Selasa, 29 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Malaysia sedia bantu negara membangun

Posted:

Malaysia sedia bantu negara membangun

Malaysia sedia bantu negara membangun

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Malaysia sedia menawarkan model pentadbiran, pembangunan serta ekonomi negara untuk dicontohi oleh negara-negara membangun berdasarkan kesesuaian pelaksanaannya di negara terbabit.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd. Isa yakin ada beberapa perkara boleh dikongsikan oleh Malaysia dalam ketiga-tiga bidang berkenaan yang boleh dimanfaatkan oleh setiap negara berkenaan.

"Malaysia tidak ada halangan untuk berkongsi pengalaman iaitu cara negara ini dan dimajukan khususnya bersama negara-negara membangun seperti Afghanistan," katanya.

Beliau berucap pada sesi kedua Forum Antarabangsa bertajuk Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan delegasi dari Afghanistan yang bertanyakan apakah yang boleh dikongsikan Malaysia untuk sama-sama membantu membangunkan negara itu yang sedang bangkit selepas peperangan.

Selain Rastam, sesi yang dikendalikan oleh Timbalan Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim itu disertai oleh empat panel lain iaitu wakil parti Liga Awami dari Bangladesh, Kazi Zafriullah; wakil parti Al-Dawa dari Iraq; wakil Parti Pekerja Korea dan wakil Parti Demokratik Kurdistan, Abdulsalam Ibrahim Abdullah.

Sementara itu, wakil Parti al-Dawa Iraq, Dr. Walid Abdghaffar M. Redha Al-Shabib mempelawa lebih ramai pelabur datang ke negara berkenaan untuk melabur dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk minyak dan gas.

Beliau berkata, pihak kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif antaranya berkaitan dengan soal cukai agar para pelabur mampu mendapat pulangan yang sebaik-baiknya.

"Iraq adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai hasil terutama minyak dan gas malah kerajaan kami amat mesra pelabur. Oleh itu, saya amat berharap para pelabur mengambil peluang yang kami sediakan ini," katanya.

Dalam pada itu, Kamilia ketika merumuskan sesi kedua forum itu berkata, setiap parti politik hari ini berdepan dengan isu dan cabaran hampir sama yang memerlukan anjakan atau transformasi menyeluruh.

Ini kata beliau, termasuk dalam aspek bagaimana untuk melihat isu dan cabaran itu menerusi perspektif yang lebih besar serta menerusi penyelesaian yang pelbagai.

"Malah, parti-parti politik juga perlu bijak menggunakan media baru secara konstruktif sebagai jambatan untuk mendekati rakyat dan peranan itu sepatutnya menjadi lebih baik dalam persekitaran hari ini," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

KPT mahu lahir ramai usahawan siswazah

Posted:

KPT mahu lahir ramai usahawan siswazah

KPT mahu lahir ramai usahawan siswazah

KOTA BHARU 28 Nov. – Kementerian Pengajian Tinggi menggariskan enam dasar bagi memantapkan pembangunan keusahawanan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bagi melahirkan modal insan berkualiti serta mempunyai nilai keusahawanan.

Ketua Setiausahanya, Datuk Ab. Rahim Mohd. Noor berkata, antara dasar itu menubuhkan Pusat Keusahawanan di setiap IPT selain menyediakan pendidikan dan program keusahawanan yang terancang dan holistik.

"Dasar lain adalah memantapkan program pembangunan dan pengukuhan keusahawanan, mewujudkan mekanisme pengukuran yang berkesan, menyediakan persekitaran dan ekosistem yang kondusif bagi pembangunan keusahawanan serta mengukuhkan kompetensi tenaga pengajar keusahawanan," katanya ketika berucap merasmikan program Kita Cakna Usahawan dan Kerjaya Kolej-kolej Komuniti Malaysia 2011 di sini, malam tadi.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Mejar Prof. Madya Kamarudin Kasim.

Ab. Rahim berkata, dasar tersebut adalah usaha kementerian bagi melahirkan lebih ramai usahawan siswazah yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara ke arah mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

"Program Cabaran Keusahawanan seperti yang dijalankan oleh Kolej Komuniti ini adalah antara program yang disusun secara terancang, perlu diteruskan bagi membentuk dan membudayakan nilai keusahawanan di kalangan pelajar serta melahirkan usahawan seperti yang dikehendaki oleh dasar tersebut," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Syarikat bas bermasalah diminta berdikari

Posted:

Syarikat bas bermasalah diminta berdikari

Syarikat bas bermasalah diminta berdikari

TASEK GELUGOR 28 Nov. – Syarikat bas yang bermasalah diminta menyelesaikan dulu segala kesulitan yang dihadapi sebelum memohon bantuan kerajaan untuk meneruskan operasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kerajaan sentiasa bersedia membantu syarikat terbabit supaya operasi pengangkutan awam terutama bas tidak menyusahkan orang ramai.

"Kerajaan akan mencari jalan terbaik untuk membantu syarikat-syarikat bas yang menghadapi masalah supaya mereka tidak terus berdepan pelbagai kesulitan yang menyebabkan mereka gulung tikar.

"Namun, mereka sendiri perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah kecil yang dihadapi seperti kekurangan penumpang dan ketiadaan pemandu berpengalaman," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian sumbangan kepada 1,000 pelajar miskin Parlimen Tasek Gelugor di Sungai Dua, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Konsortium Transnasional Berhad (KTB) mungkin akan memberhentikan sepenuhnya perkhidmatan bas henti-henti, Cityliner di enam negeri Disember ini jika tidak ada pihak dapat membantu menyelesaikan masalah syarikat terbabit yang mengalami kerugian besar.

Pemberhentian perkhidmatan itu dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang yang membabitkan 80 laluan dan 400 bas.

Nor Mohamed mengakui, bas adalah satu sistem pengangkutan yang terpenting di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru serta bandar-bandar lain.

Oleh itu jelasnya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ditubuhkan bagi mencari strategi jangka panjang dan menyeluruh demi menyelesaikan masalah berkaitan pengangkutan awam.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan