadi sasaran pencerobohan pendulang emas. Pengarah Syarikat Subur Ikram Sdn Bhd, Tan Ah Fatt, 41, yang bertanggungjawab mengusahakan tanaman sawit di kawasan ladang itu, berkata pihaknya mengesan beberapa pendulang kembali menjalankan kegiatan terbabit sejak sebulan lalu. Katanya, kumpulan pendulang emas kini bertindak lebih rakus lagi apabila turut menggunakan jengkaut dalam usaha memenuhi keinginan masing-masing mendapatkan hasil lumayan tanpa mempedulikan keselamatan diri, selain mengakibatkan kerosakan ladang."Bulan lalu kami dapati penceroboh menggunakan jengkaut untuk mengorek lubang sehingga merosakkan pokok sawit dan jalan ladang, namun sejurus kami sampai, pendulang segera melarikan diri. "Laporan kepada pihak berkuasa mengenai pencerobohan sudah dibuat dan beberapa operasi dijalankan termasuk menahan pendulang emas sebelum ini, namun mereka tetap berdegil dengan menjalankan kegiatan tersebut tanpa mengira waktu termasuk pada waktu malam," katanya. Sehubungan itu, Ah Fatt meminta pendulang emas itu menghentikan kegiatan mereka demi keselamatan diri sendiri selain kerugian yang terpaksa ditanggung pihaknya.
"Syarikat terpaksa menanggung kerugian besar berikutan kerosakan pokok kelapa sawit, jalan ladang serta pagar akibat pencerobohan pendulang terhadap kawasan ladang seluas 200 hektar ini, " katanya. Katanya, sejak tahun lalu, pihaknya mendapati banyak pencerobohan berlaku di kawasan itu dan pendulang tidak mempedulikan amaran supaya menghentikan aktiviti terbabit. "Kami kesal kerana masih ada pendulang yang memasuki ladang tersebut tanpa kebenaran sama ada pada waktu siang atau malam untuk menggali emas secara haram. "Seperti diketahui umum aktiviti pencari emas ini mengundang bahaya kerana rekahan batu yang dipahat mereka di dasar terowong yang digali boleh runtuh pada bila-bila masa menyebabkan pendulang berdepan risiko mati ditimbus tanah," katanya. Dalam kejadian dua bulan lalu, seorang pemuda berusia 24 tahun maut akibat tertimbus di dasar terowong yang runtuh selepas digali sedalam kira-kira lima meter. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan